Followers

DALAM HUBUNGAN, ALLAH DATANGKAN UJIAN SUPAYA KITA TIDAK TERLALU BERHARAP KEPADA MANUSIA MELAINKAN DIA


Benar, ketika kita mencintai seseorang, dan lama kelamaan mula kita berharap melebihi kita berharap kepada Tuhan, Dia akan mendatangkan satu ujian yang cukup berat yang membuatkan kita tidak mampu menanggungnya lagi sehingga kita tersedar bahawa Dia lah yang kita patut berharap.

Disaat itu Tuhan mahu menguji sejauh mana kesabaran yang kita boleh bina kerana ujian yang diberi tidak pernah melebihi kemampuan hambanya. Disaat kita diuji, barulah kita tersedar bahawa kita sebenarnya sudah jauh. Jauh dari sang Pencipta.

Bila saja kita tersedar dan memohon keampunan kepada Nya dan terus menerus berusaha untuk memperbaiki diri kita. Percayalah Allah akan menggantikan kesedihan kita dengan sesuatu yag lebih indah dan mungkin lebih baik.

Mana mungkin pelangi muncul tanpa datangnya hujan.

Betul. Sabar itu indah. Sejauh mana manusia memperlakukan kita, tapi Allah tidak pernah jauh dari kita, malah dia semakin mendekat untuk memberitahu bahawa, " Aku ada" kenapa masih berharap kepada manusia sedangkan aku yang mencipta mu dan aku jugalah yang menciptakan manusia lain.

Beri hati kepadaNya, nescaya Dia akan amanahkan kepada hamba Nya yang tepat untuk menjaga seketul hati. Akan ditaburkan baja baja iman kepada hati itu. Berharap kepada Nya, nescaya Dia akan beri yang terbaik untukmu.

Semoga semuanya baik baik saja. Semoga kita sentiasa dibawah lindungan rahmatnya. Ameen.


DALAM HUBUNGAN, ALLAH DATANGKAN UJIAN SUPAYA KITA TIDAK TERLALU BERHARAP KEPADA MANUSIA MELAINKAN DIA

4 comments

  1. betul, ijian itu tandanya allah sayang pada kita. maka bertabahlah

    ReplyDelete
  2. Ujian itu juga mengingatkan kita supaya lebih muhasabah diri dalam apa jua tindakan kita..

    ReplyDelete
  3. Ujian itu juga mengingatkan kita supaya lebih muhasabah diri dalam apa jua tindakan kita..

    ReplyDelete
  4. ujian datang hanya pada yang mampu saja.. positif saja dengan ketentuan Allah.. yakin sesuatu yang jadi tak akan sia-sia =)

    ReplyDelete