Followers

Jadi blogger untuk apa ?

Assalamualaikum. 

|Jadi blogger untuk apa ?| Entry ni terhasil dari entry ejoy. Ejoy ni pon salah sorang  #FeedExchangeGroup aku taw. Apa #FeedExchangeGroup? nantikan entry seterusnya.

Ok berbalik kepada tujuan entry ni, kenapa aku jadi blogger ? Sedangkan ada je yang ejek ejek cakap apa tah duk tulis tulis pasal kehidupan sendiri, pasal kau nak gi mana, pasal kau makan apa . Biasa la tu, dalam semua benda ada pro and kontra . Ada positif ada negatif . Pada asalnya aku mula berblog ni sebab suka tulis pasal personal kat sini . Pasal kehidupan aku . Tapi bila dah lama lama rasa macam satu medium perkongsian yang boleh diguna pakai untuk semua orang.

Bila aku tulis blog ni aku harap apa yang aku kongsikan ni berguna untuk semua orang . Sebab kalau aku nak tahu something and anything, aku akan cari mr google. Sebab semua yang aku nak tahu biasanya dorang akan kongsi kat dalam blog . So senang je la nak dapat apa apa maklumat,tips,resepi dan nasihat kan.

lagi ... Aku jadi blogger sebab nak apa yang aku tulis ni kekal sampai bila bila . Even sampai aku dah tak ada didunia ni pon . kata orang, harimau mati tinggalkan belang, blogger akan tinggalkan penulisan nasihat yang berguna untuk anak anak cucu akan datang.

lagi .. Aku nak blog ni jadi panduan orang kebanyakan . contoh macam mana nak cari tempat best best . makanan best best . budaya budaya lain . Kalau boleh aku nak kongsi semua yang best best la dalam blog ni . Tapi setakat ni tak tercapai lagi lah .

Income ? siapa yang tak nak duit kan ? biasanya orang akan pikir blogger ni dapat income banyak . Tapi realiti nya tak ada la banyak . Kalau nak banyak kena banyak usaha . Tak ada rezeki datang bergolek tanpa usaha kan . betol tak . Kalau pikir duit, aku pon nak riban riban .

Tapi berblog ni aku rasa seronok . boleh kenal kawan kawan blogger, even aku tak pernah kenal secara face to face. tapi still rapat . macam mana rapat bila aku kenal geng geng #FeedExchangeGroup . Havoc habis kau . Tak menang tangan bila bersembang . *orang besembang pakai mulut, kita pakai tangan. 

OK, apa pulak pandangan korang tentang blogger ni ? Jadi blogger untuk apa ?

29 comments

  1. Nak kena jawab ngan entry ke kat komen ni je? Hahaha

    ReplyDelete
  2. wuhh..Lela punya matlamat dan tujuan blogging dari suka2 menjadi nyata. Bermula dengan angan2 tak mustahil jadi usahawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lahhh . nak jadi mcm pcl ni . otai berjaya . hhahaha

      Delete
  3. 80% dari sebab2 leyla jdi blogger ni same dengan akk :D setuju dengan point leyla :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep kak . kebanyak blogger pasang matlamat macam ni kan

      Delete
  4. Assalammualaikum...

    bagi mselim3... menjalin hubungan sesama blogger dan bertukar2 pandangan....

    mselim3

    ReplyDelete
  5. Zarith jadi blogger sebab nak share banyak kebaikan yang Zarith perolehi dalam hidup ni dengan orang lain, supaya orang lain pon dapat merasakannya. Cewah, panjang lebar pulak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha . panjang tak pe kak . tu lah . boleh kongsi2 ilmu kan

      Delete
  6. Selamat maju jaya dlm berblogging

    ReplyDelete
  7. Jadi blogger utk apa..berat jugak persoalan tu..hehehe , kena buat satu entri ni kalau nak jawap.boleh la karang pjg2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa. jom la akak buat entry . ayat akak lagi power ni

      Delete
    2. Huhuhu power tang mana sangatt laa lela

      Delete
  8. masa mula2 nk berblog rasa liat sgt..
    mcm susah plak nk share something dgn stranger.
    tp bila dh start... dah kenal ramai blogger..
    rasa seronok plak bertukar pendapat n fikiran..
    x nyesal jd blogger...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu . bile dah lama automatik tahu nak kongsi apa kan

      Delete
  9. setiap orang ada pandangan masing masing kan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah . pandangan semua berbeza . kite terima dengan hati terbuka

      Delete
  10. dayah berblog sebab dayah suka menulis tapi bila urat m datang dia jadi macam alaa..susahnya nak menulias..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa urat m dayah ? malas ? hahaha . mcm mcm la dayah ni

      Delete
  11. kak ana sependapat dengan Lela, teruskan perkongsian adikku tersayang. #feedexchangegroup

    ReplyDelete
  12. saham kita di akhirat nanti inshaaAllah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu . kena kongsi benda yang bermanfaat

      Delete
  13. jari jemari ku tajam menikam :)

    ReplyDelete
  14. setuju. medium perkongsian perkara yang baik moga ada kebaikannya

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas entry ini. Hehehhehehe

    ReplyDelete
  16. berblogging mmg best ;)

    ReplyDelete