Followers

TRIP BACKPACKERS 3H2M KE HATYAI HAILAND DENGAN BAJET RM250 SEORANG

Assalamualaikum. Hai.

Dalam trip kali ni aku fully public transport dan dari Malaysia aku naik train dekat Padang Besar. Train dekat Padang besar cuma ada 2 trip iaitu pukul 9.55 dan 3.40 (waktu malaysia). Tapi train akan gerak bila train dah full orang. Hari tu train gerak pun dah dalam pukul 12 sebab ramai yang amat orang nak  pergi Hatyai.

Sebelum tu aku tukar duit Malaysia ke baht dekat Padang besar. Lokasi belakang KFC padang besar. Masuk lorong sebelah kfc tu. Ada money changes kat situ. Currency 10 baht = RM1.26. Makin jatuh duit kita yaa.

TRIP BACKPACKERS 3H2M KE HATYAI,THAILAND DENGAN BAJET RM250 SEORANG TIDAK TERMASUK MAKAN

Proses imegresen dekat Stesen keretapi Padang Besar. 



Yang ni take note. Tiket train dijual di tingkat bawah, tak pun korang pergi tanya kaunter tiket dekat atas kat mana tiket untuk ke Hatyai. Bila dah sampai bawah, belah kiri ada bahagian imegresen Thailand. Beratur untuk beli tiket dan terus ke imegresen Malaysia, jalan situ jugak. Ambil form putih dan isi form tu. Make sure korang tulis tempat penginapan korang dekat sana nanti (hotel, guesthouse,motel dll ) sebab dorang nak masukkan dalam sistem dorang incase jadi apa apa, senang dorang nak cari nanti. Lepas tu cek dekat imegresen Malaysia, dia akan cek tiket. Lepas tu terus ke imegresen Thailand untuk cop passport dan dia akan ambil 1 bahagian departure kad tu. Yang lagi 1 bahagian simpan je dalam passport tu, nanti nak balik dorang ambil yang kecik tu pulak.

Nanti dalam train akan ada orang yang jual sim kad. Nasihat aku jangan beli sebab mahal. Dia ada 5 gb macam tu je. 5 gb mana cukup weh. Beli dekat unlimited travel ke, dekat bandar dia akan ada tempat jual sim kad ni. Beli yang seminggu terus. 285 baht unlimited data untuk 7 hari. Beli 1 kongsi dengan kawan, buat hotspot.



Lepas tu boleh naik train dan tunggu train jalan. Perjalanan dalam train ke Hatyai kejap je. Dalam 30-45 minit macam tu. Tak sempat nak lelap dah sampai.

Duit hangus : RM 7

Penginapan

Bila dah sampai sana, belambak tuk tuk yang akan tunggu dekat situ. Akan tanya kau nak pergi mana semua kan. Kalau hotel tu jauh, boleh la naik tuk tuk ja. Aku syorkan korang tempah bilik dekat dekat dengan train atau kimyong market atau kawasan lee garden. So korang boleh jalan kaki je. Ikot waze. Disebabkan hari tu terlampau ramai yang pergi siam, semua bilik full dan ada 1 je lagi bilik, terpaksa lah ambil. Aku stay dekat Mana Residence. Jarak dalam 10 minit naik tuk tuk. Nasib ada 1 group dari Malaysia nak pergi Mana residence jugak. so sejalan lah. Naik tuk tuk sekali 20 baht sorang.

Aku recommend kan untuk yang datang berkeluarga dan dengan kenderaan sendiri untuk duduk sini sebab lebih private tak crowded dengan sesak dalam bandar. Bilik ok dan ada parking. Kalau dalam bandar sumpah aku cakap susah nak parking dan nak gerak dengan kereta. Aku dapat 1 bilik 1 katil king RM149 untuk 3 hari 2 malam. Okay lah aku kongsi bilik 3 orang.

Hotel murah nak booking kat mana? Korang boleh booking dekat booking.com atau agoda.com. Kalau korang jenis yang ok je duduk dekat hostel, homestay atau guesthouse pakai booking.com. Kalau korang jenis yang memang nak duduk hotel bintang bintang pakai trivago pun okay.

