2021 WRAP UP | PERUBAHAN TERBESAR. 2021 bawa perubahan yang terbesar dalam hidup ini. Terasa cepat sangat masa berlalu sekarang sudah dihujung 2021. Dah nak berganjak ke 2022 dah. Bagi aku 2021 ni tahun yang sangat bermakna dan beri macam-macam cabaran dan tanggungjawab baru. Jom kita wrap up kan 2021 ni.
January | Resign tempat kerja lama
Hujung bulan 12, 2020 dapat offer kerja lain yang lebih okay dan decide untuk tukar kerja lain. Sebelum ni dekat Puchong dan sekarang dekat Rawang. Masih di Selangor. Bulan 1 hantar surat resign dan bulan 2 baru dapat lapor diri dekat tempat baru.
February | Kalut buat persediaan kahwin
Bulan 12 kalau tak silap kerajaan umumkan PKP2.0. Sebelum ni plan nak kahwin pada bulan 6 2021 tapi bila dah kerajaan umumkan PKP2.0 ma ayah terus call suruh percepatkan tarikh kahwin. Kalau tunggu lagi memang tak tahu bila boleh kahwin, jadi buat saja lah majlis kecil kecilan. Jadi bulan 2 baru kalut siapkan semua perkara. Bulan 2 baru buat HIV TEST.
Lepas tu baru kalut nak submit borang nikah belah lelaki. Dah submit ada pembetulan, buat lagi sekali. Jadi payah sebab iqbal dekat Setia Alam, ayah mertua settlekan dekat Sungai Besar dan lepas tu nak pass ke pihak perempuan dekat Terengganu, leyla dekat Rawang. Last-last mintak surat polis balik hantar sendiri dekat Terengganu sebab risau lewat kalau pos. Majlis dah nak buat bulan 3. Masa yang sangat suntuk.
March | Betunang dan Berkahwin
27 mac 2021 selamat menjadi tunangan orang dalam masa kurang 24 jam. read THE ENGGAGEMENT. 28 mac 2021 selamat dijabkabulkan bersaksikan keluarga terdekat. read THE AKAD. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa yang tak diingini berlaku terutamanya Covid la yng ditakuti sekarang. Dapatlah saing-saing dengan neelofa & erni zakri time tu. Nikah tarikh dekat-dekat.
May | Masih lagi beraya diperantauan.
Bezanya sekarang beraya dengan suami berbanding tahun lepas beraya sorang-sorang dekat rumah sewa. Waktu tu boyfriend pon tak dapat nak datang, raya ke tiga baru dapat datang.
October | Disahkan hamil anak pertama
Nikmat yang terindah dalam hidup bila rahim dihuni oleh malaikat kecil. Lama juga menunggu kehadiran malaikat kecil ni, macam-macam dah fikir sehingga lah cuba berikhtiar dengan Efferty, Alhamdulillah rezeki dari Allah nak bagi zuriat asbab dari Efferty.
Read : Ikhtiar hamil dengan efferty
Akan dijaga anugerah Allah ni dengan sebaik-sebaik nya. Semoga zuriat ini menjadi khalifah Allah yang berbakti kepada ibu bapa, agama dan disenangi oleh semua orang disekeliling nya.
November | berperang dengan alahan.
Normal bagi ibu mengandung mesti akan merasa alahan awal kehamilan tak kira ringan atau berat kan. Tapi ada juga yang tak ada alahan, syukur. Apa-apa pun enjoy the journey walaupun sakit alahan, semua tu akan jadi kenangan manis suatu hari nanti.
December | Majlis belah lelaki.
Bulan december jugak bulan yang sangat penuh dengan aktiviti. Balik terengganu, balik kampung mertua, majlis tahnik anak saudara dan sambut menantu belah lelaki. memang langsung tak ada masa untuk diri sendiri apa lagi bila weekdays kerja macam biasa. Penat berbadan dua ni lain macam tambah asyik travel sana sini. Semoga anak dalam kandungan ni lasak dan tahan dengan kesibukan mama papa nya.
Awal bulan berjaya dapat kereta baru merangkap kereta pertama kami dan kereta keluarga kecil kami. 1 achievement juga kan. Kami pilih exora. Plan untuk anak ramai opsss. Untuk keluarga besar juga, selesa nak bawa ma ayah & mak abah kemana-mana, jadi perlukan kereta yang besar. Kalau sedan, barang kami dan locky sahaja dah penuh belakang dan boot kereta.
Leyla cuba wrap kan seringkas mungkin untuk tahun 2021 ni. Perubahan yang sangat ketara dari bujang, menjadi isteri kepada iqbal dan bakal menjadi ibu. Daripada tiada apa-apa, sama-sama kami bini mahligai kami sendiri. Beli barang rumah sikit demi sikit. Soon beli barang baby sikit demi sikit.
Semoga tahun 2022 ni kan bagi kita lebih kenangan manis yang bermakna dan supaya kita dapat harungi cabaran-cabaran yang bakal tiba. Jadi insan yang lebih baik setiap hari. Dimurahkan rezeki dari segala aspek.