Followers

SEMESTER BARU BERMULA


Sem baru telah bermula lepas aku diorentasi 1 minggu. Fuuhh, gila bosan. pergi ceramah yang sama, ceamah tu aku dah dengar 2 kali kot. 3 termasuk yang ni. Sampai aku dah boleh nak hadam dah apa yang diceramahkan. Orentasi diakhiri dengan malam ramah mesra dan aku menari lagi. Dulu aku dah pasang niat nak berhenti menari, tapi apakan daya, staff kat sini dah kenal aku, jadi kena jugak lah menari. Ya, menari tu minat aku, walaupun cakap tak nak tapi kalau tengok orang menari, rasa gian nak menari dia lain macam.

Jadi bermulalah lagi hidup aku sebagai pelajar di Univesiti Malaysia Perlis. Dah 3 tahun aku menetap kat sini. Sambung lagi 4 tahun, kalau tambah lagi, dah boleh bemastautin aku kat perlis ni. Kalau tengok kan aku masih sambung belajar kat sini, nampak lah ayang aku sayang perlis kan. 
Tak ada yang best dekat perlis, melainkan sawah yang luas terbentang, tak ada shopping mall yang boleh shopping, tak ada tempat hiburan yang gempak gempak. Tapi sekali kau duduk sini, kau akan jatuh cinta dengan perlis. Cewahhhh. Sebab pembangunan dia kurang, jadi kurang lah pencemaran dan tinggi lah tahap kedamaian dekat sini. Go Green lah katakan. 

Harapan aku nak terus maju jaya lah dalam sem ni. Nak jadi lebih rajin berbanding sem sebelum ni. Biasalah kan, azam sem baru. tengok nanti tebongkang jugak atas katil. Pergi sana sini jugak berjalan merata. Tapi ok lah, sekurang kurangnya ada azam. Kan ?
Next entry in shaa Allah aku cerita sikit pasal course aku ambil ni. Mungkin ramai yang binggung lepas dapat course macam ni dekat UniMAP. Ok baiii.


0 comments