Followers

TO DO LIST 2018

Assalamualaikum and hye korang.

Masih belum terlambat untuk aku ucap Selamat Tahun Baru 2018 walaupun dah 6 hari berlalu. Dah lama tak menulis dekat blog ni. Banyak sangat masalah yang menenggelam diri aku. Sampai aku pun dah tak jumpa mana diri aku sekarang. Tapi lupakan dulu sekejap, jom tulis to do list 2018 pulak. Ala ala azam 2018 lah kan. To do list 2017 macam mana ? Ada je yang tak tercapai. Kikikih. Angan angan betul kan.



Ok lets start with study first.
Memandangkan semester depan aku dah mula final year project 1, aku dah mula kena cari tajuk dan apa project yang nak kena buat. Dan aku masih belum jumpa apa major yang aku nak pilih. Yang pasti tahun ni aku kena lebih agressive, cukup lah tahun lepas aku dah banyak main main. Tahun ni aku kena lebih fokus dalam belajar. Ni lah penentu masa depan aku nak kemana.

2. Buat side income.

Ni kesinambungan dari azam tahun lepas. Bukan tak tercapai cuma benda yang baik kita harus bawa bersama kedepan kan. Side income dari blog sebenarnya banyak jugak yang aku dapat. Dari review lah memandangkan adsense aku bermasalah dan aku tak berharap dekat adsense dah. Sikit sikit pun tak apa sebab tujuan aku blogging bukan untuk duit. Sebenarnya aku nak berniaga online tapi belum dapat cari apa yang aku nak jual dan tak jumpa jalan yang betul lagi. Korang rasa apa yang boleh seorang student jual online ? Mana tahu idea korang bernas jugak dan aku rasa sesuai untuk aku. Aku ada je buat side income lain dekat universiti. Pagi pagi aku buat sandwich letak dekat tapak jualan kat bawah. Gigih kan aku memang bangun awal buat sandwich dan letak bawah pukul 7 pagi. Boleh la tampung pembelanjaan aku bila duit PTPTN dan susut dan duit elaun R.O.T.U tak masuk lagi. Memang tahun lepas boleh kira berapa kali je ma ayah aku bagi duit. Tu pun sebab nak naik bas mesti dia hulur jugak dan aku akan bagi balik RM 100 dekat ma, tak sampai hati nak amik weh bila kau dah besar macam ni.

3.Menabung. 

Ni pun dari tahun lepas. Aku sempat tak menabung tahun lepas? Sempat lah menabung hasil jualan sandwich dan gula melaka tapi tak sempat habis semester dah pokai terpaksa lah aku guna duit tabungan tampung belanja harian. Hahaha. Hati tak kental betul dalam menabung. Tahun ni nak kena beli tabung besi yang duk viral tu. Supaya tak boleh bukak. Nak buka kena pakai cutter la jawabnya. Mana tahu dapat ribu ribu boleh beli kereta tak pun buat kahwin. EH.

4.Travel

Tahun lepas konon nak pergi Singgapore tapi tengok tengok eh dah habis tahun tak sampai lagi singgapore ni. Nak pergi Krabi tengok tengok sampai Samila Beach ja. Sampai Hatyai je.


Taraaaa this is Samila Beach. Yang ada mermaid tu. Suka lah aku. So tahun ni pliss cekalkan hati jom pergi Krabi. Yang dekat je lah dulu. Alang alang duduk dekat Thailand, baik pusing sana habis habis. Nanti kot duduk Johor pulak 2019, baru kita pusing Singgapore.

5. Beautiful Me.

Bunyi macam lawak, nak cantik. Weh perempuan mana je yang tak nak cantik. Nak flawless kan muka yang selalu kena singgah dekat jerawat ni. Nak buat macam mana tak tahu, harap jumpa penyelesaian. Sepanjang pemerhatian aku perempuan yang cantik semua dianggap baik dan suci. Dan yang tak cantik ni mesti jahat. Mata orang kita tak boleh nak halang. Biar lah aku cantik dengan cara aku, bukan untuk sesiapa tapi untuk diri aku sendiri. Supaya aku lebih yakin tak semua cantik tu datang dari muka tapi sebenarnya dari hati.

6.Blogging

Azam terus tinggal azam, entry makin tahun makin kurang. 2018 macam mana ? Aku harap lebih banyak dari 2017. Aku tak nak tetapkan berapa sebab takut tak capai. Aku cuma nak entry aku lebih banyak berbanding 2018. Tu pun dah memadai bagi aku.

Tapi yang paling penting aku harap 2018 aku lebih menjaga iman dan tak tinggal solat. Aku harap aku boleh konsisten solat awal waktu. Sebab walau siapa pun kita, baik ke jahat, solat tu penting. Solat tu tiang agama. Kalau tak solat macam mana kita nak jaga iman.

Okay lah, ni je dulu. Kalau ada tambah kita tambah untuk bulan bulan pulak. Kampung aku dah maju sekarang, internet dah 4G weh, sebab tu cuti pun aku boleh post blog. Lepas ni jangan terkejut kalau aku duk update banyak sangat. Aku cuba sedaya upaya konsisten kan blog ni. Hehehe.

Korang please bagi cadangan aku nak buat bisness apa yang okay ? Komen kat bawah okay.



11 comments

  1. happy new year! semoga tercapai semua yang nak buat tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too. in shaa Allah doa doakan ya

      Delete
  2. Happy New Year to Leyla!
    Semoga 'To Do List' Leyla tercapai dan dipermudahkan segala urusan..
    All the best to you dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too kak. in shaa Allah. mudah mudahan semua tercapai ameen.

      Delete
  3. semoga tercapai semua imppian tu ye terutama study..buat betul2 tau..bab blogging tu..sis JM pun berazam nak up entri lebih sikit dari thn 2017...sedih!..setahun 2017 cuma ada 7 entri jek..adeh

    ReplyDelete
  4. Tahniah azam yang terbaik saya kira untuk tahun baru 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. harap boleh capai semua. hehehe

      Delete
  5. Happy New Year ! Semoga tercapai semua impian yang tak tercapai lagi tuh~
    Jual apa ya..dulu Nona dropship je...kalau tengok kat U, ramai buat servis printing la, servis kete sewa, jual preloved ke.... blaus or thsirt muroh....ramailah nak between student nih kann ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year jugak kak. terima kasih idea kak. sy nk buat dropship tapi tak reti. selalu join tapi tak jual. banyak lagi cara lain kan boleh buat.

      Delete