Berbaki lagi 2 hari lagi Ramadhan, dah buat persiapan raya ke semua ? Kami buat persiapan simple-simple sahaja, persiapan pun last minit baru kalut cari baju raya. Setiap tahun pun last minit tapi yang last minit tu la senang kan, tak perlu fikir banyak & belek lama-lama.
Mulanya kami pergi IOI City Mall untuk cari baju raya memandangkan kat situ semua ada. Nak pergi Aeon, Al-ikhsan & Baby Shop jadi kat situ semua senang ada semua nya. Tapi............
Bila masuk Al-ikhsan nak cari baju Iqbal. Pening baru nak pilih tema. Mula nya sebelum raya hari tu katanya nak warna purple pastel bulan bintang, tapi bila tengok baju al-ikhsan pun menarik, jadi pergi al-ikhsan tak ada pulak warna purple pastel. Ada pilihan warna pink, beige atau hijau terqoise. Decide ambil pink sebab meraikan first raya Afeeya tapi malangnya tak ada size, hijau terqoise dan beige pun tak ada saiz. Jadi tak beli baju Iqbal. Dia dah berangan nak jumpa Alif Satar sebab petang tu Alif Satar buat road tour ke IOI.
Terus gerak cari baju mama dekat Aeon. Pun tak ada size bila ada baju yang berkenan. Nasib la shopping lambat kan semua dah kena beli kat orang dah. Aeon dekat IOI tak besar sangat rupanya. Baju tak banyak pilihan. Last-last cari baju Afeeya pulak. Pergi baby shop pusing sana sini, masuk Parkson penuh dengan orang sampai tak nampak baju, nampak orang je.
Pergi Baby shop dapat la 1 dress kembang semangkuk untuk Afeeya. Warna pink sebab kami decide warna pink je lah senang nak cari baju. Afeeya kami decide untuk pakai gaun je tak payah pakai baju kurung sebab susah nak cari. Next pergi mothercare beli kasut raya. Walaupun belum boleh berjalan, beli jugak kasut untuk bergaya. haa gittew. Dah settle baju dia terus ke next destination.
Nak pergi Aeon mall shah alam tapi memikirkan mesti ramai orang, tukar plan pergi Aeon bukit tinggi nak beli baju Iqbal. Bila sampai Al-ikhsan tak ada pulak size untuk warna pink, hah sudah, baju Afeeya dah pink. Ada warna beige pulak. Ambil je la warna beige. Raya pertama pakai je la tahun lepas punya sebab tahun lepas kami dah warna pink. Dapat jugak beli kurta warna beige untuk atuk Afeeya sekali. Cantik betul cutting dia, Iqbal cakap puas hati dapat beli kurta tu walaupun bukan untuk dia, janji beli. hahhaa macam tu pulak.
Lepas tu pergi SOGO I cental cari baju mama pulak. Sampai sana eh terjumpa baju yang tengok dekat Aeon ioi tadi yang tak ada size, ada 1 je lagi size M. walaupun agaj besar ambik je la, malas nak fikir cari baju kat lain. Size M jadi agak besar sebab sekarang badan mengurus drastik sangat sebab breastfeed si Afeeya. Dari 52kg jadi 46kg dengan tinggi 160cm ni rasa sangat kurus ya. Raya ni aim nak pergi semua open house sebab nak gemuk balik.
Lepas tu pusing-pusing cari baju untuk Woh (nenek) afeeya pulak. Tapi tak ada yang sesuai dan size pun tak banyak yang ada. Keluar tu pusing-pusing singgah panda eyes kejap belikan headband Afeeya. Tak ada untuk budak-budak, mama ambil je size dewasa, menyesal pulak tak beli dekat shopee awal-awal.
Turun escalator nak ke parking nampak bawah ada booth-booth raya. Try la pusing-pusing kot-kot jumpa baju Woh (nenek) afeeya. Sekali terjumpa baju size budak warna beige. Apa lagi terus grab untuk Afeeya. Jadi terus la hari raya pertama tema beige/cream gitu.
baju woh jumpa dekat bazar puncak alam. Punya la merata-merata cari baju raya. Yang penting sekali harung je siap shopping. Kami memang malas nak masuk KL sebab jem dengan cuaca panas lagi memang tak lah nak menerjah KL.
Mama pergi Eco shop cakap nak beli bekas kuih muih nak bagi jiran je. Last-last sesat dalam tu macam biasa. Terjumpa pulak headband & scaft rambut baby comel-comel. Terus ambil banyak, murah pulak banding beli dekat kedai-kedai. Dapat banyak hahaha.
Bertambah lagi assoceries Afeeya.
Itu saja lah yang kami sempat buat persediaan. Korang pun mesti dah settle semua kan? ke ada lagi yang nak ke bazar malam raya tu?
6 comments
tengok baju baby girl memang geram je leyla semuanya cantik2 rambang mata..
ReplyDeleteafeeya nanti ada misi kutip duit raya tau minta mama belikan handbag 1 nak isi duit hehe
wah! shopping sakan nampak? mesti raya ni paling meriah utk keluarga kecil lela. Selamat Hari raya....
ReplyDeleteSeronok shopping dkt² nak raya..suasana meriah..
ReplyDeleteCantik
ReplyDeletewahh pinky semua kaler utk baby girl erk.,
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin jugakk., aminn
sy sehari sblm raya baru cari baju tu pun pegi.lps berbuka. igt x ramai org. sekali... haaa amik!
ReplyDeleteafeeya laa plg untung dpt mcm2 persiapan raya ya..🫰