Followers

Hero Dia Isteri Luar Biasa kata " Wanita Bertudung Tapi Telanjang"

Assalamualaikum.

Tajuk entry ni mungkin agak panas dan memanaskan. Tetapi apa yang dikata kan itu sangat tepat sekali . Bukan ingin menudingjari kemana mana pihak kerana diri ini juga kadang kadang berpakaian begini. Sebab itu lah sangat terkesan dihati bila ada pihak yang berkata  " Wanita Bertudung Tapi Telanjang".

Jika tiada yang berkata, mungkin diri ini selalu alpa dan lupa . Sering kita perhatikan dunia fesyen sekarang sekian meningkat dan kadang kadang melampaui batas sebagai muslim. Contoh fesyen hipster yang digilai para remaja pada tahun ini. Pemakaian hijab berbagai fesyen dan bonggol yang tinggi serta memakai seluar legging yang menampakkan bentuk betis .


Sekarang fesyen berhijab dan legging bersama boyfriend shirt sangat digilai remaja . Paling ketara apabila berhijab dan memakai legging berwarna kulit. Jika dipandang dari belakang seperti tidak mengenakan seluar. Betul lah apabila ada yang berkata  " Wanita Bertudung Tapi Telanjang".

Sungguh diri ini tak layak menulis sebegini rupa. Tetapi tidak salah menegur dan membberi peringatan kepada diri sendiri agar lebih berhati hati untuk memilih pakaian. Tidak salah hendak berfesyen tetapi perlu ingat batasan berfesyen.

3 comments

  1. betul. ramai je buat macam ni. ish ish ish, dah lupa ke cara pemakaian orang Islam yang betul?

    ReplyDelete
  2. Saling ingat mengingati tu x salah.. kadang2 kita terlupa..
    Kawan2 dan ahli keluarga lah yang membantu menegur..
    Fesyen nie skrg makin menjadi2... kadang2 bila anak2 tengok dan bertanya kita yang segan dan xtau nak jawab macam mana..

    ReplyDelete