Followers

Kenapa Aku Tulis Blog?


Blog ataupun lebih dikenali public diari oleh kebanyakan masyarakat. Ya untuk yang tak faham apa itu blog, akan fikir "eh, dia ada blog lah, tulis pasal buah hati la tu, acah acah sweet kat sosial" " eh, dia ada blog la, mesti banyak kutuk orang dekat blog dia, kena hati hati ni, nanti dia kutuk kita senyap senyap dekat blog" " eh, dia ada blog la, mesti keyboard warrior ni" Haa, tu lah common pandangan masyarakat pada mulanya. Sehingga kan dia stalk blog kita dan bosan sebab tak de pun tuan punya blog kutuk aku.

Sebenarnya blog ni atas diri masing masing untuk gunakan blog ke arah mana. Ada yang memang tulis pasal buah hati, ada yang tulis pasal politik, ada yang tulis pasal gosip artis, ada yang tulis pasal viral, ada yang tulis pasal movie, ada yang tulis pasal keluarga, anak, ada yang tulis pasal review, dan macam macam lagi lah. Tu niche untuk blog masing masing. Jadi jangan cepat nak judge blogger melainkan ampa baca dulu blog dia. Nak stalk, aku tak kisah sebab sangat menyumbang kepada trafic blog aku. Silakan buka blog aku hari hari pliss.

Sebab Aku Tulis Blog 

Kotak Simpanan Masa Silam

Blog aswaleyla.com ditubuhkan untuk aku menulis apa yang terlintas difikiran, apa yang aku buat dan apa yang aku rasa menarik untuk dikongsi dengan semua orang. Kadang kadang aku tulis pasal resepi, Resepi yang aku masak dan rasa menarik nak kongsi dan aku berkelapangan untuk snap gambar. Banyak nya aku masak dan tak snap gambar, jadinya banyak aku tak update kat sini lah. 

Bagi aku blog ni satu tempat yang aku boleh simpan memori indah dan tak indah tanpa perlu membayar. Eh, untuk blog ni kena bayar jugak sebab dah tukar domain. Kadang kadang diwaktu bosan, aku buka entry lama dan baca balik entry lama buatkan aku tergelak seorang sebab baca kisah silam. Pernah dengar orang cakap, "Sepahit mana pun kenangan tetap akan jadi bahan gelak tawa sendiri bila diingat" Memang betul pun kan, kalau kenangan dikejar anjing, masa kena kejar tu memang cuak sampai terkencing, tapi kalau ingat balik macam mana kita lari lintang pukang, konfem tergelak sampai terkencing. Tu lah kenangan. 

Tempat Membebel. 

Blog ni jugak jadi tempat bebelan aku, Biasa nya aku membebel dalam spektrum yang lebih baik dan tidak melukakan mana mana pihak, Aku banyak membebel dalam CINTA dan MOTIVASI, Aku membebel dalam satu entry yang panjang. Kadang kadang kita tengok orang ni down, takkan kita nak marah dia, mesti lah bagi motivasi yang boleh menenangkan dia. Contoh dalam entry ni. http://www.aswaleyla.com/2016/05/jangan-bandingkan-kehidupan-orang.html. Eh, siap contoh pulak. Ni contoh entry bebel dalam cinta. http://www.aswaleyla.com/2015/08/jangan-terlalu-obses-bercinta.html. Kesian blog jadi tempat aku bebel. 

Tempat Simpanan Peristiwa Penting.

Peristiwa penting boleh disimpan dengan banyak cara, gambar, video, facebook, instagram dan salah satu nya blog. Kalau instagram, boleh simpan satu gambar je dalam satu caption, tapi takkan nak caption berperenggan bagai. Kalau dekat blog, aku boleh tulis dari A sampai Z apa yang aku nak tulis. Peristiwa penting bagi aku ketika aku menjalani 3 tahun latihan sebagai pegawai kadet dan selamat ditauliahkan sebagai pegawai muda (leftenan muda) dalam askar wataniah. R.O.T.U.

Tempat Simpan Tapak Kaki

Tapak kaki maksud aku travelogue. Samaada travel dalam dan luar negara. Ada sedikit tips untuk travel dan bakal nak jadi travel blogger. (Angan angan tinggi menggunung) Tapi aku sangat suka travel dan sangat adore travel blogger yang dah pergi macam macam negara. Sangat salute double salute lagi dekat solo backpacker. Kalau lah aku mampu jadi macam mereka. Alangkah indahnya.

Tempat Kongsi Tips

Kadang kadang kongsi tips kecantikan awalaupun tak cantik, EH, ciptaaan Allah semua nya cantik cantik kan. Jadi bersyukur. Kadang kadang kongsi tips kesihatan, tips fesyen dan tips belajar. Ada lah sikit sikit tips kat dalam blog ni. Sila selongkar untuk tips tips berguna tu. 

Jadi tu lah sedikit sebanyak kenapa aku tulis blog dan apa yang ada dalam blog bersarang aku ni. Jadi jangan lah judge macam macam dekt blogger tak berssalah macam aku ni. tengok dulu apa yang ditulis. Aku percaya ramai blogger macam aku, maksud aku blogger yang hanya berkongsi kisah hidup, tis, pengalaman berbanding yang menyebarkan fitnah gosip dan sebagai nya. 


Tuan blog belum pernah terfikir nak berhenti berblog. 

Blogging is fun okay 

7 comments

  1. iyap!!! berblogging memang seronok...blog kita tertakluklah kita nak buat apa..janji takde susahkan hidup orang...mana tau cerita bebel bebel kita tu jadi rujukan orang ke kan? sape tau kan?..

    all the best and keep blogging ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu tu. in shaa Allah bllog akan jadi rujukan sampai bila bila

      Delete
  2. nampak leyla ada true spirit dalam bidang blogging, penulisan pun gayanya jujur tak dibuat-buat, tak nampak mcm attention seeker.

    ReplyDelete
  3. huuhu...bgus2..

    masing2 ada sebab utk tulis blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep betul tu. pembawakan masing masing

      Delete
  4. Greetings! Thanks for inviting me here. I found so many entertaining things here. Your writing style is very smooth, I like it. Please keep me updated about any new stuff here. If you need any paper help - professionals at custom-paper-writing.org may help you 24 hours a day, 7 days a week.

    ReplyDelete