Berhenti post kisah manisnya kahwin muda !
Aku cuma nak kongsikan pendapat dari amran fans ni. Apa yang dikatakan tu sangat betul dan tepat. Kes apa ? Kes kanak kanak 11 tahun melahirkan anak. Bukan sebab budak tu je. Yang kita nampak cuma dia. Tapi sebenarnya masih banyak kes kes sebegini rupa diluar sana.
Lagi satu aku nak tambah. DRAMA DRAMA MELAYU HENTIKAN CERITA SWEET MUIT MACAM GULA GULA KAPAS. Apa yang aku perasan, sedikit sebanyak drama melayu turut memberikan impak negatif dalam diri seseorang melayu itu sendiri. Melayu nak hancurkan melayu sendiri ? Demi ? Populariti ? Wang ?sambutan peminat atau sebagainya ?
Cerita melayu sekarang banyak berunsurkan masyarakat kaya raya dan senang lenang. Cinta yang tiada bandingan. Manis nya cinta mengalahkan gula gula kapas. Sedar tak sedar cerita tersebut memberi impak negatif dalam diri masyarakat. Ye la, siapa yang tak nak dapat kehidupan macam dalam drama tu. Bila terlalu taksub dengan drama sebegini. Kita akan lupa dengan kehidupan di alam realiti. Sampai ada yang tanya, "kalau nak dapat lelaki hensem. romantik dan rumah tangga bahagia kena terlanjur dahulu ke ? Lepas tu minta lelaki lain tutup aib " #SetiaHujungNyawa. Tak ada kehidupan yang sama seperti mana drama. Hidup kita ada jatuh bangunnya. Bukan semudah kahwin dengan orang kaya lepas tu boleh hidup senang.
Isu blogger juga disebut. Kan dah memalukan blogger sebab hanya segelintir blogger yang buat macam ni. Demi trafik, macam macam cara dibuat. Sanggup letak tajuk yang agak sensitif untuk dapatkan pengunjung. Banyak lagi cara nak dapat trafik tinggi bang. Bukan dengan cara macam tu. Kanak kanak zaman sekarang daya ingin tahu lebih tinggi berbanding zaman dahulu. Sebab sangat terdedah dengan media sosial. Zaman kita kecik dulu mana nak ada facebook twitter blog dan sebagainya. Kita cuma ada tanah, pokok pokok, kayu kayu untuk dijadikan permainan.
Jadi fikir fikirkan lah. Budak budak jadi macam tu bukan salah mereka. Salah yang dah besar besar ni yang tak reti nak mendidik.tetapi menghancurkan.

6 comments
salam, terbaca juga . ada betulnya ape yang amran fans tu cakap. dunia dihujung jari...
ReplyDeleteTak semua blogger macam tu kot kan...i x kejar trafik...hehehehe...
ReplyDeleteMacam macam sekarang ni
ReplyDeletemasa untuk semua pihak muhasabah diri dan peranan masing2 dlm masyrakat..
ReplyDeleteok setuju sgt!!!!bab drama tu terutamanya tapi ramai lg yg tak sedar2..
ReplyDeletepertama kali kata2 amran ni benar belaka.. hehe.. dalam lawak dia ada kias yg membawa maksud..
ReplyDelete