Followers

PERCUTIAN BUDGET BACKPACKER KE PULAU PERHENTIAN


Percutian Backpacker Ke Pulau Perhentian| Assalamualaikum, dah 3 4 hari tak update blog. Tapi jangan bosan kalau duk menyusul banyak entry pasal Perhentian ni nanti. Menghilang seketika merehatkan minda dan tenangkan fikiran. Sebenarnya ni 1 unexpected journey sebab sepatutnya aku fly ke Cambodia tapi kawan aku sakit dan tak mengizinkan untuk fly ke luar negara. Risau kalau jadi apa apa di negara orang kan susah. Jadi tukar plan serta merta pergi Pulau Perhentian. Tukar plan wassap agent tu dan terus book tarikh cakap nak pergi lusa. Nasib baik masih ada kosong. Apa lagi, terus packing la teruskan travel plan kita. Tak kisah la tak boleh pergi Cambodia pun, asalkan tetap dapat jalan jalan.

Kenapa aku cakap backpacker? Sebab ini backpacker tidur di khemah ya, bukan tidur di hotel hotel 5 bintang atau pun chalet ada aircond. Saja ja nak try camping kat sini. Camping tak seronok sebab camping dengan persatuan sekolah tapi akan jadi seronok kalau camping sendiri sebab aktiviti bebas. Pergi pulau nak mandi pantai, nak lepak lepak, bukan nak baring sepanjang masa atas katil kan? Sepanjang aku dekat situ, khemah hanya berguna time nak ambik kain semayang, time nak ambik barang, time lepas mandi dan time tidur. Selebihnya dekat luar khemah dan mandi pantai.  Jadi buat apa nak bermewah dengan bilik tidur sedangkan yang ni pun dah selesa.Tapi tak sesuai untuk yang berkeluarga lah, yang bujang bujang ni elok lah, sebab tu aku cakap backpacker.

Harga pakej yang aku ambil RM169 termasuk tiket pergi balik, khemah, snorkelling dan tidak termasuk makan dan marine park ticket. Lokasi di Long Beach. Aku duduk 1 kemah 2 orang. Dapat kemah yang sederhana tapi agak tidak selesa sebab kami perempuan. Komfem barang berlambak dan agak rendah khemah tu. Terjumpa dengan seorang solo backpacker perempuan orang KL, cantik manis orang nya, dah berkenalan dengan dia lepas tu berpakat nak duduk sekali 3 orang dan mintak khemah besar sikit dari tu. Nasib baik dapat khemah paling besar dan Alhamdulillah selesa sangat.

Okay, kami gerak dari jeti Kuala Besut jam 11 pagi dan naik bot yang agak besar jadinya lambat sikit sampai ke Long Beach sebab pergi hantar orang lain dekat pitstop lain, banyak part rupanya dekat Perhentian ni. Macam yang kita tahu ada Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kami di perhentian kecil dan ada Kampung nelayan, Sharilla resort dan banyak lagi pitstop lain. Last sekali baru lah kami sampai di Long Beach.

Hari pertama aktiviti bebas, kami jalan jalan sampai ke hujung Long Beach, makan tengah hari kat tepi kedai jual peralatan harian dekat situ, mak ai mahal nya tengok menu. Kami kongsi tomyam 1 mangkuk dan nasi kosong 2, air teh O ais 1 gelas, habis RM25. Tomyam 1 mangkuk RM14. Tapi tomyam boleh kongsi 3 orang, Daging dia banyak sangat. Agak pedas tapi ok la sebab kami berdua dah besar. Hehehe.


Lepas tu sambung jalan jalan,  ambil ambil gambar sikit lepas tu simpan gadjet, tukar baju dan terjun laut. Wuhuuuu mandi laut. Seronok kaw kaw weh. Best gila. Lepas puas mandi, Tukar baju, hiking belakang tapak campsite aku nak pergi windmill yang famous amous dekat Pulau Perhentian ni. Tu lah untung stay dekat Long Beach, dah tak perlu nak sewa boat untuk ke windmill. Boleh pergi bila bila masa je. Tapi agak memenatkan la naik atas tu. Ambil masa 20-25 minit sampai ke windmill. Disarankan naik pukul 5.30 sebab kalau naik awal matahari mencacak atas kepala, panas nak ambil gambar pun hilang mood kan. Dan turun lah pukul sebelum pukul 7 petang sebab takut dah malam gelap kat atas tu. Tak ada lampu, lain lah kalau nak bawak tochlight, tu pun seram jugak nak turun dari hutan malam malam kan. Kami turun tu pun sampai campsite dah agak gelap. Kami turun pukul 7 sampai bawah 7:20.




