Followers

10 TIPS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI

Assalamualaikum dan hai korang.


Yang tengah cuti mid sem tu mesti tengah seronok kat kampung kan. Tapi aku? haruslah mereput di Perlis sebab join latihan berterusan. Nasib baik minggu lepas dah balik walaupun sekejap sangat. Lepas la rindu kat ma ayah, kat rumah, kat kucing, kat katil. 

Yang baru habis SPM, tengah usha usha nak masuk universiti tu, buat lah pilihan yang terbaik untuk masa depan ya. Ni pun aku nak bagi tips sikit untuk semua pelajar universiti yang baru ataupun yang dah lama masuk universiti. Tips ni aku kongsi ikhlas untuk korang. Aku bagi 10 je, yang penting la ni tau. 

1. Korang jangan terkejut kalau awal semester korang ramai sangat kawan. Lepas dah masuk semester ke dua ke tiga kawan korang tinggal sikit dan makin sikit. Korang jangan naik hairan lah sebab people always change. Jadi jangan terlampau taksub dengan best friend forever never loser tu. Lagipun dah masuk universiti ni korang kena belajar berdikari dan tak mengharapkan orang sentiasa ada untuk tolong kita. Come on guy, uols dah semakin besar dan perlu independent. 

2. Kenal lecturer dan bagi lecturer kenal korang. Ni antara yang penting jugak. Jangan terlalu pasif dalam kelas. Jadi student yang aktif, in shaa Allah lecturer akan sukakan korang. Kalau korang aktif, lecturer akan bagi tumpuan untuk perkembangan pembelajaran korang. Tak ada lah korang terus hanyut di dunia yang fana ni. 

3. Datang kelas, jangan ponteng. Pelajar universiti biasa nya kalau bab ponteng ni no 1 la. Tapi korang kena tahu yang lecturer sebenarnya tahu korang datang kelas ke tak. Kalau tak datang kelas, macam mana nak buat assignment, datang kelas tu penting walaupun agak terlambat.

4. Rapat denga lecturer sebagai student. Rapat bukan bermakna bodek ya. Rapat tu maknanya korang baik dan selalu bersembang dengan lecturer. Bila lecturer selesa dengan kita, kita nak belajar pun rasa cepat je masuk kan. Senang la nak tanya apa apa kalau tak faham. Kalau tak rapat memang kita akan selalu tolak kawan sana kawan sini lah untuk tanya apa apa dekat lecturer. Rapat jangan terlalu rapat sebab ada je kes kes antara lecturer dan student ni. Kes raba rogol tu tak mustahil yaa. Jadi ingat, nak jumpa lecturer kena berteman. Jangan bersendirian. Jangan senang senang je keluar dinner dengan lecturer sorang sorang. 

5. Hantar kerja yang terbaik. Kalau assignment atau projek atau apa apa kerja yang diberi, hantar yang terbaik yang kita boleh buat supaya kita tak menyesal bila buat kerja ala kadar. Jangan buat kerja untuk lepas tengkuk sendiri ya..

6. Hantar assigment on time. Ada jenis lecturer terima ja kalau terlambat hantar. Ada jenis kalau lambat, masuk tong sampah. Tak ke sia sia kerja kita kalau tak diterima. Kecuali ada masalah. Kalau ada masalah, inform lecturer siap siap yang kita hantar lambat sebab masalah sekian sekian sekian. Lecturer pun manusia biasa, jadi dia boleh faham lah masalah korang,

7. Kalau kerja group, please be function. Kalau tak sia sia je kena pulau sekelas. Bukan orang nak pulau sangat pun, tapi kalau dah kerja group korang tak buat, harapkan sorang je buat. Kesian la kat kawan tu. Please jangan hisap darah kawan guys. 


8. Banyakkan bertanya. Tanya apa yang korang tak faham. lecturer tak marah untuk yang suka bertanya. Dia marah kalau yang buat2 faham tapi tak tahu apa pun. Tapi jangan lah korang pi tanya soalan yang tak patut tanya. Jangan dk tanya soalan yang baru je lecturer terangkan. Kalau tak faham tu lain cerita nya.

