Followers

TAWARAN SAMBUNG BELAJAR PERINGKAT IJAZAH

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk aku menuntut ilmu. Walaupun masih lambat untuk aku habiskan belajar, mungkin umur aku 24 baru habis belajar, tapi tak pe lah. Sampai tue aku belajar pon aku sanggup. Sebenarnya belajar ni seronok, cuma kewangan yang menjadi masalah. Ye lah. Siapa je yang sanggup nak susahkan ibu bapa dengan kos pembelajaran kita kan. In shaa Allah semua pengorbanan ibu bapa tu terbalas lepas aku tamat belajar nanti.

Ada orang kampung aku cakap, " sambung belajar lagi ? Tak bosan ke belajar dari kecik sampai ke tue. Tak penat penat lagi ke ? Orang lain dah start cari duit dah"
Kalau nak ikutkan bosan, penat, aku dah rase semua tu lama dah. Tapi demi masa depan yang kita tak tahu macam mana, demi nak pastikan ibubapa hidup senang. Aku terpaksa jugak lah belajar. Mungkin sekarang kita tak rasa bebanan kewangan. Tapi lepas kita kerja, dengan kemajuan dunia dan negara, dengan keluarga ibubapa dan keluarga sendiri, masa tu baru kita nak menyesal. Siapa lagi nak ubah nasib keluarga kalau bukan aku.

Jujur aku cakap aku bukan dari keluarga yang senang lenang. Aku asal dari kampung yang terpencil. Line internet pon nyawa nyawa ikan. Jadi sampai bila ma ayah nak hidup macam ni. sekurang kurangnya aku boleh bagi sedikit keselesaan untuk mereka dihari tua nanti. Apa yang aku nak, ma ayah hanya berehat main dengan cucu je bila dah tua. Tak perlu nak bekerja bagai nak rak untuk tanggung aku lagi.

Unimap

Alhamdulillah aku dapat sambung di Universiti Malaysia Perlis lagi. Cuma kos yang aku dapat berlainan. Asalnya aku mintak kos mekanikal engineering. Tapi dapat mekanikal engineering tecnology. Ramai yang cakap. Engineering technology tak diiktiraf berbanding pure engineering. Tapi aku percaya pada Rezeki Allah. Mana mana pon ok. Kalau kat situ tertulisnya rezeki aku. Maka kat situ lah. Nak tahu beza pure engineering dengan engineering technology ?  Nanti aku dengar taklimat takpun aku tanya dekan dulu. Baru aku update sini. Aku tahu sikit sikit pasal perbezaan tu. Tapi nak lebih tepat, aku tulis dalam next entry lah ye.

3 comments

  1. Salaam singgah n follow #245..")

    Bestkan belajar, nikmati laa saat indah ini. Satu hari nanti pasti jadi memori yang kita rindu2 kan..")

    ReplyDelete
  2. bestlah dapat belajar lagi.. x perlu fikir cari kerja..
    hehehe selamat kembali ke kampus =)

    ReplyDelete
  3. Selagi ada peluang belajar.. belajar la... insyaAllah rezeki lepas2 tu dipermudahkan.. amin...

    ReplyDelete