Seperti yang semua orang tahu terutaanya kawan kawan aku, Makan dengan aku berpisah tiada. Aku lah antara manusia yang tak boleh tertinggal masa untuk makan. Selalu nya kawan kawan aku ni jenis berjimat cermat sebab duit sebagai pelajar ni kena pandai jimat. Tapi aku sangat tidak pandai berjimat dalam melayan perut tong drum aku ni. Walaupun aku makan banyak, tak bermakna aku tak pikir berat aku naik, badan aku menggemuk. Nak cakap aku kurus tidak lah, sebab kadang kadang aku rasa aku ni gemuk. Biasa lah, perempuan mana pernah puas hati dengan saiz badan sendiri. Tapi ok lah, masih mampu pakai baju saiz M, kadang kadang saiz L (sambil tutup muka)
Orang cakap bila nak naik berat badan tu sedang, nak turun tu susah, tapi nak maintain lagi susah. Tapi tiada yang mustahil kalau kita nak. Kalau dah rasa puas hati dengan berat kita sekarang, tak salah kita kekalkan kan ? Tapi jangan la kurus sangat, tak lawa jugak nanti kalau kurus kering sangat.
Cara kekalkan berat badan
1. Jangan Pernah Tinggalkan Breakfast/ Sarapan
Ni tips yang paling penting, sebab tu aku letak paling atas. Aku kalau dah tinggal breakfast, mulalah hidup geisah dalam kelas. Dah macam ayam nak bertelur dah. Macam macam tak kena. Fokus pun memang hilang terbang melayang ke selatan sana, Pegang kata kata Breakfast like a King, Lunch like a Queen, Dinner like a Beggar. Faham tak maksud dia ? maksud nya, breakfast lah macam seorang raja, makan dalam quantiti yang banyak. Lunch kurangkan kuantiti macam seorang permaisuri, Dinner paling sedikit, macam seorang peminta sedekah yang makan hanya dua tiga mulut sehari. Jangan pulak hidangkan ayam golek, kambing golek pulak semasa dinner. Konfem Dinner like a queen kalau macam ni.
2.Minum Air Kosong Secukupnya.
Air kosong ye, bukan air milo susu lebih ye. Untuk diet, air kosong perlu diminum mengikut berat badan seseorang. Contohnya, berat 25 perlu minum sebanyak 1.5 litter air sehari. Jadi darab lah dengan berat kamu. Kalau berat 50 KG, maknanya kena habiskan air kosong sebanyak 3 litter sehari. Banyak kan ? kalau tak larat habiskan 3 little, kurang kan je lah sikit, yang penting air dalam badan kena cukup.
3. Jangan lupa buang air besar setiap pagi.
Yang ni sangat penting jugak bagi aku. Setiap pagi aku mesti kena berry berry dulu. Walaupun tak dipaksa. Mungkin sebab dah biasa pagi pagi kena berry berry dulu. Amalkan berry ni, lama kelamaan dia akan jadi terbiasa. Tip nak berry berry waktu pagi adalah, bangun dari tidur, lepas menggeliat sepuasnya, ambil segelas air kosong, minum sampai habis, tak tampai 5 minit, konfem masuk bilik termenung. Ni bagus untuk detox tau.
4. Detox.
Selain dari berry berry, ada detox lain yang perlu amal. iaitu detox dari buah buahan citrus. Ini jugak baik untuk sistem pembuangan. Bukan untuk berry berry tetapi untuk membuang segala toxic yang ada dalam badan. Resepi detox adalah, bagi yang tak guna peti ais, boleh buat cara ni.
masukkan hirisan buah lemon dan orange kedalam bekas air. masukkan ketul ais. Biar di dalam suhu bilik. esok bangun dan boleh menikmati air detox ni. Mudahkan .
5. Menari.
Sebab aku menari, dan aku rasa menari adalah satu senaman yang berkesan dan menyeronokkan. Tak pandai menari? Tak apa, kan banyak video korea yang korang duk tengok hai hari tu. Masuk dalam bilik, kunci pintu dan menari lah tarian apa pun. Tak ada step yang khusus ye. Konfem eluar peluh berceceran. Jangan pulak korang buka aircond, lepas tu menari. Tak jadi apa la kak ooiii.
6. Peluhkan badan.
Dengan menari, koang dah boleh berpeluh. Tapi kalau korang tetap tidak mahu menari, coleh ajak kawan kawan pergi jogging waktu petang ditaman yag berdekatan dengan tempat tinggal korang.Lompat setempat pon dah bepeluh kot.
7. Amalkan 1oo Langkah Selepas Makan.
Jangan jangan dan jangan korang makan lepas tu masuk bilik dan tidur. Sangat tidak bagus, Paling tak pon, tolong la mak kat dapur lepas makan. Round angkut pinggan kotor letak dalam sink pon dah lebih 100 langkah. Kalau duduk asrama, apa kata gunakan tangga untuk naik ke bilik. Jangan guna lif tahu. Nanti dalam lift pun kamu boleh tidur. Tak ada senaman kat dalam lift tu.
8. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi berulang kali.
Makan dalam kuantiti sedikit tetapi berulang kali. Jangan makan sekali gus banyak, sebab kalau selalu diamakan, perut akan mengembang dan mengembang dan mengembang. bila perut dah mengembang, kita perlukan makanan yang banyak banyak dan banyak untuk kenyang. Jadi berat korang akan naik naik dan naik. (Betul ke teori aku ni ?)
Cukup lah aku bagi 8 tips diatas. Yang tu lah yang aku selalu buat pun. Selalu bukan sentiasa ya. Tapi sekurang kurang nya cara diet ni boleh terbiasa dalam kehidupan seharian. Lama kelamaan kita akan terbiasa dengan amalan ni. SELAMAT DIET DAN KEKAL LANGSING !