Followers

1ST TRIMESTER UPDATE


 Assalamualikum. Hai semua. 

Back to my pregnancy journey, hari ni nak share 1st trimester journey.  Now dah end of 2nd trimester baru nak update 1st trimester. Setiap orang pasti ada pengalaman yang berbeza dan banyak juga baca dan tengok journey ibu-ibu lain, jadi nak share juga journey sendiri dekat sini. 

Week 2-3.

Baru dapat tahu yang pregnant. Belum lewat period lagi, tapi saja cek sebab mertua dah set kan orang untuk mengurut memandang kan menantu dia asyik sakit pinggang kuat sangat bekerja. Jadi ambil langkah berjaga-jaga cek dulu supaya tak ada masalah, mana lah tahu kalau-kalau ada kan. Sekali betul ada. Alhamdulillah. Elok esoknya tu birthday husband, terus la plan suprise untuk husband sempena nak jadi papa ni. 

Week 4 - 5

Masih sihat dan sangat kuat makan. Lapar sepanjang masa. Sampaikan bawak bekal banyak-banyak datang office. Memang lapar tahap tak boleh tahan. Happy la husband sebab sebelum ni memang jenis susah nak makan, bila isteri dia ni tiba-tiba makan banyak, suka lah dia tengok. Makan mesti nak makan heavy nasi nak ada ulam-ulam kampung dan langsung tak nak makan fast food dan manis-manis. Bagus bukan? tapi bagus itu tidak berpanjangan. 

Week 6. 

Bermula lah segalanya. Selera makan serta merta hilang. Morning sickness datang. Makan sikit muntah. Bau menumis muntah. Penat letih tak ada tenaga semua nya berganti-ganti. Lapar tapi makan saja muntah. Rupanya pelangi tak sampai penghujungnya. Nafas jadi pendek tak selesa. Rasa nak tidur je sepanjang hari tapi apakan daya seorang bakal ibu yang bekerja dan terus toilet jadi office no 2. Kejap-kejap ke toilet sebab nak buang air dan muntah. 

Makan? No nasi no ayam. Yang boleh makan cuma lah spagetti, mee, bihun dan seangkatan dengan nya kecuali nasi. Setiap hari pergi Lotus bukit beruntung untuk lunch sizzling yee mee. Sampai brother tu dah kenal dah. 2 bulan tanpa gagal setiap hari kecuali weekend sebab rumah jauh dengan bukit beruntung, bila lunch office je makan dekat situ.

Anti dengan media sosial. Sebelum ni kan memang aktif buat content untuk kekasih, content make-up la, content pakaging la macam-macam la. Terus jadi tak ada mood dengan semua benda. Uninstall tik tok. Tinggal instagram personal je yang masih rajin lagi belek. Tapi tentang diri sendiri tak update. Terus hilang dari radar. Ada juga kawan-kawan yang bertanya. 

Muka breakout dan makin breakout. Tukar skincare, pakai betul-betul basic skincare. Make up semua tolak tepi. Memang kemana-mana tak nak make up langsung. Tak ada mood dan ya, sebab pakai mask, so no need to make up right ? 

Read: The Body Shop Aloe Series for My Breakout Skin 

Week 12

Slowly back to normal. 

Alhamdulillah alahan habis agak awal. Masuk week 12 je dah slowly boleh makan lauk-lauk, lepas slowly boleh makan nasi. Time ni ad spesific makanan je dulu. Kalau nak makan ikan keli salai, maka nya seminggu makan ikan keli salai masak sambal. Next nak makan sambal tempoyak, maka seminggu husband menghadap menu yang sama ikan goreng, sambal tempoyak dengan sup sayur. Next nak makan cekodok, seminggu dinner makan cekodok je. Sabar je lah husband. 

Lepas tu dah boleh makan macam biasa, makin tambah selera. Berat pun slowly back to normal. Kalau tak awal-awal berat drop sampai 48KG. Tapi makan nak manis-manis pula, lepas makan je nak manis, tapi kena kawal. Risau kalau jadi apa-apa nanti. Ambil dalam kuantiti sikit. Dari awal pregnant memang tak boleh masam, walaupun rasa loya, makan pelam atau apa-apa yang masam, terus muntah balik. Walaupun dah trimester kedua tetap tak boleh masam. Mesti akan muntah kalau makan masam. 

Muntah-muntah dah hilang. Cuma kalau tersalah makan makanan yang dia tak nak, muntah juga. Hari tu teringin nak makan maggi, senyap-senyap makan maggi dekat office, lepas tu muntah, terus tak boleh nak bau maggi. Kalau makan yang bercoklat pagi-pagi pun boleh buat muntah kadang-kadang. 

Maka berakhirlah trimester pertama yang penuh dengan cabaran. huhu. Next update trimester kedua pula. 

Thanks for reading this entry !

5 comments

  1. Nik sekarang tengah fasa 1st trimester. Mual pagi petang siang malam..huhuhu. All the best awak. Semoga dipermudahkan hingga bersalin nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh tahniah nik. Aduhh nak habiskan fasa alahan tu menguji betul kan. tpi takpe, tu journey yg kita kena enjoy walaupun semua bnde tak kena time tu. all the best jugak untuk nik. semoga dipermudahkan urusan nik dan baby

      Delete
  2. Salam kenal. Tahniah nak dapat baby. Last pregnant 10 tahun lepas. Tapi bila baca entri ni terus kenangan tu semua datang balik. Mabuk teruk muntah pagi petang siang malam sampai admit hospital. Asal makan je terkeluar balik. Toilet mmg ofis ke2. Waktu lunch hour je merangkak bawah meja ofis (meja dekat sudut terpencil sikit), dah letak siap2 selimut dan bantal nak baring sebab kepala berdenyut2 je. Tiap2 hari hitung tarikh kat kalendar nak sampai ke Week 12, tapi bila dah lepas Week 12 pun masih lagi uwek2 terus malas nak kira dah (fasa mabuk tu sampai Week 16, baru la ok). Azab betul trimester 1, tapi kalau diberi rezeki pregnant lagi masih lagi sanggup harung semua tu hihi.

    ReplyDelete
  3. Setiap pengalaman ibu mengandung mesti ada symptom yang berbeza kan. Pengalaman sendiri belum ada, dengar dari pengalaman orang. Semoga terus kuat untuk melalui fasa seterusnya. Take care :)

    ReplyDelete
  4. Setiap pengalaman ibu mengandung mesti ada symptom yang berbeza kan. Pengalaman sendiri belum ada, dengar dari pengalaman orang. Semoga terus kuat untuk melalui fasa seterusnya. Take care :)

    ReplyDelete