Belah malam pulak kami tunggu isyak lepas dah solat isyak baru keluar makan malam. Kami makan malam dekat Awatif Cafe je sebab agak murah makan kat situ berbanding dekat tempat lain. Makan malam kami makan nasi goreng ayam, nasi goreng daging dan nasi goreng kampung. Aku punya nasi goreng ayam RM8 dan tak beli air pun sebab bawak air dah siap siap.

Dah siap makan kami ke beach party. Bukan nak ber party pun, kami tengok fire show. Tengok mat saleh duk main api pusing pusing kejap. Lepas tu balik khemah. Lepak dekat pondok dekat dengan khemah sambil sambil berkenalan dengan kawan baru. acececeh. Duk hantar hantar gambar ke handphone masing masing sebab tak sabar nak upload instagram. Party tu sampai pukul 3 4 pagi pun tak habis, tapi kita yang Islam melayu ni tak payah terjebak sama. Cukup sampai pukul 12 je, fire show habis pukul 12, lepas pukul 12 ke atas dah start party lain pulak. Jangan gatal gatal nak pergi meghenyih kat sana ya.

Bangun pagi pagi terus solat subuh dan cepat cepat pergi pantai nak tengok sunrise. Sunrise memang betul betul dengan khemah kami. Cantiknya subhanallah memang kagum dengan ciptaan Allah. Kalau sunset boleh tengok dekat pantai Sharilla. Kami tak sempat pergi sebab hujan lebat time petang. Petang first kami naik windmill, memang tak sempat nak tengok sunset. Pagi kedua hujan lebat, tak boleh nak pergi. Nak pergi Pantai Sharilla boleh je jalan kaki redah macam hutan sikit kat belakang pantai Long Beach. Macam nak naik kincir angin jugak kot. Boleh je naik bot teksi tapi kena bayar RM10 ke RM15 satu kepala, aku dah lupa.



Lepas tu dalam pukul 10:30 kami pergi snorkeling. Dalam bot yang sama ada 2 orang lelaki. Sempat jadi geng dekat Perhentian ni. Cuma kami berempat je. Pergi ke Turtle Beach, Turtle point, Coral Beach, Shark Point dan makan tengah hari di Kampung Nelayan. Makan di Kampung Nelayan habis RM7. Nasi putih, telur masak sweet sour kot dengan sayur sikit. Air teh O ais. Dalam banyak banyak pantai, di Kampung Nelayan lah paling murah makan dan chalet pun agak murah di sini. 



Tapi sayang nya kami tak ada gambar coral dan underwater sebab Sjcam aku rosak. Nasib badan lah kan. Kumpul duit beli underwater camera baru. 

Lepas dah balik campsite, solat kejap, lepas tu sambung mandi bawah jeti pulak. Sini pun banyak ikan kecik kecik, bawak roti bagi ikan kalau nak kena kerumun dekat ikan ikan tu. Sini agak bahaya sebab banyak batu tajam tajam, Bukan batu sebenarnya tapi macam sarang ketam kot yang tajam tajam tu. Kawan aku dah luka luka kaki sebab kena benda tu. Mandi sini best tapi kena hati hati. Mandi dekat tengah tak ada lah, kalau dekat batu tu je yang ada. 



Lepas dah puas mandi hajatnya nak ke Sharilla beach nak tengok sunset, dah janji dengan kawan snokerling tadi nak pegi, Tapi hujan pulak lebat, terpaksa lah batal kan plan dan rehat dalam khemah. Lepas isyak keluar makan. Memandangkan malam akhir, kami pun mula lah nak makan besar sikit, Aku makan spagetti seafood harga RM13, kawan aku makan spagetti bolognese RM12, lagi sorang makan lamb chop RM25, air banana jus RM7 dan air kosong bawa sendiri.
 