Tuk tuk ke hotel : 20 baht/rm2.50
Sewa hotel : 1180 baht/ rm149. rm49.70 seorang 






Lepas tu kami ambil tuk tuk ke Kimyong market. Nak cari makanan. Lapar dah tengah hari. Banyak recommend suruh pergi dekat kai tod decha', tapi aku tak pergi pun. Aku pergi cari makan dekat Kim yong.

Tuk tuk ke Kimyong Market : 30baht/rm3.80


Tapi tengah hari Kim yong tak ada jual makanan berat sangat sampai lah aku jumpa nasi kuning dekat simpang depan Kimyong. Dengat dengan bangunan show room honda. Situ je yang halal pun, dengan yang hujung belakang. So aku makan dekat situ. Nasi dia sedap gila weh. Sebab sos dia sedap. Kalau dekat perlis dorang makan dengan kuah gulai macam tu tapi kat situ dorang makan dengan sos manis tu dengan ayam berempah. Best serius.

Nasi ni 1 pinggan 60baht

Lepas makan bandar dia cari sim kad untuk data internet. Pusing punya lah lama tak jumpa, sebab bangunan dia jenis petak petak. masuk sini tembus sana last sekali pening. So better korang tanya je penjual area situ. Lepas je kami tanya terus dia bagitau kat mana.

Kucing ni gemuk gila, dah la jinak, Geram aku


Beli simkad kad sini. Dengan pakej. Aku prefer ambil pakej kalau tak ada transport sendiri. 

Aku beli kat sini. Dia siap pasangkan set up semua setting. Lepas tu terus boleh guna je. Internet dia laju weh.Murah pulak tu. Dah alang-alang kami ambil pakej unutk one day trip ke semua tempat best kecuali Champ Puak Camp. Pakej 1750 baht, kami dah settle lepas dah gerak nak balik hotel, kakak tu call cakap ada orang nak join trip tu. so kami dapat murah sikit. kami on je lah. dah alang alang dapat murah. Dapat lah 360 baht sorang.

Internet unlimited : 285 baht/ rm36.20, rm12.00
One day package : 360 baht per person/rm45.50
Tuk tuk balik hotel : 50 baht/rm6.30

Lepas tu balik rehat. Malam pergi Khlonghae Seafood Buffet, macam steamboat. Sini sumpah korang kena pergi. Best gila. Murah dan seafood fresh fresh semua dan yang pasti makan lah banyak mana pon, tak caj lebih, makan lah nak makan semua pun kalau mampu. Tapi please jangan tamak okay! Harga 289baht,  sama dengan RM 36.50. Air free. Lokasi jauh 30 minit dari bandar dan kalau ada transport senang je nak pergi. Waze je. Aku naik grab. Murah berbanding tuk tuk. Grab kat sana dah berlambak so jangan risau kay. Trusted.







Seafood dia macam kat pasar weh, tapi boleh makan semua. ambil je nak yang mana banyak mana. Ikan tu korang ambil dekat bahagian seafood ni jugak lepas tu bagi abang yang bakar kat depan tu bakarkan. Sedap serius rasa manis manis isi dia. Tatau dia guna rempah apa. nampak macam seram sikit tapi best. Abang tu orang melayu ja. Mungkin siam melayu, so boleh cakap kelate. Kat sini ada nasi mee semua. Ada ikan siakap stim sedap, kerabu macam macam kerabu. somtam. ada desert dan buah2 jugak.

Lepas tu ambil grab balik hotel. Tido. Bab grab memang kami guna konsep tawakal. Sebab tengah malam nak naik grab dekat negara orang dan semua perempuan. Dekat penang pun aku tak berani naik grab malam malam tau.Tapi Alhamdulillah diorang semua baik baik. Tak ada langsung ambil kesempatan dan kebanyakan diorang memang tak paham melayu dan english dan tak reti cakap english. Ada yang boleh.

