Followers

SPENT TIME AT PANTAI TELUK KETAPANG, TERENGGANU



Happy holiday to all yang dah habis final exam. Dan Alhamdulillah aku dah berjaya habiskan semester 5 ni walaupun dengan jatuh bangun tertunggeng meniarap marangkak nak habiskan semester ni.

 Seriusly this is the most worth semester ever. I dont know why im lost myself. Sampaikan ada lecturer tanya "awak putus cinta ke?" Perhaps. "I expect more from you. i expect more lela, but why ?" Ayat ni memang padu dia bagi. Mungkin sebab project aku last sem dengan this sem jauh beza. But i dont have the answer.

Okay dah lupakan semester lepas. Harapnya pointer tak terjejas la kan. Doa doa kan. In shaa Allah. So now semua nya dah selesai dan aku pun selamat pulang ke kampung halaman yang aku rindui. Cewah. Kat mana ? Teganu kite laa. 

My mum ajak pergi picnic dekat pantai so aku pun on je lah, memang minat aku dah. Tapi yang tak best nya aku sorang dan tak ada kawan dan sebenarnya aku dah lebih umur untuk dilayan macam tu. Tapi apa aku kisah. Hahaha. Jadi bawak lah anak saudara aku dan kawan dia, anak jiran dekat kampung. Semua nak kutip anak orang. Lol

Apa aktiviti yang kami buat?

Lupa nak ambil gambar picnic sebab makan makan tak ingat dah nak snap gambar ke selfie. Bila makanan depan mata. Lagipun time makan kalau aku pegang fon my mum akan cakap makan la dulu habis baru main fon. So no picture. 


Sebelum nak main kena siapkan homework dulu. Hahaha baru tahu aku ni tegas. Tapi tegas pun sporting. Punya diorang ni cepat cepat buat homework. Sambil tu mata jeling jeling tengok sekeliling punya tak sabar nak main.


Disebabkan diorang siapkan homework dengan cepat, dapatlah reward boleh main belon sabun. Punya lah seronok diorang tu. Even mahal tapi untuk ganjaran korang cik sue belanja. 

Cerita belon sabun. Aku beli dekat kak tu sebab dia tak ada customer, Semangkuk RM5. Bagi aku mahal sebab dekat perlis aku main RM 3 ja 1 mangkuk. Mungkin sebab Terengganu harga lain. So aku bagi not RM50 then dia cakap balance RM47 la kan? aku macam "hah?" Eh RM45 la kan. 

Lepas tu anak sedara aku pergi beli air dan dekat dengan lagi satu tempat belon sabun ni jugak, Tapi yang tu harga RM3 semangkuk. Mak ai, akak tu dan dan naik kan harga. Tapi boleh tengok la bila dia buat macam tu customer pun tak nak. Lepas aku beli dengan dia ada akak tu tanya, Berapa ringgit 1 mangkuk. Aku cakap lah RM5. Terus akak tu tak beli. See, kan dah hilang 1 customer. 

So pengajaran berniaga, jangan lah sebab macam tu sesuka hati naikkan harga. Baik murah tapi ramai customer daripada mahal tapi customer sorang ja. Okay sambung part aku pulak. 




Dah tak peduli umur aku berapa, aku pun sekali excited main. Orang lain baya aku mungkin keluar dating duduk bawah pokok bercengkerama macam dekat pantai tu. Tapi aku masih lag main belon sabun. Apa lah nasib. 


Lepas dah main belon sabun main buaian pulak. Rata rata dekat pantai di Terengganu sekarang ada buaian ni. Ala ala dekat Lombok gituu. Banyak la berderet tepi pantai. Tapi bagus lah, ada la orang nak main dan bergambar. Seriusly ramai gila yang duk tunggu turn nak main. So tak boleh lama lama. Kalau tengok ada orang nak duduk jugak tu sila bagi kerjasama. Kesian orang pun nak rasa main jugak.

Friendship goal sangat



Macam biasa, aku lah yang excited lebih. Kalau bab main macam ni memang aku la yang excited lebih. Kalau dengan kawan ni makin menjadi jadi. Ni datang dengan ma ayah so behave sikit. Sebenarnya aku tak sabar to have my own child sebab aku nak bawak datang jalan jalan spent time together macam ni. I wish one day i could. 


Okay last from Pantai Teluk Ketapang Terengganu. Haish budak dua orang ni kuat sangat main panas sampai macam tu sekali gelap dia. Ni tidur tengah panas ke apa. Biasa lah sekolah rendah. Tempat panas tu lah dia nak main dengan sukan itu ini nya. Macam ni lah jadi..

Okay then, Thank you for reading this entry guys. Leave your comment below and i will reply and visit your blog :)

4 comments

  1. seronok berbuai di tepi pantai..pernh mkn celup tepung kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tapi ramai nyaa nak naik kena amik turn. nak kena tunggu orang lain turun.

      Delete
  2. Seronok berpiknik tepi pantai. Siap boleh hbskan homework tu. Hebat. Kalai kak ana dah x fokus nk buat homework tu. Hehe.

    Skrg banyak dah buaian tepi pantai ni lan. Kalau dulu berebut2 dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. kena siapkan homework dlu baru boleh main. sebab homework cikgu bgi belambak. kalau tak buat petang, mlm dah nak tido. kalau macam ni lagi cepat siap k.ana. dia nak kejar main, cepat2 siapkan.

      haah, dah banyak dah. pantai batu buruk pun ada. dia macam nak copy ala ala lombok la katakan. hehehe

      Delete