Followers

HIV TEST

 Hai Assalamualaikum. 

Nikah musim pandemik ni diorang cakap mudah tapi tidak semudah itu juga sebenarnya. Banyak benda terbatas, majlis tu memang utamanya yang terbatas. Termasuk pergerakan nak selesaikan urusan-urusan lain juga terbatas. 

Ya, we did the HIV TEST on 18 feb dan sekarang baru update. Uhuk. Dah lama sangat dah tak update blog. I really really really miss to taip taip dekat blog ni. Yas memandangkan sekarang blog sudah tak dipedulikan sebab ada sosial media yang lebih menarik dan menghiburkan. Ok back to HIV TEST. Kitoranf buat dekat KK Shah Alam seksyen 7. Sekarang aku dekat Rawang, so nak kesana musim PKP ni agak la susahkan. Tapi Alhamdulillah tak kena tahan dekat roadblock sebab ada surat dari KK. In case kena tahan polis. 

First step kena register dan book tarikh dekat My Sejahtera. Please ya jangan lengah lengahkan hiv test ni. Ya nak buat tu sekejap tapi nak buat appointment tu lama. Kami book end of January dan dapat tarikh mid of Februari. Penuh. Korang tak boleh walk in, Wajib book sebab dia akan bagi QR Code semua. Dia tak buat ramai orang sekali gus. 

Korang boleh ke My Sejahtera then click clinic appointment booking -> QueueMed lepastu korang isi detail. 




Sakit?? Nope. dia cuma cucuk macam stepler dekat jari je untuk ambik darah sikit. Bukan cucuk dengan jarum besar dekat lengan tu. Lepas ambik darah then result ambil pukul 4.30. Sempat lagi pergi beratur dekat Gull Jewelry beli cincin lelaki. Ramai jugak tunggu giliran. Nasib la musim macam ni semua kena beratur ikut turn. 

Then pukul 4.30 pergi ambik result. Alhamdulillah result ok, dah boleh kawen. hehe. Lepas tu pergi buat gambar pasport untuk kad kahwin. Background bergantung negeri masing-masing. Terengganu guna background biru, and here we gooo. 

Bal siap pakai baju batik ya sebab hari khamis dari sekolah terus ke KK Shah Alam. Tak sempat nak tukar baju katanya. Nasib baik tak de name tag sekali. Sudahnya sampai ke malam berbaju batik. Lepas tu terus kesana kesini ambil barang pindah rumah. Bulan ni pindah, bulan depan pindah lagi. Apa la rajin sangat berpindah randah. 

Dah selesai sikit demi sikit. Bulan ni settle borang nikah. Kena pergi balai polis mintak kebenaran rentas negeri nak settlekan borang nikah sebab kami serik guna pos, makan 6 hari baru dapat, sampai termimpi-mimpi dah selamat kawen baru borang sampai. Hahaha. Nasib baik boleh rentas negeri dan terus kami balik Terengganu hari sabtu. ahad terus datang Selangor balik dan isnin kerja macam biasa. Penat. Tapi kenangan manis suatu hari nanti. 

Next ? In shaa Allah hujung bulan ni kami akan dinikahkan di Terengganu. Doakan segala urusan kami berjalan lancar. Majlis kecil-kecilan bersama keluarga sahaja dapat dilangsungkan, sederhana tapi bermakna bagi kami. In shaa Allah.

0 comments