Followers

Tips elak pembaziran di bulan puasa



1. BAJET : Anda perlu menentukan berapakah bajet kewangan dibulan Ramadhan.Perhatikan perkara-perkara yang boleh diminimumkan perbelanjaan supaya kita tidak terlebih guna.Yang pasti, bajet makan seharian sudah dapat dikurangkan selepas tiada sarapan pagi dan makan tengahari.

2. KAJIAN HARGA : Ramai diantara peniaga bermusim atau tidak bermusim mengambil kesempatan di bulan Ramadhan.Mereka sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tinggi kerana mereka tahu nafsu pembeli dibulan Ramadhan adalah sangat ghairah untuk melakukan pembelian.Kaji harga untuk barang yang diperlukan & berbelanja dengan bijak supaya tidak tertipu dengan permainan di bulan Ramadhan.

3. KAWAL NAFSU : Berpuasa semestinya akan merasa lapar dan dahaga. Disini kita perlulah lebih jitu dalam mengawal nafsu kita sendiri. Usah keterlaluan mengikut hawa nafsu lapar. Jangan membeli terlalu banyak juadah tetapi akhirnya terbuang begitu sahaja. Sebagai jalan selamat, beli makanan yang anda ingini itu dalam kuantiti sedikit agar tidak berlaku pembaziran.

4. KAWAL TUNAI : Walaupun kad debit sudah digunakan secara meluas dipremis-premis makanan, namun kecenderungan untuk ke bazaar Ramadhan bagi kita lebih tinggi. Bawalah tunai yang sesuai agar tidak terlebih belanja dimana akhirnya makanan tidak habis dan duit pun tiada.

5. BERBUKA DIRUMAH : Tidak salah untuk anda berbuka diluar samada hotel, restoran, café dan sebagainya. Namun ditempat sebegitu sudah tentunya kita akan “membayar” lebih bukan sahaja kepada makanan, tapi kepada keselesaan. Buffet Ramadhan kebanyakkannya terlalu mahal. Bagi mengelakkan hal ini daripada terjadi, apa kata anda hanya bersahur dan berbuka di rumah sahaja. Murah pun murah, sedap pun sedap.

6. TUKAR JUADAH : Kembali kepada amalan tradisi dahulu yang dipraktikkan. Bertukar-tukar juadah antara jiran tetangga juga dapat menjimatkan serta mengeratkan hubungan dalam kemasyarakatan.


1 comments

  1. Bertukar tukar juadah.. Sekarang dah kurang dah amalan tu..

    ReplyDelete