Hari ni nak buat entry healthy sikit. Dah lame tak buat entry healthy macam ni. Memandang kulit aku ni dah dimamah matahari tempoh hari, rase macam kulit dah tak sihat. Sangat kering dan x bermaya. Kat rumah mak aku beli pearl white 3 botol untuk aku sorang. Sebab dia kata nanti sibuk aku duk mintak product itu ini lepas dah burn masa tauliah hari tu. Sempat lah aku habiskan 1 botol. Hasilnya ? Entahlah, same ja. Mungkin ada lah rasa macam cepat sikit hilang burn tapi tetap kulit ni tak bermaya. Aku macam dah give up dengan semua produk kecantikan yang dijual beratus dekat stokis stokis tu. Dalam produk tu tulis kolegen itu ini. Tapi aku pon tak tahu sejauh mana betulnya kolegen tu.
Jadi aku pun kembali mengenang zaman kecik kecil dulu selalu makan vitamin c appeton tu. Sedap kan, macam gula gula. Secara betulnya memang badan kita memerlukan vitamin c untuk memiliki kulit yang sihat. Dan vitamin E untuk kulit muka. Aku pun tekad lah taknak beli dah kolegen bagai tu. Aku nak try stick dengan vutamin C pulak. Mungkin ambil masa yang lama, tapi ok kalau vitamin C boleh baiki balik kulit aku yang dah kering kena jemur. Untuk vitamin E aku tak ambil lagi sebab aku dah beli vitamin C ni kombo terus. Sebenarnya ada vitamin C + vitamin E dalam 1 botol. Tapi aku nak mula dengan vitamin C dulu baru ikut dengan vitamin E.
Kebaikan vitamin C ? Ok, aku cakap sikit lah. Tapi ni aku tulis untuk kulit je. Sebenarnya vitamin C juga baik untuk rambut dan badan.
MELINDUNGI DARI MATAHARI
Vitamin C dapat melindungi kulit daripada radikal bebas yang terhasil daripada berjemur dibawah cahaya matahari, kesan nerokok dan pencemaran. Vitamin C dapat mengurangkan kesan sun burn pada kulit yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu.
PENGHASILAN KOLAGEN
Kolagen adalah komponen hydroxypoline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebaabkan kulit kusam dan tak bermaya. Kolagen melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda kenuaan.
PENYEMBUH LUKA.
Perasan tak kalau ada saudara mara atau kawan kawan mak kita yang operate, selalu bawak buat oren sebagai buah tangan ke hospital. Sebab bawak buah oren kerana, buah oren sangat kaya dengan vitamin C dan mampu menjadi penyembuh luka pada kesan pembedahan secara dalaman.Vitamin C akan menggantikan tisu yang rosak sekali gus menggantikan tisu yang rosak. Vitamin C meningkakan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
MELINDUNGI DARI PERUBAHAN WARNA
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
MEMPERBAIKI TEXTURE KULIT
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
Jadinya aku beli lah Vitamin C dari Blackmores di Guardians. Sebotol RM38 +, Aku beli yang combo dapat RM48+ kot, lupa dah. Lepas 2 botol ni baru aku nak ambil vitamin E pulak. Kalau nak tahu, Blackmores ni banyak taw poduk produk vitamin dia. Macam macam jenis ada, fish oil, magnesium, zinc, macam macam lah. pilih je mana yang bersesuaian dengan aktiviti anda. Kalu yang jenis perlukan tenaga, carilah untuk tenaga. Siapa yang rasa nak follow aku consume vitamin C boleh la, dan siapa yang dah pengguna vitamin C, boleh lah share pengalaman korang. Share lah yang betul dan sahih ye .
9 comments
yes...elly sokong... VIT C & E adalah combo terbaik utk kulit cantik...
ReplyDeletesharing dr elly...ceria2 ke blog elly... ;)
KOMBINASI VITAMIN TERBAIK UNTUK KULIT CANTIK DAN GEBU
yupp..!! bagus leyla.. vitamin C bukan je baik untuk kulit tapi juga untuk kesihatan badan seluruhnya serta sistem imune kita.... :)
ReplyDeletesemoga kulit leyla cepat sembuh dan kembali qu puteh qu puteh barulah puteh ye... hehehehehee..
Perubahan tu lama kan nak nampak..lama tu berapa bulan?
ReplyDeleteterbaiklah ambik blackmores ni.. xda pmanis tiruan.. tp ni kna telan kan tak boleh kemam2..
ReplyDeleteHi Aswaleyla, thank you for the extra info. makan vita c ni, aswaleyla minum 3litre air juga ? and pengambilan mkanan mcm mn?
ReplyDeletethanks :)
Maaf.. Saya nak tnye btl ke mkn vit c x Bleh mkn Seafood. Mohon penerangan Bleh.
ReplyDeleteMaaf.. Saya nak tnye btl ke mkn vit c x Bleh mkn Seafood. Mohon penerangan Bleh.
ReplyDeleteohh ya ka? x pernah pulak dengar mcm tu. sy mkn je apa2. xde pantang apa2 pun
Deleteperkongsian terbaik
ReplyDelete