Grab pergi : 122 baht/rm5.20 per person
Grab balik ke hotel : 130baht / rm 5.40 per person
Package makan steamboat : 289baht/rm 36.50 per person

Total hangus hari pertama : RM173.90

Esok pagi pagi ada kereta 6 seater datang ambil. Pergi makan Chabura Dimsum tapi sayangnya beratur panjang berderet dan kami pun malas nak beratur konfem tengahari baru nak dapat makan. Korang jangan pergi Chok dee dimsum sebab tak halal. Chabura the one dim sum yang halal kat situ, yang tepi jalan tu Allahualam lah. Sebab chokdee dimsum pun antara yang famous dan di recommend kalau cari dekat best food page ke apa. Takot korang ter pergi ja. Pesan awal-awal.

Lepas tu terus pergi Cable car. Tiket 200baht. Tapi kami tak naik sebab pendek sangat je perjalanan. Best lagi dekat Langkawi. Sebab kat atas tu tak ada apa pun. Cuma ada tokong dan kuil. Ada tokong gajah 3 kepala.




Lepas tu turun bawah sikit ada tokong lain pulak. Tapi kami tak turun sebab panas sangat. Cuaca dekat Hatyai lagi panas dari Perlis ya. Lepas tu pergi dekat sleeping buddha dekat Wat Phranon Laem Pho tu pulak. Ambil gambar sat lepas tu gerak pergi Samila beach. Panas sangat nak berlama lama.


Sampai dekat Samila Beach kami makan dulu. Makan nasi goreng dekat tepi pantai tu. Nak makan tomyam sampai 50 ringit kau semangkuk. Mahai. Lepas tu bergambar dekat pantai. Pantai dia cantik gila bersih tak de sampah macam tempat kita. Kat sini ada patung duyungyang naked tu. Dulu aku dah pernah buat entry pasal ni.

Letak gambar kawan lah sebab dulu dah ambil gambar kat sini. malas nak berebut ramai sangat orang
Then gerak ke floating market. Beli baju hard rock cafe hatyai 100baht lengan pendek. Kawan aku beli dua untuk boyfrend sekali. Aku? beli la lengan panjang 200baht. Takde bf nak belikan. Muahaha.
Beli air dalam buluh tu. 25 bth. tapi aku beli yang dalam bekas tu 30bth. Then balik rehat.


Malam tu kami ambil grab pergi sesakkan diri dekat Asean Night Market. Ramai gila orang. Makan pun makan nasi beriani beratur punya panjang. Beli pancake pun beratur panjang. Jalan-jalan sambil menahan nafsu nak membeli. Kasut kat situ 150 bth ja weh. lebih kurang RM19. Kat Padang Besar RM 70 weh, pastu makcik tu taknak bagi kurang sebab alasan duit kita jatuh. Last balik dengan tuk tuk 20bth sorang. Balik rehat.


Kasut ni ada 100baht ada 150 baht. Overall barang kat sana banyak harga 100 baht = rm13++


Baju hardrock : 200baht/rm25.30
Grab ke Asean Night Market : 13baht/rm1.60
Grab balik dari Asean Night Market : 20 baht/rm2.50

Total Hangus Hari Kedua : RM29.40

Pagi tu kemas barang dan check out. Naik tuk tuk 30baht sorang pergi Kim yong Market lagi. Pusing pusing sampai ke Lee Garden Plaza. Jalan jalan area situ. Pergi massage full body 200 bth 1 jam. Puas lah sebab dah penat duk galas beg kan. Dah habis massage, beli pulut ayam dulu lepastu pergi seven eleven beli apa yang patut. Lepas tu makan balik dekat mak cik kat Kim yong market tu. Sebab takut nanti kempunan. Sedap sangat la tu. 60 bth sepinggan yang banyak okay.



Repeat kedai mak cik tu.



Naik tuk tuk 20bth sorang pergi bus station dan ambil van kat sana. Sebab dah tak larat nak berebut dekat train dan orang kata train dah kehabisan tiket. Van ke Padang besar dekat kaunter 24, cuma 50bth shaja sampai border padang besar. Tanya je orang kat situ kaunter untuk ke padang besar.


Tuk tuk ke Kimyong Market : 30 baht/rm3.80
Massage full body 1 hour : 200baht/rm25.30
Tuk tuk ke bus station : 20baht / rm2.50
Van balik Malaysia : 50 baht / rm6.30

Total Hangus Hari Ke-3 : RM37.90

Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia.

