Assalamualaikum.
29th May 2018| Telah kembalinya seorang pemuda muslim yang banyak berbakti kepada orang-orang muslim yang lain.Subhanallah.Al-fatihah untuk Ali banaat.
Setelah disahkan mengidap cancer dan doktor memberitahu Ali banaat mempunyai 7 bulan untuk hidup dan dengan kuasa Allah, Ali Banaat survive lebih dari 2 tahun. Ali banaat seorang jutawan muslim telah melabur harta nya untuk membantu orang muslim yang memerlukan.
Setelah menerima diagnosisnya, Ali baanat telah menjual perniagaan nya dan mengembara je Togo, Afrika. Ali banaat banyak membantu populasi di situ dengan harta harta yang dimiliki. Subhanallah, kebajikan yang Ali banaat buat semoga menjadi bekal disana.
Penyakit nya telah memberi kesedaran yang harta dunia ni hanya sementara. Bertuah kerana mendapat petunjuk tentang kematian nya. Dia masih berpeluang menghabiskan masa dengan bersedekah sedangkan kita terus lalai tidak tahu bila ajal datang menjemput. Subhanallah.
Kita pun patut ambil iktibar dari Ali Banaat. Dia bersyukur kerana penyakit nya. Penyakit tu lah yang sedarkan dia bahawa dia perlu berbakti kepada masyarakat, sedarkan dia bahawa harta dunia tidak akan kemana mana. Kalau lah kita tahu bila ajal kita, mesti kira tak akan sanggup tinggalkan tikar sejadah sebab takutnya masa dibazirkan dengan perkara lara, bukan dengan beribadah kepada Allah.
Next entry nanti aku cerita lagi iktibar yang boleh diambil dari kehidupan Ali Banaat, supaya boleh jadi pedoman untuk kita nanti.
2 comments
Ada tgok video masa pengebumiaan arwah jugak. Sahabat dia siap kata matinya arwah ni dalam kebaikan. Kita yang masih hidup ni belum pasti bagaimana. Allah... terima kasih ingatkan balik.
ReplyDeleteThis is so touching.. hope he's granted with jannah..
ReplyDelete