Happy New Year everyone ! walaupun dah masuk hari ke-6, masih lagi dalam new year kan. Baru terasa new year lepas tersangkut dalam jem Temerloh. Keluar dari jem, dapat balik Selangor baru terasa dah masuk 2021. Pengalaman yang tak dapat dilupakan tu.
So, new year, apa azam tahu baru? masih meneruskan azam tahun lepas? Yang pasti tahun ni akan lebih mencabar dan lebih bermakna. Banyak perkara manis yang diharapkan berlaku pada tahun ni. Dan semoga tiada ujian-ujian yang besar lagi berlaku tahun ni. Paling penting semoga Covid ni berakhir dan kita semua boleh menjalani hidup seperti dulu.
Nak list goal yang nak kena achieve dekat next entry la ya. Kena ambil masa sikit untuk berfikir. Sekarang asyik tak cukup masa je nak tumpu dekat blog ni. till we meet again readers !
Hai. Assalamualaikum.
Last time aku ada tengok video chef Anis dekat facebook. Dia share cara nak buat spagetti carbonara guna guna 6 bahan je tanpa guna sos prego atau apa-apa sos. Aku like what??? selama ni aku buat spageti carbonara just guna sos prego dan sampai sekarang tak dapat rasa rich tu. Then sekali aku try cara ni memang betul-betul rasa dekat kedai dan sangat rich ya rasa dia.
Bahan-bahan nya sangat simple.
- Spagetti
- Kuning Telur
- Parmesan Cheese
- Herbs / oregano
- Blackpaper
- Beef bacon / chicken
Cara- cara.
- Rebus spagetti sehingga lembut, tambah kan sedikit garam kedalam air rebusan. Tambah sedikit olive oil supaya dia tak melekat.
- Dalam pan, masukkan beef bacon/ chicken fry sehingga masak, atau garing sikit kalau beef bacon lagi sedap.
- Sambil tu masukkan cheese kedalam mangkuk kuning telur, kacau sehingga sebati, ambil air dari rebusan sapgetti tadi sedikit demi sedikit supaya boleh kacau cheese dengan mudah.
- Masukkan spagetti yang dah lembut tadi kedalam pan dan goreng kejap bersama beef bacon. Masukkan kuning telur dan cheese tadi, sambil gaul supaya tak berketul. Masukkan air rebusan tadi sikit demi sikit untuk bagi dia moist atau berkuah. kalau suka kan spagetti yang creamy boleh tampah fresh milk untuk kuah.
- Last sekali masukkan blackpaper dan gaul sebati, tak perlu garam dah sebab air rebusan tadi dah ada garam. taburkan herbs dan sedia dihidang
- Selamat mencuba~
Hai, Assalamualaikum.
Bermula dari hari khamis hari tu kami pun kena start WFH, tapi alternate maksudnya tak semua akan WFH, ada jadual yang kami masih perlu masuk office, tapi best ke WFH ni? Personally pada aku ada best dan ada yang tak best.
YANG BEST WORK FROM HOME
- Tak perlu bersiap sangat untuk ke office. Cukup sekadar mandi bersih-bersih, pakai pakaian yang bersih-bersih dan boleh mulakan kerja.
- Masa flexible, sambil buat keja sempat lagi aku masak untuk makan tengah hari. Tak ada lah aku kena bangun awal pagi siapkan bekal untuk pergi keja.
YANG TAK BEST WORK FROM HOME
-Guna internet sendiri dan elektrik sendiri. Perlukan internet berkelajuan tinggi untuk connect dengan server dekat office. Aku kerja masih lagi guna server dekat office. Which mean aku pakai software AnyDesk. Jadi aku guna laptop personal tapi control PC dekat office. Jadi bila aku kerja dekat sini, PC dekat office aku akan bergerak-gerak macam ada invisible woman tengah kerja dekat situ ya.
- Kena sediakan tempat untuk bekerja. Aku buat kerja dekat meja makan je. Kalau buat kat bilik, nampak katil rasa serba salah pulak kalau tak baring dekat katil ye dak?
-Kerja lambat nak siap! Laptop akan move bit slowly sebab dia monitor dua pc yang berbeza.Ada lagi gangguan yang dalam kepala ada je pikir nk google itu ini, bukak blog siap 1 entry akibatnya hari sabtu ahad pun aku still bukak kerja sebab nak submit isnin.
Jadi, aku memilih untuk kerja dekat office, lebih convenience dan ada environment bekerja. Jadi kerja lebih effective dan cepat. Tapi disebabkan pendamic ni, kita kena terima dan harus sama-sama berkerjasama membendung penyebaran COVID 19. Tahan la sekejap dengan Normal Baru ni. Semoga bumi ini cepat pulih. Ameen.
Hai Assalamualaikum.
Sk Pak Ba, satu sekolah pedalaman yang menghasilkan murid-murid bercita-cita besar. Satu kampung yang sangat terpencil, jauh dari bingit ibu kota, dipinggiran bukit.
Yap, sekolah yang mana mengajar aku A B C sehingga jadi aku yang sekarang. Sedari dulu, sekolah Sk Pak Ba di hantar cikgu-cikgu terbaik, sejak dari aku tadika, aku kenal cikgu-cikgu yang tak pernah jemu mendidik kami.
