Followers

PROJEK BISKUT RAYA: ALMOND LONDON

Assalamualaikum.

Puasa dah habis, raya pun dah lepas cuma belum sampai ke penghujung syawal nya lagi. Masih ramai yang berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Dah agak terlambat nak post pasal biskut raya tapi belum terlambat untuk raya tahun depan. Sebab jadi post tergendala ni bukan sebab line, tapi sebab buat biskut raya seminggu last puasa, then memang tuan blog tak online dekat rumah, dekat butik baru boleh online. Jadinya tergendala sekejap post pasal biskut raya, tapi tetap nak post jugak.


RESEPI ALMOND LONDON

250g mentega
125g gula hangus
1 biji telur
1 ssudu teh esen vanila
200g tepung jagung
300g tepung gandum *
1 sudu besar tepung beras *
1 sudu teh baking powder *
200g kacang badam dipanggang
50g badam cincang (hiasan)
700 +g coklat compound

ayak bersama yang ada tanda * tu ya.

CARA-CARA 

1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung yang diayak, gaul rata.
3. Bentukkan doh bulat atau lonjong, masukkan kacang badam ditengah tengah.
4. Letak atas dulang pembakar yang disapu mentega
5. Bakar dalam suhu 200 darjah selama 20 minit
6. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. Celup biskut ke dalam coklat dan letak kan kedalam cawan kertas. Tabur badam cincang. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam bekas kedap udara.
7. Siap !


Untuk coklat saya guna coklat compound berly's. Konfem almond london jadi sedap dan enak.

sumber google dari web www.rizqeen.com

Tips untuk almond london.


1. For me, coklat dia yang paling penting. Kalau pakai coklat yang jenis biasa tu takut dia berminyak dna berlemak. Tak berapa sedap kot. 

2. Lepas tu panggang badam jangan sampai hangus. Kalau tak nanti biskut jadi pahit. Pengalaman sendiri ni. Aku panggang sampai hangit, kena kikis semua yang hangus tu, kalau tak memang pahit. 

3. Mungkin boleh pakai oven untuk panggang. Letak dalam oven dalam suhu 200 selama 5 minit. Kalau tak rangup, tambah lagi 5 minit sampai lah betul-betul rangup. Cadangan je, aku tak cuba lagi yang ni. 


Okay sekian sahaja projek biskut raya kedua dari D'dapor Leyla. Peace.

2 comments

  1. sedapnya..pandai masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut resepi je kak linda. alhamdulillah sedap

      Delete