Total Hangus Keseluruhan Tidak Termasuk Makan : RM241.20


TRIP BACKPACKERS 3H2M KE HATYAI,THAILAND DENGAN BAJET RM250 SEORANG TIDAK TERMASUK MAKAN


TIPS :=P

1.Korang boleh dapat lagi murah kalau duduk dekat town, kawasan berdekatan dengan Lee Garden.

2. Ambil pakej 1 hari je dah boleh cover semua tempat. Sebab tak de la banyak tempat sangat nak pergi.

3. Jangan beli sim kad internet dekat dalam train, beli dekai kedai2 tepi jalan dekat town tu. 

4. Paling penting. JANGAN PERGI TIME PEAK SEASON. Rugi tak dapat makan puas2.

5. Kalau jumpa malaysian tu tegur2 lah. Ada yang sombong tapi ramai yang baik. Kot kot diorang boleh tolong atau bagi information ke apa.

6. Kalau nak tegur malaysian yang gaak ramah, cari geng2 backpackers. Biasa kalau yang jenis pergi dengan family ni emmmm susah sikit nak tanya apa2. Silap2 boleh jadi geng terus tak pun jumpa travelmate siapa tahu kan. 

7. Tips lain2 nanti kalau aku ingat aku update lain. see yaaa. 

Antara hotel atau bilik yang aku boleh recommend berdasarkan apa yang aku baca dan tengok masa dekat sana, boleh try yang ni. Aku tak jamin keadaan bilik tu ya sebab aku tak tengok keadaan bilik satu2. Aku cuma recommend base on distance and facilities around them.

1. Lee Garden Hotel
2. Railway Hotel in Hat Yai
3. Grand Plaza Hotel
4. Cathay hotel
5. Centara Hotel
6. The bed Hatyai
7. Hatyai Dee Hostel
8. The Regency Hotel Hatyai
9. BP Grand Tower Hotel
10. Hatyai Central Hotel

Sorry kalau entry ni panjang sangat. Aku cuba lengkapkan semua benda dalam 1 entry supaya senang korang nak baca. Tak perlu bukak part 1,2 3. Nanti korang pulak tak tahu 1 dengan 3 mana yang dulu. 😂😂

Cerita tambahan :=D

Kalau korang nak massage for girls, korang make sure yang massage korang tu woman okay!! Bukan shemale. Sebab masa aku nak massage, Ada 3 orang dalam tu, 2 orang women dan sorang shemale. Kami bertiga yang  nak masage. Aku dah cakap nak woman, dia cakap "all women here" Aku dah pandang semacam dekat shemale tu. Lepas tu yang shemale tu paling semangat prepare buat kalut kan, Then kawan aku cakap tak pe lah, dia tak nak. Kami dua terus cakap nak perempuan yang dua orang tu. Lepas tu bila kami kat dalam tempat nak massage tu, yang shemale tu bising bising  kat luar cakap "im women im women" HAHAHAHA. Dia sebijik Abang Jat kita tau, boleh beza la perempuan dengan laki. Lepas tu aku terfikir apa perasaan dia kalau dia massage perempuan eh ? 😳😳 Konfius jap.

So korang kena make sure betul2 tau !!!

5 comments

  1. Thanks for sharing tips2 ni..

    ReplyDelete
  2. Wah details sgt ni. Bagus utk rujukan. Boleh lah kak ana plan ke sana nanti.

    ReplyDelete
  3. Wah, boleh mula mengumpul nak pergi sana nanti...

    ReplyDelete
  4. nice sharing.. memang tringin nak pergi tapi katanya skrang tengah ramai orang Malaysia aim nak kesana akak dok diam dulula. baca dulu crita kawan2 nanti cedok mana yang patut. Dimsum tu kiranya uols tak cuba la ? alaaa kena pegi lagi la nampaknya kalo gitu. okay cerita Shemale tu lawak. kat sana sepah2 jugak kan sepsis gitu. aduhaiiii...

    ReplyDelete