Followers

6 PERKARA YANG DICARI DALAM BLOG KORANG



Assalamualaikum.

Sebenarnya nak tulis entry pasal THINGS I LOOK FOR IN BLOG. Tapi sangatlah susah nak translate ke dalam bahasa melayu. Aduh, tak tahu macam mana nak susun tajuk macam tu. Kadang kadang tulis blog 100% melayu ni cabaran nya dekat tajuk, susah nak susun tau.

Reader ni ada macam macam minat yang tersendiri sebenarnya. Ada pilihan masing masing untuk baca blog korang. Ada oarang suka baca tentang motivasi, tentang beauty, tentang make uo, tentang cinta dan sebagainya. Dan aku pun sama jugak. Ada jenis jenis blog yang aku suka baca. Ok, ni blog-blog yang aku suka baca :


TUNJUKKAN DIRI SENDIRI

Tak ramai orang yang suka tempek muka sendiri dekat blog diorang. Dan bukan salah diorang pun. Sebab tu atas pilihan masing masing. Tapi aku lebih suka baca blog yang ada muka writer tu sendiri. Sebab semua orang ada kecantikan tersendiri. Jadi tak perlu lah nak cakap korang ni tak cantik. Tapi aku menghormati jugak blog yang tak letak muka sendiri. Mungkin sebab tak nak gambar sendiri tersebar sebab kalau dah upload dekat blog, konfem dekat google image tu belambak muka kita kan. Hehehe

CINTA

Ya, LOVE ! Aku tak tahu kenapa aku suka baca pasal cinta orang ni. Tapi jangan lah yang jenis luahkan masalah cinta dekat blog. Bukan lah yang jenis meroyan dekat blog. Macam blog Maria Elena ada cerita pasal dato' nya, blog Namee Roslan ada cerita macam mana dia kenal dengan suami dia. Cerita Irene Nadia dengan suami dia. Haish suka betul baca pasal tu tapi nak up kan cerita cinta sendiri belum tercapai sebab cinta entah kemana. Lagipun macam geli pulak nak tulis pasal tu kan.

FASHION BLOG

Blog fashion pun aku suka baca sebab gambar dia dah tentu tentu nya canti kebaboom. Baju baju pun lawa. Biasa nya blogger Chinese la yang suka buat entry fashion. Tebal betul poket diorang nak gayakan fashion fashion yang selalu update ni kan. Ada juga blogger melayu. Macam Sabrina tajudin.

PERSONAL BLOG

Maksud personal blog kat sini blog yang bercerita tentang kehidupan sendiri. Ataupun lifestyle blogger. Bukan blog yang penuh dengan advertorial dan giveaway. Tapi jangan lah salah faham. Tak salah pun nak ber advetorial sebab tu lah punca rezeki, ni just antara blog yang aku suka baca laa. Aku suka baca kisah hidup blogger yang kadang kadang tu buat aku kagum jugak lah.

TRAVEL BLOG

Aku memang addict dengan travel tapi sampai sekarang tak de pun pergi travel mana mana luar negara. Cuma ikut program Universiti ja. Sebab my parent memang susah nak lepas pergi jalan jalan jauh jauh sebab takut jatuh kapal terbang katanya. Ok, sebab sayang aku akur jua. Sebab tu aku suka sangat baca travel blog. Walaupun tak pergi tapi rasa macam dah pergi. Bukan apa, sikit sebanyak boleh tambah pengetahuan tentang negara orang. Walaupun tak pergi tak bermakna kita tak tahu apa apa macam katak bawah kaca. Nampak je dunia luar tapi tak ada pengetahuan.

CARA TERSENDIRI

Aku suka baca cara blogger tu sendiri menulis blog bukan sebab ikut blogger blogger lain walaupun kadang kadang aku sendiri yang macam lalang tak tahu hala tuju sendiri lagi. Sekarang pun aku tengah perbetulkan cara aku sendiri dalam dunia blogging ni. Adakah aku masih tak ada penderian sendiri ? i dont know.

Thank you blogger erinazmir bagi idea untuk aku up entry ni. Walaupun perkara yang dicari tu berbeza tapi masih dalam tujuan yang sama untuk jadi blogger yang lebih baik dan berhala tuju. Nak komen dekat blog erinazmir tu tapi pakai disqus pulak. Dan nak sign up tak lepas. Jadi kita jawab dengan 1 entry yang cukup panjang ni lah ya. 😁


10 comments

  1. Akak setuju dengan semua point Lela :) Akak pun lebih suka blog yang cerita pasal lifestyle, personal, dan travel. Tambah satu lagi, buku. Hehe.

    Masing2 ada citarasa sendiri kan. Dan betul cakap Lela nak tulis tajuk dalam BM susah. Huhu. Akak biasa tajuk in BI tapi post in BM. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa. akak memang suka buku kan. lela pon suka tapi beli bulan2 tu tak mampu la sebab tak de gaji masuk setiap bulan. nak kena harapkan ptptn je memang x dapat laa.

      kaan, susah betul kalau bab tajuk dalam BM, ada jugak try buat macm akak. Tajuk BI isi BM

      Delete
  2. Setuju point pasal entry BM payah cari tajuk sesuai. Kalau dapat pun, panjang dan rasa pelik.

    Mai suka masuk lifestyle blog, tema relationship, blogging tips, & freebies , kekeke. Betul tu, kalau satu page pertama tu janganlan biarkan semua entry giveaway, tak menarik, selit2 je giveaway tu. Nak tinggal pun rugi jugak,mana tau rezeki, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulll... bab tajuk aduhhhh fuhhhh semangat

      Delete
  3. Setuju! saya pula suka baca personal blog. Samalah, suka baca tentang kehidupan diorang. Entry giveaway dan segmen semua tu sekadar selingan okay lagi. Kalau blog informasi yang copy paste entry semua tu rasa kurang sikit la nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. kalau yg fakta copy paste tuu alamak malas nye nak baca. nak komen pun tak de idea

      Delete
  4. Biasanya saya suka baca blog yang ditulis secara santai seperti blog Fatin Liyana dan review produk kecantikan daripada beauty blogger. Blog yang sering update mengenai organisation dan tips2 deko pun saya suka.

    Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite suka sangat blog kak patin tuuu

      Delete
  5. betul tu lela. busyra suka baca blog yang ada cara tersendiri. tak kisah la blog tu biasa2 ja , jnji tak copy paste dan penulisan tulus dri hati. cewah. hehe.
    haaaa sama la lela, busyra pun tak boleh nak komen dkt blog erin dah lama dah sbenarnya lepas erin tukar pada komen disqus tu.. sedih betul tak boleh nak balas kunjungan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat disqus busya . lela buat hari tu boleh laa komen, tapi tatw la dapat baca ke x .

      Delete