Followers

TOTE BAG CUN GILA DARI PRINTCIOUS.COM

Hai assalamualaikum readers!

Sebelum ni aku dah ada share pasal princious.com kan? Ingat tak ingat tak ? Kalau tak ingat boleh baca kat entry sini. Klik je tajuk kat bawah.

CUSTOMIZED GIFT IDEAS FOR YOUR LOVE

Haa, dah baca kan ? Jadi ini kesinambungan entry tadi tu lah. Cerita nya entry tadi aku cerita pasal printcious, kali ni aku nak cerita pengalaman aku sendiri tempah hadiah dan customized tote bag aku dekat printcious.com ni.

 Aku nak cari beg untuk bawak pergi kelas. Biasa nya memang aku akan guna tote bag sebab senang dan simple. Barang pun bukan banyak pun nak bawak. So beg ke kelas tak perlu besar tapi perlu ranggi. hahahaha 😂😂😂

Tak adalah, memang aku jenis suka guna tote beg je untuk ke kelas. Senang nak campak barang dalam tu. Elok sangat lah bila aku buka princious.com ni jumpa customized tote beg ni. Suka loncat loncat lah aku. Bukan senang nak beli tote bag yang kena dengan citarasa dan design yang kita suka kan.

Aku pun dengan suka hati design ikut kesukaan aku. 😍😍 Dah order, dalam masa 5-10 hari barang aku dah sampai.


Taratatatataammmmm... Packaging dia cantik sangat weh. Pink pink gitu. Sesuai la dengan ala ala pembalut hadiah kan. Cantik sangat sangat. Aku bag 9/10 untuk packaging. Ni tak termasuk kotak lagi. Aku assume letak kat dalam parcel pos laju macam biasa ja. Rupanya dengan kotak dan pelapik sekali.



Haaa.. kan dah cakap lawa packaging dia. kemas dan selamat barang kat dalam tu. Kalau order mug pun rasa yakin je takkan pecah. Yang best nya beg ni boleh design depan belakang taw. Design lain lain. So, kalau dah bosan guna design tu boleh pusing belakang guna design lain pulak.


Bergaya cik leyla pergi kelas guna beg baru. Muahahaha.

Info lanjut:

Alamat : No 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150
Selangor Darul Ehsan

Waktu bekerja : Isnin- Jumaar (9 pagi - 6 petang)
Sabtu (9 pagi- 1 tengahhari)

Ahad & Cuti Umum (Tutup)

2 comments

  1. cantik2 boleh buat hadiah special gitu

    ReplyDelete
  2. cantik sngt! busyra buat haritu tak guna lg. simpan dlm kotak. hehe

    ReplyDelete