Followers

SEMINGGU DALAM LATIHAN BERTERUSAN

Hai alls. 

Minggu lepas lepas entry 

10 TIPS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI

  diterbitkan, blog ni kembali menyepi. Bukan sengaja menyepi tapi agak sibuk dengan latihan, kadang kadang tak balik rumah pun, tidur je dekat ofis sebab tidur pun 1 - 2 jam je. 3 hari macam tu, lepas habis latihan ayuhlah kita qada balik tidur.


Ini pertama kali aku jejakkan kaki ke mercu tanda Perlis setelah 5 tahun aku di Perlis. Poor of me. Nak panjat mercu tanda ni tapi tulisan tu nipis sangat. Lagipun ada kabel elektrik kat bawah tu. Kan tak pasal pasal kena renjatan. Kan viral terok lagi kes mercu tanda ni. 


Bukit 121 di kawasan kuari Pauh putra. Sambil sambil tunggu kadet sampai, sempat lagi kami panjat bukit ni. Dah jumpa kadet, lain pula aktiviti ni.  


Ni bukan kekejaman, tapi ni pembelajaran dan pengalaman. Macam orang kata, pengalaman mematangkan kita. Kalau kita habiskan cuti mid sem dekat rumah, tak ada lah dapat pengalaman macam ni. Bukan semua orang boleh rasa aktiviti macam ni. Berbangga lah kamu kerana dapat merasakan 1 % daripada penderitaan perwira tanah air. Lebih baik mempunyai 1% pengalaman daripada 0 kerana mereka yang mempunyai zero dalam pengalaman seperti ini hanyalah hidup dalam keadaan yang selesa tanpa terfikir untuk berada di luar zon selesa. 


Susah senang pertaruhkan maruah negara tidak akan dirasai jika kita hanya goyang kaki dan nikmati keamanan negara tanpa kita fikirkan apa yang bakal terjadi. Walau siapa pun kita, tanamlah sifat patriotisma dalam diri supaya maruah negara tidak tergadai dengan begitu mudah. 

Setinggi mana pun ketenteraan kamu, serendah mana pun tahap ketenteraan kamu. Kamu adalah sama. Sama sama memakai pakaian tentera untuk mempertahankan negara. Jangan kamu berasa rendah walaupun kamu hanya separa tentera. Berbangga lah dengan apa yang sudah ditanam didalam hati. 

8 comments

  1. betul tuh..kalau nak bandingkan dengan apa yang dorang dah lalui memang tak dayalah nak buat kan.

    ReplyDelete
  2. sy dah letakkan backlink awak.. lupa tdi hehe
    https://missobsesi.blogspot.my/2017/04/misi-mencari-bloglist.html

    ReplyDelete
  3. Setuju! terlampau selesa dengan hidup kita pun tak boleh juga. Kadangkala kita kena keluar dari zon selesa tu untuk merasai perkara baru. Respect lah! :)

    ReplyDelete
  4. betul tu.. hidup ni perlukan pengalaman dan pembelajaran

    ReplyDelete
  5. terbaik...siapa lagi nak menyedarkan bangsa kalau bukan kita sendiri dalam mempertahankan negara

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat Lela. Kita kena tanamkan sifat cintakan tanah air kita. Susah senang tentera, tak kisah walau separa tentera ke apa. Still, siqah salute! Siqah tak mampu rasanya nak jalani latihan tentera camni :(

    Teringat abang siqah pernah cakap, "kita rakyat Malaysia hidup senang je. Tak tahu apa jadi kat dalam hutan sana, sempadan. Pastu nak cakap tentera takde kerja. " Siqah pun bengang gak kalau orang cakap tentera takde kerja ni. Orang luar nampak yang senang je, tak nampak part susah tu.. huhu.

    Terpanjang pulak komen :D

    ReplyDelete
  7. geng rotu dah biasa dengan semua ni kan. roommate kak an dulu pun rotu. mula2 je rasa susah lama2 dah biasa. kagum dengan mereka sebab boleh excel dlm study dan kokurikulum.

    setuju dengan awak dear. skrg ni anak remaja lebih cenderung mengangkat budaya barat dari tanah air sendiri kerana semangat patriotik sayangkan negara takde dalam diri. kalau org dulu di jajah dari segi fizikal je tp org kita skrg di jajah dr segi mental dan emosi which is lagi lah parah.

    ReplyDelete
  8. Pengalaman mendewasakan...

    ReplyDelete