Hai. Assalamualaikum.
Kalau korang perasan blog aku dah bertukar baju dan sebenarnya masih berterabur. Side bar footer semua masih tak lengkap. Harap maaf yang dalam bloglist semua dah hilang. Aku sempat tambah 2 3 macam tu je dulu.
Sebenarnya nak tunggu beli template baru jadi template ni adalah template sementara sahaja. Nak beli template pun susah jugak sebenarnya. Nak decide betul betul dan nak keluarkan duit pulak. Banyak pulak aku fikir kan.
In shaa Allah tunggu ya dulu. Bila dah settle semua baru boleh masukkan balik info info dekat blog. Baru boleh masukkan bloglist semua bagai tu. Doakan semua dipermudahkan ya.
So far aku dah masukkan dalam cart 1 template. Cuma tunggu masa nak buat pembayaran. Aku tangguhkan dulu sebab fikir perlu tak nak tukar sekarang atau pakau je template free. Update pun malas nak tukar tukar baju mahal pulak.* marah diri sendiri.
Sebenarnyatak sabar jugak nak pakaikan template baru dekat blog. Tunggu tunggu. Kena banyak sabar untuk proses mencantikkan blog. Asyik tuan je melaram. Kita bagi peluang dekat blog pulak lah ya.
Walaupun blog ni under maintenance tapi tetap berupdate ya. Korang jangan tak nak datang pulak blog ni dah. Kalau nak blog korang masuk dalam bloglist aku, tinggalkan link di bahagian komen. Nanti aku tambahkan dalam bloglist aku.
Apa pendapat korang pulak pasal template blog ni. Better beli ataupun pakai je tempate blog yang free tu?
13 comments
Tak salah nak beli template untuk blog..mungkin ianya menjadikan lebih motivasi untuk lebih berkongsi cerita..ikut keperluan..
ReplyDeletehaah, suka tgk blog org lawa2. terpengaruh nak tukar jugak. hehehe
DeleteHai Leyla .. kakYa singgah sini..Beli puas hati Leyla.. KakYa pon ingatnya nak beli gak nanti .. Tapi tunggu2 dlu laaa..
ReplyDeletekann tengok orang lain punya lawaaaaa. ni sy pakai yg free lagi ni
DeleteTak taulah salah dimana, mai pakai template etsy yg murah tu (RM30 kebawah), memang teruk PV blog. Bila check balik, mmg coding tak mesra SEO pun. takde meta2 mendalah tu. Rasanya kalau nak beli, baik beli yg mahal terus kot. Atau dari Pipdig punya.
ReplyDeleteSkrg pakai yang free je, bahagia. Bosan boleh tukar lagi, hahahaha.
seriously ? sy baru usha etsy sebab lawa2. aduih. terus rasa 50 -50 nak beli ke tak. nak kena usha pipdig dulu lah kalau macam ni
Deletehi leyla, xpa kami ttp bole singgah tgk2 apa yg dah berubah..makin ctk la hihi
ReplyDeletehehehe. tq kak sha. jemput singgah yaa. minum2 tak leh nak sediakan. kalau tak dah bagi minum petang dah sini
DeleteSo far kak ana suka yg free punya. Tp bergantung pada citarasa kita kan. Tak sabar nk tgk full version.
ReplyDeleteskrg ni free lagi. tak habis lagi fikir nak beli ke tak. last2 pakai je yang free rasanya.
DeleteCantik blog ni.. keep it up
ReplyDeletelela syg. yg ni pun dah okay. simple but nice. busyra suka! btw busyra nak share pengalaman beli template berbayar. lepas beli apply then ada ja tak kena. huhu. last sekali pakai template free. syg duit. so before lela beli cek betul2 okay.
ReplyDeleteTemplate sekarang pun dah cantik dan kemas Lela. Kalau akak, okay je. Cuma akak suka beli template sebab boleh ubah design. Hehe. Asalkan mobile friendly, shud be enough for me 😊
ReplyDelete