Memandangkan semester baru dah bermula dan aku pun dah berada di Perlis. Jadi masa nak update blog tu kadang kadang ada kadang kadang tak ada. Awal semester ni masih mamou update tapi nak konsistent tu agak payah.
Tahun ni adalah tahun berjimat cermat dan saving bagi aku. Aku nak saving duit sebanyak mana yang mampu sebab ni dah tahun akhir pengajian aku. Maksudnya tahun 2018. Dah tahun depan aku dah mula intern.
So my current wish list semua masih ada walaupun tahun berjimat cermat. Ni lah nama nya perempuan kan. Tak boleh nak lari jauh. Wish list aku akan guna duit saving lah. Selagi saving tak cukup memang tak jalan lah wish list ni. Jadi kena kuatkan semangat untuk saving.
MY CURRENT WISH LIST
1. Theme baru untuk blog. Sebelum ni aku asyik pakai template free je jadi terasa nak beli template sendiri untuk kepuasan mata memandang. Memang ada yang free lawa lawa. Tapi macam ada jugak yang tak puas hati. Cerewet betul minah ni. Harap dapat job blogger sebab nak guna untuk renew blog ni balik.
2. Cermin mata. Cermin mata aku yang ada sekarang rasa macam besar sangat pulak, dulu kan semua duk nak pakai cermin mata besar kan, tapi aku punya tak ada hipster terok, biasa biasa ja. Cuma rasa tak selesa nak pakai dan nak buat yang kecil sikit untuk pakai harian. Malas nak cucuk lens sebenarnya sebab kalut kalut nak pergi kelas kadang kadang sempat pakai sebelah je. My bad. Kawan aku kata kat KL ada kedai murah. Harga bawah RM100 ja. Tapi kena saving jugak lah dalam RM400 kan.
3. Lens camera olympus. Lens kamera aku yang sedia ada tu rosak 😭😭. Dah setahun guna dan tiba tiba blank terus. Nak try baiki dulu, kalau tak boleh baiki terpaksa la beli baru. Ada lagi satu lens tapi zoom punya. kena ambil gambar 1 batu jauh baru nampak muka. Kalau 1 meter je nampak la lubang hidung sampai ke hujung gua tu. Sedih betul.
4. Travel. Travel untuk 2018 aku belum fikir lagi. Tapi bulan 8 mungkin ke pulau redang. Bab travel aku tak risau sebab aku akan cut bajet sejimat yang mungkin. Sebab kalau dapat travel aku tak fikir shopping atau makan sangat melainkan memang niat nak foodhunt. Tu pun akan cari street food. Lain mungkin aku nak jejak Krabi sebab ni tahun last dah dekat Perlis. Kalau dari sini dah jimat tiket flight semua tu.
5. Books. Sebab semester ni dah start FYP jadi kena baca banyak buku untuk bantu english aku dan knowledge.
Setakat ni itu je lah yang penting penting. Korang pun mesti ada wish list masing masing kan? Tinggal link entry nanti aku baca wish list korang. Kot kita ada yang wish list sama kan. Boleh lah sama sama achieve kan wish list tu. Ye dak ?
12 comments
Semoga tercapai semua wishlist tu, hihihi.
ReplyDeleteameen. terima kasih
Deletesalam sis...
ReplyDeletelbh kurang sama wish list kita.. 1-4 tu.... hrp tercapai thn nih..hehehe
ye kaaa. jom buat sama2. hehe
DeletePulau redang tu wishlist kak ana juga. Sebabnya boleh bawa syafi naik feri. Cantik view kat sana kan.
ReplyDeletejum kak ana. sy nama je duk ganu tapi tak pernah pergi
Deletegoodluck! semua tercapai semua wishlist!
ReplyDeleteim shaa Allah ameen
Deletesmoga tercapai smua nya lela. jom travel sesama! padahal duit pun tak dak. hahaha
ReplyDeleteameen. jum busyra. duduk pun dekat dah. nak pergi lepak aman pun tak pernah sekali
DeleteSemoga tercapai apa yang Lela niatkan itu. Pulau Redang cantik! Rindunya nak pergi pulau 😍
ReplyDeletein shaa Allah. doakan sy ya kak. jum repeat lagi sekali :p
Delete