Assalamualaikum,
engineeering vs medic
Semalam aku teman kakak dan anak buah aku pergi klinik. Biasa lah baby kecik memang selalu kena pergi klinik kan. Tengok doktor hensem hensem, cuci mata je la cerita nya. Kawan aku cakap "doktor ni hensem hensem betol lah" aku berlagak cool jee. " alah, hensem sikit pon kau nak goyah dah". Cool tak aku ? Tapi ni bukan cerita aku hari ni.
Lepas tu terjumpa dengan #villagepeople aku. Dia tanya buat apa sekarang? Aku jawab lah baru habis belajar, tunggu panggilan untuk sambung lagi je .
"oowww, ambik jurusan apa dekat sana?"
" emmmm, engineering"
"engineering ?"
"haah, kejuruteraan"
"ooooo, lepas ni kalau dapat kerja jadi apa?"
"jadi engineer, eh, jurutera"
"jurutera? apa tu ? kerja kat mana nanti ?"
"kerja kat kilang, sebab ambil bidang ke arah kilang"
"ruginya, belajar tinggi tinggi tapi kerja kilang je"
Mesti dia ingat aku kerja kilang jadi operator sebab ramai budak budak kampung kerja kilang. Buntu nak jawab apa.
"Eh, tak lah, kerja bahagian atas atas sikit lah "
"rugi la kerja kilang, kenapa tak mintak cikgu ke, nurse ke, polis ke..."
"Hehehe, tak de lah. sebab minat bahagian macam tu, nanti kat kilang kite buat robot "
"oowww, buat robot...."
Biarlah aku tak buat robot pon, asalkan dia paham aku buat apa kat kilang. Hehehe.
Tengok, bagi kita ni pekerjaan engineer dah cukup hebat. Tapi dekat mata masyarakat tak cukup hebat. Sedangkan tahap pembelajaran kejuruteraan dengan perubatan bergerak seiring. Kedua dua bidang ni perlu memiliki mental yang kuat untuk mengelakkan penyakit gila sebab sangat susah dan menyeksakan. Tapi hasilnya bidang kedoktoran dipandang tinggi dan bidang kejuruteraan dipandang selekeh. Sebab ?
Antara salah satu sebabnya adalah pendekatan dengan masyarakat. Bidang kedoktoran sangat memerlukan skill pendekatan dengan masyarakat yang tinggi. Sebab nak rawat pesakit memerlukan jiwa yang tulus ikhlas. Kena pandai ambil hati dan bercakap dengan penuh santun. Kena menunjukkan sifat kasih sayang dan keperimanusiaan yang tinggi. Berbanding dengan jurutera yang perlu menghasilkan mesin mesin berteknologi tinggi yang boleh membantu masyarakat sejagat. Penghasilan mesin mesin berteknologi tidak perlu dilawat oleh masyarakat, cuma hasilkan produk dan keluarkan di pasaran, masyarakat tak tahu siapa yang buat produk tersebut, masyarakat cuma tahu membeli produk untuk memudahkan kerja harian dan kehidupan mereka.
Sedih sebenarnya nasib jurutera ni. Buat kerja berhadapan dengan mesin, muka sememeh, tak ada life. Tapi tu juga kerja murni, meningkat taraf hidup masyarakat dan memberi kemudahan untuk mereka. Engineer turut membantu doktor dengan menghasilkan mesin di klinik dan hospital untuk kegunaan masyarakat.
Tapi apa apa pon aku suka jurusan ni . Baru lah mencabar . Betol tak ?
Belanja gambar first year belajar . Masa ni aku kurus T.T
Nak macam ni balik .
20 comments
Hikssss. omei je lela yang dulu & sekarang :D
ReplyDeletehahaha. malu la titew
DeleteI am grateful since I get an opportunity to read this article. I had been looking for this type of article so far. Thanks for sharing this post here!
Deleteminat masing2 kan lela..kalau akak diorang selalu cakap, nak jadi wartawan la tu..adoii..banyak cabang la bidang cek ni T_T
ReplyDeletebetol tu dayah . kadang kena marah jugak sebab ambik bidang org laki .
Deleteomeinya Leyla :)
ReplyDeleteKelakar pulak.. belajar engineering tp kne tanye nape xjadik nurse yer.. hehe..
ReplyDeleteAnyway, engineering mmg bidang yg mencabar :)
comel ja leyla..semoga berjaya dalam study leyla,berat juga vs tue..ngee
ReplyDeleteuntunglah jd engineer, org kampung tau. jd quantity surveyor, xdak sapa tau..huhuuu
ReplyDeletebiar apa orang kata...yg penting kita enjoy dengan apa yg kita buat....
ReplyDeleteyg pngting kita suka dgn keje kita, passion tu penting
ReplyDeletekau jadi model butik pengantin pun dah ok dah di mata masyarakat
ReplyDeleteamboi perli nmpak FR
Deleteeheemmm...!! proud to be engineering student okehhh...
ReplyDeleteLela bukti kan lah, engineer pun boleh ada life and bergaya... why not..? :)
Salam lela...
ReplyDeleteKita senasib, ramai yang tanya apa kerja lepas abis blaja.
Mereka nampak kerja doktor/nurse/cikgu tu lagi bagus sebab dorg lagi rapat dengan masyarakat. Jadi dorg nampak macammane kerja tu sebenarnya.
Tak perlu dengar ape org nak kata. Selamat sambung belajar...
#efg
belajar engineering x semetinya jd engineer, kalau sambung ke peringkat tertinnggi boleh jd lecturer atau trainer, apa pun kalau minat lantaklah org nak cakap apa kan.. kerja kilang pun dpt seribu lebih sekarang... yg dok kata kata tu boleh bg seribu lebih kat kita ke hehehehhe
ReplyDeleteberisi sangat ke skang leyla? hehehehe... ala, biarlah orang nak kata apa.. dia xtahu, so dia assume macam2.. kita kalau orang dah tanya, kita jawab la selagi termampu...
ReplyDeletesaya amek engineering juga. electrical engineering. tapi susah sangat nak bawa, rasa macam nak jadi lecturer je hahahhaha. anyways, good luck!
keje ape pun boleh asalkan halal..pape pun gud luck !
ReplyDeletePosting ini sangat informatif dan saya berpikir bahwa orang edukatif selalu edukatif
ReplyDeleteAnda berbicara dengan baik tentang Mahasiswa Teknik VS Village Orang
Terima kasih telah berbagi
Hire Online Professional Paper Writer
Halo, isolabellaz
ReplyDeleteAnda menulis posting menarik dan saya bisa melihat gairah Anda di posting ini.
Saya selalu mencoba untuk membaca beberapa posting yang unik dan menarik seperti ini
blog Anda penuh dengan hal-hal informatif
Terima kasih telah berbagi
Online Custom Essay Done Fast