Pergi Beach Party lagi tengok fire show yang sama dan balik sembang sembang dengan kawan snokerling tadi. Rupanya dia belajar UiTM Perlis ja. Lagi sorang UiTM Puncak Alam. Berjiran je di Perlis. Plan ramai ramai last sekali jadi nya 2 orang. Biasa lah kalau plan ramai macam tu lah jadi. 

Esoknya bangun pagi nak tengok sunrise lagi sebelum balik, tapi sebab malam tu hujan lebat, matahari tak nak keluar pagi tu sebab sejuk sangat. Kami jalan jalan tepi gigi air last sekali sampai ke dalam air berenang renang. Tak apa lah, last dah mandi pantai pulau perhentian katanya. 


Lepas sejuk sejuk mandi, makan maggi panas. Perghhh terangkat beb. 

Kemas kemas barang dan kami naik bot pukul 11:30. 30 minit dari Perhentian dah sampai ke Jetti Kuala Besut.


Kawan baru masa dekat Perhentian ni. Sorang perempuan kat tengah tu yang solo je datang sini. Last sekali join dengan kitorang. 2 orang lelaki tu yang snorkeling sekali dengan kami dan lepak malam malam. Balik pun sama sama. Cuma perempuan tu bot lain. Sampai jeti Kuala Besut, makan dulu tengah hari, baru berpecah balik rumah. Diorang balik Kedah. Ada peristiwa yang buat kami rapat time ni. Nanti aku buat entry tips, bajet hangus, video dan cerita kami. Tunggu next entry ya. Maaf lah kalau entry ni panjang lebar. Nak satu kan semua, Tanak buat part by part, susah orang nak baca.

Ni package yang aku ambil. Super murah dan memuaskan. Facilities semua disediakan, ada tandas dan bilik air yang bersih, ada tempat solat, ada tempat caj fon. Okay lah tu kan.. Aku puas hati dengan camp kat sini. Cuma air panas satu cup maggi kena bayar RM1. Nasib lah, pulau.. Tak ada water heater kat sini. Iron jangan nak berangan lah, pakai je berkedut pun, tak ada orang peduli. Hampa nak mandi bukan ikan kisah pun. 


Nak tengok banyak gambar boleh ke instagram aku dan usha #leylagotravel ya. Nanti banyak lagi gambar lain menyusul, 


15 comments

  1. Best! Pulau perhentian cantik sangat. Rasa nak stay lama-lama kat situ ❤️😍

    ReplyDelete
  2. jelesnya tengok lela dah pergi!! huwaaaa..xtau pun lela nak ke sana. kalau tahu, nak follow sama juga T__T

    lawa la tempat dia. not bad la package tu. haritu ada ushar juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lohhh. tataw kak amy nak p. kalau tak bleh la follow leyla. kak amy jom plan travel same2 sekali. nak ?

      Delete
  3. Anonymous28 September

    i nak tanya what the price all of this ?? you take a package or what ?
    and may i know please send me comment ?
    bm pun okay hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. u can read here. http://www.aswaleyla.com/2016/09/budget-percutian-perhentian-kecillong.html. and i take package from myperhentian. u can search myperhentian on instagram. if any ques u can ask me as well.

      Delete
  4. Sis! Solat kat mana? ada surau ke dekat-dekat? Toilet okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. surau ada, toilet bilik mandi pun ada

      Delete
  5. Wuuu lawa orangnya. Eh lawa gambarnya. Huhu

    ReplyDelete
  6. Itinerary pleasee..
    btw, nk tnya ramai tak yg berkhemah dkt situ? and brg2 ad locker khas atau own risk? maseh..

    ReplyDelete
  7. Hi tnya sikit bole? dkt area long beach tu ramai tak memilih utk berkhemah? dan utk brg2 dy ada sediakan locker atau own risk ya? Itinerary please syarifalazmi@gmail.com macehhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je yg kemah. biasa yg pergi bujang2 dengan kawan2. brg memang xde loker. semua own risk. so sentiasa bawak brg berharga. tapi sy charge power bank n hp tinggal alhamdulillah xde hilang/ so sorry bru baru blas. baru perasan komen ni 2017 dan 2019 baru baca. sorry sgt2 tau

      Delete
  8. Hi, nak tanya. Yang khemah tu agent tu provided atau bawa sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. khemah memang tmpt tu dah provide :)

      Delete