Followers

SEBAB WANITA BERDIKARI LEBIH BAIK DIJADIKAN PASANGAN

Assalamualaikum.

Pertama sekali nak cakap awal awal, sebelum korang baca entry ni, bukan wanita yang tak berdikari tak baik untuk dibuat pasangan hidup, masing masing ada pro dan kontra sendiri.

Ini cuma pendapat 20 sen ja, sebab ada terbaca yang hubungan lebih cepat retak bila perempuan terlalu berdikari.  Sejujurnya sangat tidak bersetuju dengan statement tu.

Ok, lets check ! 💃💃

Tahu Macam Mana Nak Hidup Tanpa Kamu.

Maksud boleh hidup tanpa kamu ni, boleh menjalani hari hari biasa jika korang tak ada dirumah. Bukan lah korang ni nyawa dia, tetapi ketika korang ada kursus atau apa apa tugasan luar yang memerlukan korang tinggalkan rumah untuk beberapa hari, beberapa minggu atau beberapa bulan. Wanita yang berdikari mampu menguruskan rumahtangga dan urusan urusan lain dengan sendiri. 

Menjadi Pendorong Untuk Mencapai Matlamat.

Bila wanita yang berdikari ni semestinya punya carier yang bagus. Dannnnn semestinya dia akan sentiasa mendorong pasangan nya mencapai matlamat pasangan tu. Kerana mempunyai keinginan yang sama dalam carier masing masing, jadi perempuan akan lebih memahami keadaan tersebut.

Boleh Jaga Diri Sendiri.

Boleh jaga diri sendiri ni pun penting jugak. Tak ada lah lelaki perlu risau kalau pasangan nya nak keluar pergi mana mana. Takkan nak pergi pasar pun nak kena berteman, memang lah sweet sangat tapi kalau lelaki yang jenis selalu bekerja ni susah jugak nak teman pergi mana mana, Ye dak ?

Biarkan Kamu Menjadi Kamu. 

Biasa nya lelaki ni sangat sibuk bila bekerja. Ye lah, dah jadi ketua keluarga mesti lah nak cari rezeki lebih. Kalau perempuan jenis tak berdikari ni mesti dia nak macam macam, nak suruh teman duk rumah lah, nak suruh beli itu ini la, nak kamu sentiasa ada disamping laaaa. Kalau yang jenis berdikari ni, dia tak akan suruh korang menjadi apa yang dia nak, tapi biarkan korang menjadi diri korang sendiri. Sebab dia pun rimas kalau korang suruh dia jadi orang lain, sebab tu lah dia faham perasaan tu kannnn. 

Buat Lelaki Rasa Dimahukan Bukan Diperlukan. 

Perlu dengan mahu dua benda yang nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Mahu ni maksud nya kita memang nak kan sesorang tu, terima dengan ikhlas dan hargai apa yang diberikan. Kalau perlu tu leboh kurang macam kita perlukan dia untuk menyenangkan hidup kita. Kita perlukan dia untuk memenuhi kehidupan kita. Berbeza kan? Memang lah kita perlukan pasangan hidup, bukan ambil kesempatan maksudnya tu, Cuma nak tunjukkan perbezaan Mahu dan Perlu. 

Haa, nampak tak ? ada baiknya jugak wanita berdikari ni. Orang asyik duk cakap wanita berdikari ni hubungan tak kekal lama, A big NO ok, sebenarnya atas diri masing masing. Atas perhubungan masing masing untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan tersebut. 


4 comments

  1. Oh yeah! Thank you sebab tulis sesuatu yang sangat bermotivasi macam ni.

    Yang benar,
    Perempuan berdikari. HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. sama2. terima kasih sebab setuju dengan entry ni.

      yang benar,
      perempuan berdikari jugak. hehehe

      Delete
  2. mmg betol.. crilah perempuan yg pandai berdikari. hehe. sbb prempuan mcm ni letak la kat mana pun boleh .

    ReplyDelete
  3. Bagi akak pun, perempuan kena pandai berdikari. At least kita jangan bergantung kepada sesiapa. Diri sendiri dah boleh buat semuanya walaupun ada juga benda perlukan pertolongan kan.

    Senang hati suami dapat isteri berdikari. Hii. Tapi kalau dah dapat isteri tak berdikari, pun takpe. Benda semua boleh diajar :)

    ReplyDelete