Followers

LEBARAN 2016

Assalamualaikum dan salam lebaran kepada semua ummat islam yang menyambut hari raya Idilfitri.

Ni adalah sejenis schedule post ya, tak ada masa aku nak menulis blog pagi pagi raya ni. Masa sekarang ni aku tengah bizi susun bekas kuih atas meja, bizi kacau masakan atas dapur ataupun bizi duk putar lilit tudung.

Dikesempatan ini, saya Nor Aswalela binti Ismail menyusun 10 jari memohon maaf kepada rakan rakan alam maya mahupun rakan rakan alam realiti, saya ingin memohon maaf diatas semua kesalahan yang disengaja kan atau tidak disengajakan. Hari baik bulan baik ni, elok kita bermaafan kan. (cliche gila ayat)

Pape pun harap raya korang meriah disamping keluarga tercinta. Jangan lupa mintak maaf dengan ahli keluarga semua ya. Lepas ni baru update hari raya pertama. Nak update sekarang memang tak sempat laa. line kat rumah bukan elok pun. Jadinya kita tangguh dulu entry raya pertama. Ni entry ucapan raya sahaja. Layan pantun raya dulu lah ya.


Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Sumber dari : Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2015 | AKU PENGEMBARA http://aniqbukhary.blogspot.com/2014/07/koleksi-pantun-hari-raya-aidilfitri.html#ixzz4ClxIMZYf


0 comments