Followers

PERTAMA KALI RAYA SENDIRIAN DI NEGERI ORANG



Assalamualikum, hai...

Raya tahun ni sangat berlainan dengan tahun-tahun sebelum ni. Bukan pada aku sahaja, tapi pada semua orang di Malaysia dan mungkin pada semua Ummat Islam di negara-negara lain. Susah untuk kita semua terima cara ni, tapi kita terpaksa ikut demi menjaga keselamatan dan keharmonian semua orang. Ini tanggungjawab masing-masing yang boleh dilakukan sebab kita tak mampu nak sarung PPE dan berjuang bersama barisan hadapan. 

Alhamdulillah kita semua selamat menghabiskan sebulan bulan Ramadhan, semoga segala amalan dan doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan diberkati dan diterima Allah. Semoga ibubapa dan keluarga kita dilindungi daripada penyakit Covid ni. Ameen. Yang penting ibupaba dan semua ahli keluarga kita dan diri kita sendiri sihat. #kitajagakita.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari saya Nor Aswalela. Maafkan segala salah silap saya, segala tutur kata sya yang mengguris hati, segala gurau senda saya. Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan dan Aidilfitri yang seterusnya. Ameen. 

Berlabuh sudah tirai Ramadhan
Gemersik takbir bergema kini,
Salam Aidilfitri saya ucapkan
Kemaafan dipinta setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H, Maaf Zahir & Batin. Semoga ikatan persaudaraan yang sedia terjalin antara kita akan terus kekal selamanya Insyaallah.


1 comments