Musim banjir, jalan excess ke kampung akan tertutup dengan limpahan air. Tapi cikgu-cikgu sanggup redah banjir untuk datang ke sekolah, jalan sangat teruk, kena excess jalan alternatif, buka jalan utama. Zaman kecik-kecik dulu selalu ada kelas malam, dan cikgu-cikgu akan datang malam-malam untuk ajar kami, redah gelap malam kadang-kadang ada yang jumpa hantu tau. yes, ini betul. So how can i did not respect their sacrified ?
Tapi zaman semakin berubah, semua tu dah berlalu tapi cikgu-cikgu di kampung pak ba masih sama, masih berkorban untuk sekolah tu walaupun cikgu-cikgu silih berganti. Syukur sebab dapat cikgu yang masih mahu mendidik anak-anak kampung seperti kami.
Wahh panjang betul intro, sebenarnya nak cakap pasal isu viral sekolah di make over, dari tahun lepas sampai tahun ni tetap dengan lonjakan dia. Ya, sekolah pedalaman yang dulu nya tak pernah diketahui kewujudan tapi mendapat nama satu Malaysia atas usaha Sir Nordin. Thank you so much Sir Nordin.
So let see the before after photo.
Betul-betul berjiwa kental ya Sir Nordin make over kelas sampai jadi satu studio yang hipster. Dari sekolah yang berstruktur lama terus jadi satu studio hipster.
After make over.
Murid-murid mana yang tak teruja dengan keadaan kelas macam ni kan. Mesti laju je murid-murid nak belajar kalau belajar dalam suasana santai macam ni, suasana yang tenang dan cantik sangat mempengaruhi minda kanak-kanak tau. Jadi kelas kena cantik-cantik dan bersih baru lah murid bersemangat nak belajar. Semoga Sir Nordin terus menjadi idola, role model untuk anak-anak kampung seperti kami.
Sempat jugak kami melawat kawasan sebagai alumni sekolah rendah ni. Banyak dah kunjungan-kunjungan dari pihak-pihak lain, jadi jabatan-jabatan pendidikan, pendidik-pendidik dari sekolah jiran, dan pendidik-pendidik dari negeri lain pun datang melawat, Alhamdulillah dari sebuah sekolah terpencil sehingga kami dilawat dan disebut-sebut. Dalam gambar ni dua orang bekas pelajar yang berlumba-lumba belajar sampai lah dah besar panjang, Alhamdulillah sorang dah jadi Guru dan sorang dah jadi Mechanical Designer. Tiada yang mustahil bagi yang bercita-cita tinggi walau dimana pun korang berasal.
Semoga anak-anak di Kampung Pak Ba terus bersemangat untuk capai cita-cita, terus kan belajar tanpa jemu, ilmu sangat penting untuk masa depan, dengan ilmu, korang boleh hidup dimana-mana je, dengan ilmu korang boleh tentukan dimana korang suatu hari nanti. Ingat ya adik-adik.
See you next entry! thanks for reading this entry!
Hai Assalamualaikum.
Ok last week ada entry hijab mata kekasih, yep! im one of the agent kekasih. Before this Melvins ada keluarkan lipmatte and blusher also foundation but masih belum terbuka hati nak join The Melvins until dia keluarkan hijab mata kekasih. Sebab aku jenis suka sikit pakai mascara and i will always wear it without eye liner or eye shadow. Sebab mataku kuyu then i need something to bold kan mata.
Before this aku pakai silkygirl big eye je sebab dia agak senang nak remove, just like hijab mata kekasih, tapi ! still menghitamkan bawah mata. Tapi still la pakai sebab itu ja satu-satu nya mascara yang senang nak remove. Maybeline ? yep boleh pakai timecuti period ja sebab dia water proof dan sangat susah nak tanggal, sampai 7 hari 7 malam pon still ada lagi. So how you nak solat ?
Until i found and use hijab mata kekasih. Sangat best melentik kan bulu mata dan bulu mata terus nampak tebal. yap same like other brand of mascara la tapi apa yang kita sebagai muslim cari is something yang senang nak remove. Tak perlu nak kendong wet tissue banyak-banyak, mekap remover bagai. Tak perlu touch up banyak-banyak bawah mata bila mata dah jadi hitam lepas basuh.
Then aku promote dekat kawan-kawan bukan sebab aku nak jual mascara tu tapi sebab korang kena try mascara tu, kena ada mascara tu untuk memudahkan urusan korang especially urusan nak solat lah. Korang dah tak perlu susah-susah ambil masa lama untuk tanggalkan mascara.
Ini video macam mana mudahnya nak tanggalkan mascara ni.
So harap video ni membantu korang menyelesaikan masalah susah nak remoce mascara ni. Then u can cantek-cantek tanpa berat hati nak solat. Yes i know some of us ada yang mengelat nak solat bila kat luar sebab sayang nak remove make up. Jadi jom kita sama-sama ubah diri kita sikit demi sikit in shaa Allah boleh istiqomah. So tak ada alasan lagi kan?
Dengan RM39sm / RM43ss korang akan dapat mascara hijab mata kekasih ni dalam box exclusive dan ada free gift curler. Best kan, tak payah dah nak susah-susah bawak curler panjang-panjnag sebab curler ni sangat mini, korang boleh masuk dalam mekap box je. Untuk purchase boleh ambik link whatsapp dekat video youtube atau whatsapp je no ni. 0194295733.