Cuaca panas dekat Perlis ni kadang kadang tak tertahan jugak. Panas dia kadang tu melampau sangat. Aku pulak jenis kulit muka yang memang cepat panas walaupun kena haba je. Jadi merah panas macam demam terus tu kulit muka. Tak tahu la pasal apa jadi macam tu. Darah panas kot noh.
Jadi aku beli bio-essence miracle bio water ni sebab tengok review okay dan memang bagus. Boleh je nak sembur bila bila masa sahaja. Dekat mana mana pun bertujuan nak bagi kelembapan dekat kulit. Tak perlu lah nak basuh muka terus kan. Basuh muka terlalu lalu kerap pun tak elok jugak. Jadi kita spray spray je dah cukup. Segar sepanjang hari.
Aku beli dalam value pad sebab murah. Kongsi dengan kawan kawan, sebotol dapat RM16++ macam tu sebab 3 botol RM48.80. Kalau beli sebotol je jadi RM21++ macam tu. Mahal la sikit. Tapi tahan lama. Sebotol kalau pandai guna pun tak habis lagi. Tapi kalau dah spray 1 badan tak boleh nak cakap apa lah kan.
Gambar shaking habis haa ! |
Biasa nya aku guna sebelum make up dan selepas make up. Tujuan dia nak bagi make up cepat blend dengan kulit. Ok ke teori aku tu? Hehehe, ganti je la dengan make up spray. So dah jimat situ boleh gabung 2 dalam 1.
Seronok haa duk main spay spray ni. sejuk je muka. Kalau mengantuk tengah study pun aku gatal nak spray ni. Lepas spray terus segar mata. Tak boleh dinafikan kalau tengah study tu mengantuk. So ni lah salah satu cara nak refresh balik mata yang dah mengantuk selain daripada makan. Yes, makan yang utama.
Aku rate bio-essence miracle water ni 9/10. Sesuai untuk semua golongan tapi yang biasa pakai pun perempuan lah kan. Aku recommend korang guna as make up spray or before make up spray. Sesuai bawa ke mana mana. Nak bawa ke office ataupun kelas sangat sesuai. Boleh dapatkan dekat Watson atau Guardian terdekat atau mana mana kedai Drugstore terdekat.
pssstttt, tapestry pandela kat belakang aku beli dekat Lazada uols. Cantik pulak jadi background katil dan background nak selfie. Woot woot. Tu belum gantung lampu fairylight kelip kelip lagi. Kalau gantung tu kevavooom la nanti. Tunggu tunggu. Nanti aku beli. Hahahaha.
10 comments
Next repurchase try yang ada spf20, kalau malas2 tengah panas spray tu je haa :D
ReplyDeleteseriusly ada yg ada spf? dah habis yg ni nanti boleh try yg spf pulak. perlu sngt nak2 kat perlis duk panas sejuk panas sejuk ni
Deletefreshing kan..best ni kalau pakai waktu keje. segar bugar terus, kulit pun boleh lawa hehe
ReplyDeletekan betul2..spray time kelas tapi segan jugak. kena p tandas hahaha
DeleteRamai dah kak ana tgk org guna spray ni. Macam teringin juga je nk beli walau tak berapa nak make up pun.
ReplyDeleteCantik tapestry belakang tu. ;)
betul sye pun terjebak sbb tgk rmai sngt pakai.
Deletetapestry tu port selfie kak ana. muahahahaa
Assalamua’laikum.. leyla.. sihat? 😘
ReplyDeleteCuaca lately ni memang panas.. nyamuk pun banyak hehehee 🙈
Wow...boleh cuba juga ni
ReplyDeletedone follow here
http://yangunguitumanggis.blogspot.my/
spray ni busyra penah try tp amek yg roomate punya dulu time study. mmg best! roomate busyra lepas sebotol, sebotol dia guna. haha, fevret katanya.
ReplyDeleteSalam sis .. masih guna produk bio essence lagi ke ? Sy sampai skrg masih gunakan produk ni lagi .. mmg puas hati pakai tp bertambah puas hati sb dpt beli semua produk keluaran bio essence ni murah dr mana2 tempat sb suami sy bekerja kt manufacturing bio essence ni.. so dptlah harga staf yg sgt berbaloi.. hihi .. sy fhm yg kt luar sana ada yg mengidam nk guna tapi fhm2lah mmg mahal..jadi klu sesiapa nak dptkan harga murah, pm lah sy .. boleh sy tolong . 017-3919614 - sekadar membantu, sharing is caring ..
ReplyDelete