TADOM HILL RESORT ALA ALA LUAR NEGARA
Tempat berekriasi yang semakin menjadi viral dalam kalangan kaki travel luar dan dalam Malaysia. Kejatuhan mata wang yang mendadak membuatkan aku tepiki dua tiga kali nak jelajah luar negara. Belum berduit lagi aku nak merantau Eropah. Lebih baik promosi negara sendiri. Bukan di Malaysia tidak ada tempat yang best dan cantik. Walaupun terletak di kawasan bandar, disini tetap aman dan sejuk mata memandang.
Terletak tidak jauh dari KLIA memudahkan perjalanan ke Tadom Hill. Satu tempat yang berkonsepkan buluh dan perkampungan disamping menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan yang menarik.
aktiviti ber 'tarzan' kan diri.
khemah disediakan
pengalaman tidur dalam hammock
Kalau berpeluang aku kesini, aku akan pilih untuk tidur di hammock, sebab kalau khemah dah biasa. Kalau dalam hammock. jarang sekali dapat peluang macam ni. Siap ada kelambu untuk lindungi dari nyamuk. Konfem tak ada gatal gatal dan kena aedes. Kesihatan terjamin disini.
Dikelilingi bukit kapur dan air yang jernih
Resort berkonsepkan buluh dan lampu lampu ayam
Konsep buluh yang digunakan menggamit nostalgia lama, teringat zaman berumahkan buluh dan berpelita ayam. Dengan cara ni, boleh mengembalikan mood di zaman kanak kanak dahulu.
Pakej Tadom Hill yang sangat murah dan berbaloi.
Siapa nak bagi sebuah percutian yang sangat best dengan harga yang sangat murah macam tu. Terkejut aku tengok harga untuk ke Tadom Hill ni. Sangat sangat murah dan aku rasa sangat berbaloi.
Peta untuk ke Tadom Hill
Selamat bercuti di Malaysia. Habiskan jejalah Malaysia sebelum jelajah negara orang. Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Cuma kita yang tidak mencari dan tidak menghargai apa yang ada didepan mata. Kita cuma nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah di depan mata kita tak nampak.
Credit to http://viralkini.my/
http://www.tadomhillresorts.com/
11 comments
wow..kalau amik gambar wedding or pre wedding kat sini cantik ni....
ReplyDeleteNampak menarik tempat ini
ReplyDelete.
www.azlindaalin.com
alamak...cantiknyaa tempat niii
ReplyDeleteJOM FOLLOW SAYA
Cunnyaa tandom hills ni 👍
ReplyDeletenanti kak ain dah kurus, boleh la pegi Tandom Hill ni.. pakai bikini..
ReplyDeleteok baiii... :p
Nak kena pergi ni...grrr....
ReplyDeletesaya dah pergi... memang menarik tempat ni... recommended sesangat
ReplyDeletehttp://blog3kaki.blogspot.my/2015/09/tadom-hill-resort-banting-weekend.html
FEHHHHHHHHHH............ BEST GILERRR NI
ReplyDeletewalaupun dlm hutan tp tetap ade tandas duduk.... view dia mmg cantik, harga pun blh thn berbaloi......;-)
ReplyDeleteMesti pergi satu hari nanti..
ReplyDeleteone day akan ke sini juga :) lawanya tempat..
ReplyDelete