Followers

Review Aku Penghibur | Blogger disegani ramai

Assalamualaikum.
294457_2023869918630_2146956790_n
Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat. 11173402_949130725106922_1000563549011452422_n

7 comments

  1. Along bangga sebab dapat berkenalan dan beramah mesra dengan Acik walaupun sekadar di alam maya

    ReplyDelete
  2. terbaikk EFG..blog yang sangat santai dan tidak jemu untuk berada di sana..entry yang banyak menceritakan tentang kehidupan kita di muka bumi Allah s.w.t..keep it up

    ReplyDelete
  3. terima kasih ..May Allah bless you

    ReplyDelete
  4. Tahniah Acik... selamat maju jaya

    ReplyDelete
  5. Acik sorang blogger yg berdedikasi

    ReplyDelete
  6. kita suka dapat kenal dengan acik juga. x sangka rupanya acik femes. sangat humble orangnya

    ReplyDelete