Followers

AURA STEAMBOAT, PERLIS BERWAJAH BARU

Sebelum baca entry Aura Steamboat berwajah baru, baca lah wajah lama nya dulu. Setiap yang baru mesti ada yang lama kerana dari yang lama kita boleh tengok kemajuan dan perubahan ke arah positif kan.

http://www.aswaleyla.com/2015/08/aura-steamboat-repohperlis.html

Sekarang baru boleh baca Aura Steamboat berwajah baru. Tapi style lama masih ada taw, ada penambahan dalam restaurant steamboat tersebut. Mula mula kita tengok keadaan sekeliling dulu. Masa ni dalam pukul 8, jadi orang tak ramai lagi. Kalau nak tempat, haruslah datang awal, kalau tak memang tak dapat lah. Sebab makin lewat makin ramai. Dibahagian luar masih lagi sama macam biasa. Di bahagian dalam ni ada aircond dan susun atur yang lagi cantik. Macam moden gitu.


Untuk tempat grill pun berbeza. Kalau diluar masak grill guna api dan arang, kalau kat dalam ni masak pakai dapur elektrik. Lagi seronok yang dalam sebab tak bau sangat dan tempat grill lebih selesa. Tempat grill yang senang nak bakar dan tempat sup yang dalam dan luas.

Kuah ada dua jenis. boleh pilih antara kuah tomyam atau kuah sup. Kami pilih kuah tomyam.




Special ada udang lipan. Kadang kadang ada ketam, Udang malam tu dia bawak keluar lambat lambat. Nasib sempat jugak merasa.



Ada aiskrim, ABC pun ada, ambil ja banyak mana nak ambil.free jaaa. cuma jangan membazir. Bukan free lah sebenarnya, bayar sekali dengan pakej. Tak ada hidden charge. Tu tempat ABC.

Air pun sama, refill ja banyak mana pun . Boleh minum banyak banyak. Tapi jangan minum banyak air, nanti tak larat nak makan pulak.


Ok ready guys ? Jom makan, belum tu masak dulu dan jangan lupa baca doa makan.




Ni part yang last. last last baru dapat sotong. Tempat grill pun dan rentung dah. Semua dah bersandar angkat bendera putih dekat kerusi.



Jangan membazir ya. Habiskan apa yang kamu ambil. Kalau tak nanti akan dicharge atas setiap pembaziran. Kan tak pasal pasal kena bayar lebih.

Harga ? harga .....


Dalam punya harga RM 25, exclusive punya. Air free tak payah bayar. Kalau garden style dekat luar. lebih santai dan murah. Harga RM 15 tapi air bayar lain. Kena order air sendiri. Jadi boleh order apa apa yang berkenan dihati.

Itu sahaja laporan JJCM aku kali ni. Banyak gambar dari tulis. Biarlah gambar berbicira. Kalau nak booking ka apa,Ambil no kat gambar atas tu. Lokasi, boleh google Aura Steamboat. Jalan kangar-arau tu ya. Jalan nak pergi ke kubang gajah. Repoh.

8 comments

  1. alhamdulillah...nasib baik sempat merasa sblum habis bljr ri tu...memang awesome giler wajah baru dia! terbaik r!

    ReplyDelete
    Replies
    1. study perlis jugak ka ?unimap ?

      Delete
  2. Kat Repoh eh... wahh dekat je dgn Jitra heheheh

    ReplyDelete
  3. Syok woo makan steamboat ni. Best kan air yang boleh refiil ni ala ala makan dekat Seoul Garden. Hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak nani. pastu balik perut boncittt

      Delete
  4. AIskrim tu ada kalau amik pakej dekat dalam je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. pakej yang dalam cermin tu ja. kat open luar tak da.

      Delete