Assalamualaikum.
Cuti semester macam biasa lah di habiskan dengan latihan Wataniah. Dapat cuti seminggu lebih je dekat rumah lepas tu kena balik Perlis masuk latihan pulak. Ini kali pertama latihan gabungan antara 3 Universiti zon utara. Dan mungkin jugak jadi latihan terakhir untuk aku. Sebab ? Sebab tahun depan aku dah habis belajar. Jadinya dah tak ada dekat Perlis. In shaa Allah.
Overall bagi aku latihan kali ni not bad, cuma ye lah kali pertama kan. Akan ada cacat cela sepanjang latihan 15 hari ni. Bagi aku bukan nya masalah besar pun cuma tiada perbincangan apa yang perlu dibuat, itu sahaja. Macam yang aku cakap sebab kali pertama jadi kita tak nampak lagi perjalanan cerita dia kan.
Untuk next latihan gabungan baru boleh tengok dan perbetulkan mana yang kurang. Sepanjang latihan ni kami Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Sains Malaysia berkampung di UUM. Pendek kata Universiti Utara Malaysia sebagai tuan rumah untuk latihan kali ni.
Seribu kali ucapan terima kasih untuk tuan rumah yang menyediakan semua kemudahan dan pentadbiran untuk latihan kali ni. Keseluruhan nya kita berjaya habiskan 15 hari sebagai pegawai muda untuk uruskan segala pentadbiran semasa latihan. Terima kasih kepada semua pegawai tetap dan jurulatih yang tanpa penat memberi tunjuk ajar kepada kami dan semua peg kadet.
Okay selamat menghitamkan muka selama 15 hari. Walaupun kerja kat ofis je tapi hitam kalah yang lain. Sebab dah burn masa perbarisan pembukaan lagi. Memang habis hitam terus mungkin sebab dah lama tak kena panas kan. Sekali kena habis burn terus. Tambah utara sekarang musim panas gila. Sampai ada kena heat stroke tapi Alhamdulillah sihat boleh sambung latihan macam biasa.
So lepas ni sambung semester baru pulak. Pejam celik pejam celik dan semester 6. Counting for 2 more semester then dah boleh kawen. Eh no, dah boleh kerja lah.
Mengada sangat orang ambil gambar macam ni sibuk nak ambil gambar kaki jugak. Cuba teka tu askar mana pakai macam tu ? Serupa tapi tak sama. Sebab saya separuh askar je. Minat askar tapi nak masuk askar pikir banyak kali jugak. Akhirnya kita join Palapes ja. Join wataniah je. Jadilah separuh askar separuh awam.
Kenapa aku masuk askar walaupun tahu askar ni penat dan sakit badan ? Okay next entry lah pulak. Kalau ada yang nak jawab boleh komen bawah dulu. Or nak tanya pasal ni komen kat bawah nanti i jawab next next entry yaa.
5 comments
i love uniform and boots
ReplyDeletehehehe tq.. me too
DeleteAmboi counting days ye. Semoga berjaya leyla. Hanya yg kental macam awak je boleh join palapes ni. Kak ana dulu ramai BFF join palapes. Dah skrg nampak kesan dr aktiviti palapes ni dlm kehidupan dorang. Keep it up dear.
ReplyDeletehehhee. alooo k.ana. kalau k.ana pon join mau sy kena panggil k.ana puan kn. hehehe
Deletekwn busyra masuk palapes jgk di u dia.. eh eh dah boleh kawen plus kerija laa.. haha
ReplyDelete