Followers

TIRED WITH HECTIC WEEKDAYS

Assalamualaikum. 💗💗

Bukan nak mengeluh atau putus asa tapi cuma nak update weekday aku dekat blog. Sekarang aku dalam semester 4 dan project nya ya ampun banyak sangat. Penat ? ye memang la penat. Mengalah ? haruslah tak. Selagi aku mampu buat, aku akan buat yang terbaik untuk diri aku sendiri walaupun pada orang lain tu cuma biasa biasa.

Hectic weekday aku bermula dengan hari isnin. Kelas seharian dekat main campus. Kelas Product Data Management. Balik balik tu dah petang, yang memenatkan sebenarnya perjalanan yang ambil masa sampai 45 minit untuk sampai ke kolej kediaman aku. Dekat kelas relek2 ja, yang penat cuma masa 1 kelas yang panjang dan duduk dalam bas yang lama. Hey, ingat duduk dalam bas tak penat ke ? 😂😂😂😂



Hari selasa pulak kelas Rapid Prototyping, first project aku kena buat clay modeling. Buat BMW i3 uols. Kau hado ? Yang ni pun seharian nak kena mengadap, menempa, membentuk, merata dan semua bagai me lagi lah untuk dapatkan bentuk BMW i3 yang sebenar. Cuma kami buat 1 : 4 la, kalau 1 : 1 baik buat kereta sebiji ja terus kan.

Hari rabu kelas Design Studio, lecture dan project. Kena buat furniture. Dari minggu 1 sampai sekarang masih lagi dengan proceed design dan mock up. Minggu depan la baru start buat prototype furniture ni. Kena buat kerusi yang di recycle untuk library di main campus.

Hari khamis kelas ergonomic, belajar pasal ergonomic of product to human behavior. Project kena buat tape drawing, semangat kau aku melukis moto Harley Davidson. Kerlasss moto kau jah. Nak lukis ni pun terkial kial. Lain la kalau memang terrer lukis. Aku ni tak hebat pun melukis.
Lepas tu kelas thiking skill, kelas ni tak ada apa sangat sebab banyak lecture ja.



Maka terjadi lah Harley Davidson yang baru 30% siap ni.

Jumaat sabtu ahad aku cuti yayyyyy !!!!

Berakhir lah hectic weekday untuk minggu ni, Sama-sama kita tunggu isnin seterusnya dan kita akan lalui benda yang sama setiap minggu. Awal-awal mengeluh, last-last tak larat nak mengeluh, diam ja. 4 hari aku rasakan macam 4 jam je. Huhuhu

Minggu ni balik kampung. Nak release stress dekat kampung. Macam mana nak release stress dengan cara paling berkesan ? Tengok muka mak ayah, konfem hilang semua stress korang. Percaya lah cakap aku.

Thank for reading this entry !

3 comments

  1. Memang busy betul tu. menariknya buat model bmw tu guna clay. Nanti boleh la tengok hasil bila dah siap. InshaAllah kepenatan yg dirasai ni berbaloi pada masa akan dtg.

    ReplyDelete
  2. menariknya part melukis harley davidson tu. hebat :D
    all the best ya dalam study. :)

    ReplyDelete