9. Jangan terlalu pasif. Jangan terlalu pasif antara korang dengan lecturer dan antara kawan kawan kelas. Kalau korang terlalu pasif dan sentiasa bawa diri duduk di ceruk kelas, korang akan ada masalah kalau kerja group atau pun individu. Korang akan ketinggalan kebelakang bila maklumat penting korang tak dapat.

10. Bercinta? Suka hati korang lah. Korang dah besar, boleh fikir sendiri. Kalau nak bercinta pun jangan sampai pelajaran tertinggal. Jangan sampai maruah tergadai. Jangan sampai hilang kesucian. Jangan sampai yang haram dihalalkan. Jangan sampai lupa mak ayah dekat kampung. 

Itu lah tips yang mampu aku beri. Korang ada nak tambah tips2 lain? boleh tambah di ruangan komen ya 💋💋💋


10 TIPS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI

11 comments

  1. Wah leyla.kongsi tips gitu..ok krkya simpan utk insyirah ke universiti nanti.Tq leyla.

    ReplyDelete
  2. Lenne selalu try rapat dengan semua lecturer kat uni hihi

    ReplyDelete
  3. Kalau point yang pasal kerja group tu sumpah la setuju. Jangan pentingkan diri sendiri, cuba jadi seberguna yang mungkin dalam group tersebut. kalau tak jangan pelik lah kenapa orang tak nak group dengan kau. Yang pasal baik dengan lecturer tu sumpah annoyed kalau orang baik just untuk mengampu. Sebab tu saya tak suka nak rapat2 dengan lecturer tapi at the same time ramai je lecturer kenal haha.

    ReplyDelete
  4. ya btl tu!!! btw lawa gmbar first tu <3

    ReplyDelete
  5. Yg pertama tu memang betul.. Time akak study dulu, sem pertama kemahen ramai kawan.. masuk sem ke2, tinggal beberapa kerat jerk.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. 1st time sis smpai ke sini.. done follow :D suka bca entry adik2 ni

    ReplyDelete
  7. 1) memula memang ramai kawan tapi akhirnya dapat 6 ketul bestfriends
    2) ada sesetengah lecturer yg kenal sy, yeeehaaa XD
    3) sem 1, memang x ponteng r sebab sem special. sem lain, selalu!
    4) rapat tu rapat jugalah tapi kalau lecturer tu dah cakap bahasa pasar dorang, ibarat itik dengan ayam sebab lecturer kebanyakannya org Arab :p
    5) keja memang hantar, tapi x tau la terbaik ke x
    6) esaimen memang hantar on time. lagi tangguh, lagi serabut palotak
    7) x suka keja group, mesti ada yg amik kesempatan x bagi kerjasama
    8) suka juga bertanya kengkadang
    9) x pasif sangat :p
    10) x mau la sinta sintun time study, abis kena kontrol macam kengkawan yg lain. kahkahkah


    panjang plak i membebel kat sini :'p i suka entry ni <3

    ReplyDelete
  8. wahhh elsa dah lama tinggalkan dunia belajar nie huhu. takde rezeki nak masuk universiti. thanks for sharing sis :*

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/04/casing-oppo-n1-mini-daripada-lazadacommy.html

    ReplyDelete
  9. Hi, Aswaleyla. (nice name)

    Jangan ponteng kelas tu sangat betul, sebab even lecturer nampak macam tak kisah. Tapi keberkatan tu yang lagi penting. Cuba letak diri kita dekat tempat dia, mesti sedih bila student buat macam tu kan.

    btw, Amerzing is now following you and this is so exciting! :)

    ReplyDelete
  10. sangat setuju untuk semua tips2 tu.. memang pernah jadi or at least tahu ada kawan yang pernah alami situasi dimana semua tips2 tu perlu dipakai.. hidup jadi student U ni lain, x macam student sekolah.. semuanya sendiri-sendiri..
    sekolah, cikgu pulun ajar.. kat U kalau malas, habis la.. hehehe

    ReplyDelete
  11. hahaha part group assignment tue smpai skrg tak habis2 dgn isu tugasan kumpulan

    ReplyDelete