Followers

MAY WRAP-UP 2018


Assalamualaikum

Dah lama tak tulis wrap up dan rasa nak tulis balik. Bulan May 2018 adalah bulan yang paling tough buat aku. Semua benda macam kena lari-lari kejar deadline kejar itu kejar ini. Banyak benda yang jadi dalam bulan may. Sebab tu aku rasa i need to write it up.

Awal bulan sampi tengah bulan aku memang kejar kejar siapkan projek dan progress untuk fyp 1. 16 hb lepas aku dah berjaya habiskan fyp 1 dengan habiskan viva.



Siapkan mock up, siapkan sketches yang macam apa dah aku lukis. Ni antara nya lah, aku dah susun lapis2. nak siap kan 30 sketches tu mau bengkok dah tulang belakang. Dan nanti nampak gaya macam kena lukis lagi sebab dari stool nak kena tukar jadi furniture lain pulak. Menangis la nak. Dan akhirya berakhirlah penderitaan semester ini. Alhamdulillah


Alhamdulillah settle untuk Fyp1. Sekarang sambung study week dan minggu depan aku dah final exam. Bertabahlah lagi sekali habiskan semester ni.


Then wrap-up seterusnya macam semua orang tahu dan buat. PRU 14 dan ini kali pertama kau mengundi. Pengalaman pertama haruslah excited sikit kan. Undi mana? itu rahsia. Hehehe. Untuk kerajaan Malaysia sekarang, aku bersyukur Malaysia masih aman. Rakyat semakin matang dalam membuat pilihan dan menerima keputusan. Good job Malaysian. 




Sebab mengundi ni, family yang duduk jauh pun balik mengundi kan. Jadi pergilah makan makan dekat pantai setiu. Menu wajib lah udang sotong celup tepung. Yang datang ganu, setiu. wajib makan ni. Kalau tak tak ganu la tak pekena sotong celup tepung kan. Aku suggest korang makan dekat tepat dia. memang kedai celup tepung. Jangan pergi kuala Terengganu pastu order sotong celup tepung. Memang mahal dan tak berbaloi dan rasa pun macam kurang lah kan. 

Esoknya siap mandi mandi sungai lagi berkelah. Tak ada gambar nak letak sebab dah mandi sungaikan hadphone pun simpan dalam beg ja. Lepas tu main air puas puas. Banyak lagi lah benda nak cerita dalam bulan May ni. Tapi biarlah simpan dalam memori otak sahaja. Malas nak tulis. Hehee.


Satu je nak cakap, tak lawak weh jari jadi hitam macam tu. Sampai sekarang warna kuku tak hilang. Bukti mengundi sangat tau. Apa pun selamat berpuasa. Nak buat entry puasa pun tak sempat. Nak update resepi pun tak sempat. Next time keyh. Selamat berpuasa semua ! 

4 comments

  1. selamat berpuasa..

    http://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sedap nya !
    tganu memang terkenal dgn semua gorengan tepung.
    aida kalu ke pantai timur, wajib pekena seround.
    area tepi laut tganu. indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. kalau dtg ganu wajib tau rasa ni. xde kat negeri lain

      Delete