Followers

28 MAC 2021 | THE AKAD

 Assalamualaikum. 

Last entry aku cerita pasal tunang dan sehari lepas tu kita terus langsung kan perkahwinan. Cukup la sehari aku pegang title sebagai tunangan orang. Tak perlu nak risaukan tentang ujian bertunang kan. Bagi aku tak ada ujian bertunang la, tapi bagi Iqbal ada sebab aku boleh drive kereta dengan kawan pergi homestay keluarga Iqbal untuk hantar makan malam, pukul 8 malam sebelum kami bernikah. Risau dia bukan kepalang sampai tak nak makan. Bukan dia je yang risau, satu family mertua aku risau. Mana tak nya bakal pengantin boleh drive kereta malam-malam keluar. 

Alhamdulillah tak ada apa-apa yang terjadi. Syukur. 

Malam tu lepas balik dari homestay aku rushing balik rumah sebab nak berinai. Orang yang lukis inai dah sampai rumah siap sembang dengan nenek aku lagi. Tapi pengantin masih kelam kabut ke sana ke sini. Dah sampai terus berinai. Punya la nak tema kaftan la, baju kebaya nenek kain batik la, baju kelawar la. Sudahnya aku pakai je pakaian keluar tu tak mekap tak apa. Pun jadi lah. 

Aku booking inai dengan orang kampung sebelah. Inai macam ni RM100 sepasang tangan. Okay la tu aku nak simple2 simple je taknak heavy design. Takde inai-inai kaki. Berinai untuk naikkan seri je. Lepas tu tambah inai bestfriend aku RM20 kot sebelah tangan. Inai simple 1 line je. Lepas tu inai untuk keluarga lelaki dia bagi 1 botol. Total semua dalam RM150 jugak. Habis berinai dalam pukul 12 malam dah. Dah macam Cinderella pulak kan. 

Malam tu still tidur lambat sebab nak siapkan barang-barang. Maklum lah balik kampung sekejap je, esoknya terus kawen. Banyak benda tak settle. Nasib baik ada makcik aku tolong-tolong sampai dorang pun tidur lambat sekali. 

28 Mac 2021 bersamaan 14 Syaaban 1442H, 

Kami disatukan sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah segala berjalan lancar. Mudah je semua berjalan. Dari mula-mula proses nak berkahwin dan sampai selesai majlis, Alhamdulillah.  

Masing-masing time ni muka cuak. Bukan setakat aku dan Iqbal je. Dua-dua belah keluarga pun cuak sampai diam seribu bahasa. Satu rumah sunyi tanpa sebarang bunyi sampaikan kadi tegur pertama kali majlis kahwin sunyi macam. Lepas tu masing-masing gelak, sambung balik sunyi. heshhh cuak tau pengantin.



Muka pengantin sebelum akad. Semua perasaan ada, gementar, gemuruh, sedih, gembira, takut. Menunggu pengakhiran cinta untuk disatukan dalam ikatan yang sah. Seluruh keluarga menjadi saksi cinta kami. Perkenalan selama 1 tahun 5 bulan akhirnya ke jenjang pelamin. Ini lah jodoh yang selama ini aku tertanya-tanya dan nantikan. 


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Semua tarik nafas lega. Sekarang aku dah bergelar isteri kepada Iqbal. Dah berakhir zaman bujang kami. Segala tanggungjawab baru kami galas. Gaya hidup kami jugak dah berubah daripada seorang menjadi dua. Keluarga jugak kami sudah punya 2 keluarga. Semoga kami boleh menggalas semua tanggungjawab sebagai suami isteri, anak, dan ibu bapa kepada bakal anak-anak.

Tak terfikir secepat ini kami bersatu. Terasa baru je kenal antara satu sama lain, sekarang dah bergelar suami isteri. Sungguh jodoh itu datang pada waktu yang tepat dan situasi yang tepat. Kami disatukan dengan keadaan kami bersedia. Bersedia dari segi kewangan, ilmu dan agama. In shaa Allah. 


Muka ade sennyummm. Dah gembira dah. Lega dah masing-masing. 


Assalamualaikum suami :)
 

Semoga saya boleh menggalas tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan In Shaa Allah sebagai seorang ibu kepada anak-anak kita. Semoga rumahtangga yang kita bina ni sampai ke syurga Allah. Semoga kita dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrohmah. Diberikan keturunan yang soleh dan solehah, diberikan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan juga kasih Allah swt.

Outfit By: Mom (Abby Aswa Bridal)
Dais By : Me (Abby Aswa Bridal)
Hand bouquet By : Mom ( Abby Aswa Bridal)
Inai By : Inai Chan
Make up By : Cik Yaya
Photographer By : Adzrin Mustafa Photographer

10 comments

  1. tahniah sis..selamat pengantin baru..semoga bahagia ke akhir hayat dan cepat2 dikurniakan zuriat soleh dan solehah..amin2 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. terima kasih julie. amen. moga2 cepat dapat zuriat soleh solehah :)

      Delete
  2. Alhamdulillah.. rezeki berkahwin.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. betul. kawen tu jugak 1 rezeki kann

      Delete
  3. Alhamdulillah tahniah , Allah permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih CL

      Delete
  4. Tahniah
    Semoga kekal bahagia till ke jannah

    ReplyDelete
  5. dh bunting pelamin ke nih? tahniahnyer., mugo berkekalan ke anak cucu ., aminn

    ReplyDelete
  6. cerita perkahwinan memang best...

    mengujakan

    apa-apapun tahniah

    ReplyDelete