Followers

RESEPI TART TELUR MUDAH

Semalam gigih aku buat tart telur. Aku memang minat makan.tart telur ni. Suka sangat, tapi harga dia boleh tahan la mahal,3 biji RM 5, kalau tart buah tu, sebiji RM2.50. Perut aku ni mane nak sebiji je. Perut gajah orang kata. Jadi semalam bermula lah percubaan kali pertama aku buat tart telur. Hasil nya memuaskan. Walaupun bentuk dia tak secantik kedai punya tart tapi rasa dia dah boleh buka kedai.

Sejujurnya aku baru sedari kenapa tart telur ni mahal orang jual. Kalau nak kura barang yang diperlukan, cuma gunakan bahan bahan biasa. Tapi perkhidmatan seseorang tu nak siapkan tart telur, mau tak tercabut pinggang aku semalam. Ak start buat dalam pukul 1130 aku siap semua dalam pukul 330 pagi. Mungkin la sebab aku kali pertama buat, amik masa lama, tapi penat nak siapkan semua tart kecil cenonet tu. Patut lah tart tu mahal. Jadi aku dah tak salah kan orang jual tart tu mahal sekarang.

Ok. Ni resepi yang aku guna untuk buat tart telur.

Bahan bahan:

Bahan untuk kulit
500gm tepung gandun
1 1/2 cawan marjerin
2 sudu besar gula
1biji telur

Bahan untuk kastad
1cawan susu cair
4biji telur
1cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu teh vanila
1/2 sudu teh pewarna kuning

Cara cara
1) sapu rata minyak pada acuan bermangkuk kecil. Panaskan ketuhar pada suhu 180 °c
2) gaul kesemua bahan kecuali telur menjadi serbuk roti ( kalau lembik sangat, tambah gandum sehingga jadi macam serbuk roti)
3) masukkan telur dan gaul rata.
4) canai setebal 1/2 incidan terap bulat.
Letakkan kulit tart didalam acuan.
5) cucukkan kulit dengan garfu untuk hilangkan gelembung angin.
6) bakar selama 10 minit pada suhu 180°c

Untuk kastad
1) gaul semua bahan
2) tuang kedalam kulit tart yang dibakar separuh masak.
3) bakar semula untuk 5 minit.
4) sejukkan dan hidang.

Dan hasilnya. Tadaaa. Ni versi aku la. Tak lawa. Korang buat la lawa lawa yee.



Terima kasih kepada efg bonde zaidalifah sebab kawab soalan leyla semalam. Gelabah sikit sebab aku buat jadi lembik dan aku tak tahu macam mana bentuk serbuk roti. Last last aku tambah gandum sokit. Serbuk roti tu dia macam peroi sikit. Tak setongkol macam doh tu. Terima kasih ye bonde. Tu lela hadiahkan tart telur.

1 comments

  1. mission complete..hehehe...comelnye la tart dia...

    ReplyDelete