Alhamdulillah. Tahun 2015 bakal melabuhkan tirai tetapi aku masih lagi mampu bernafas dan masih mampu melihat keindahan dunia. Dalam hidup aku, 2015 lah yang banyak memberikan mengalaman manis dan pengalaman kurang manis yang tak mampu aku lupakan. Banyak kejayaan aku dapat pada tahun ni setelah bertahun-tahun berkorban.
Ada 3 kejayaan paling besar sepanjang tahun 2015. Bukan niat aku nak bangga diri dengan tulis cerita ni dan dibaca khalayak ramai. Cuma untuk menulis cerita hidup aku disini. Agar suatu hari aku boleh baca semula cerita aku sendiri. Kalau ada yang tak senang dengan cerita ni, aku mintak maaf.
Kejayaan pertama setelah mendapat segulung Diploma Kejuruteraan Pembuatan. Ya, cuma diploma, tetapi hanya pelajar diploma sahaja yang tahu kelebihan memegang sijil diploma. Paling kurang aku dah legakan hati kedua ibu bapa aku. Ma pernah cakap "Ma dah lega sikit walaupun sekarang k.na tengah belajar lagi. Kalau apa-apa jadi dekat ma dan ayah, sekurang-kurangnya k.na dah boleh bawak diri sendiri. K.na dah boleh kerja sendiri". Masa tu sebak dada dengar weh. K.na hadiahkan sijil diploma ni untuk ma dan ayah.
Kedua aku ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam askar wataniah. Walaupun cuma askar wataniah, askar susu kata orang, tapi tetap bagi impak dalam hidup aku. Banyak aku belajar sepanjang aku dilatih sebagai Pegawai Kadet. Banyak suka duka yang aku lalui. Banyak perkara yang tak terduga aku buat. Banyak perkara yang orang lain tak akan mampu buat dengan rela hati. Sepanjang 3 tahun ni banyak ajar aku jadi manusia yang tak manja. Mental koyak pun buat-buat tak koyak je la.
Lepas tu aku dapat peluang sambung Degree dalam Kejuruteraan Teknologi Product Development. Hadiah seterusnya untuk ma dan ayah. Tahun ni k.na kumpul hadiah untuk 3 tahun lagi. Semoga aku mampu habiskan 3 tahun degree lagi. Panjang umur, boleh lah aku genggam segulung ijazah pulak.
Dalam dunia blog, aku lebih aktif ditahun 2015 ni. Sebelum ni update tak update je blog ni. Tahun 2015 aku dah terbitkan sebanyak 249 entry. Sikit bagi blogger hebat lain tapi banyak dah bagi blogger picisan macam aku ni. Target 2016 aku nak terbitkan 498 entry. Kali dua dengan entry 2015. Kalau lebih pun lagi elok.
Untuk semua kejayaan tu aku hadiahkan diri sendiri dengan kamera pilihan hati. Walaupun banyak duit aku labur untuk kamera ni, Aku puas sebagai tanda kejayaan aku ditahun 2015. Daripada aku habiskan duit sikit-sikit dengan benda yang aku tak nampak.
Syukur Alhamdulillah dengan semua kejayaan yang aku dah capai tu. 2016 moga aku lebih berjaya. Ameen...
Instagram ada menyediakan sesuatu yang boleh mengimbau kembali kenangan tahun 2015. Ramai dah yang mula buat. Hari ni lagi ramai yang mula upload gambar bestnine ke instagram masing-masing.
Aku dapat 21 105 likes daripada 216 gambar yang aku upload sepanjang 2015. Sikit je rupanya aku upload gambar nak berbanding kawan-kawan lain sampai beribu gambar upload. Like pun dapat sikit je sebab aku bukan artis pun. Nasib ada kawan-kawan yang nak tolong like muka yang tak berapa nak comel ni. Terima kasih semua kawan alam nyata dan alam maya.
9 gambar aku semua tersusun rapi bermula dengan gambar seorang student, gambar bersama kawan rapat aku, gambar bersama kawan-kawan diploma dulu dan sekarang, aku sendiri yang forever alone tu, gambar aku dengan pakaian no 3 askar dengan 1 paku leftenan muda (alhamdulillah) gambar aku yang suka berfesyen walaupun tak lawa, gambar dengan besties lagi, gambar graduate diploma (alhamdulillah) dan gambar dengan adik beradik kesayangan di universiti (bukan adik beradik kandung).
Macam mana nak buat 2015 best nine ni ?
senang je. cuma klik ni
2015bestnine.com dan isi username instagram anda dan keluar gambar bestnine. Tekan gambar lama-lama sampai keluar save as, save as gambar tu dan ia akan mula didownload ke telefon bimbit. Lepas tu boleh lah upload ke instagram, facebook dan twitter. Jangan lupa #2015bestnine
Instagram ada menyediakan sesuatu yang boleh mengimbau kembali kenangan tahun 2015. Ramai dah yang mula buat. Hari ni lagi ramai yang mula upload gambar bestnine ke instagram masing-masing.
Aku dapat 21 105 likes daripada 216 gambar yang aku upload sepanjang 2015. Sikit je rupanya aku upload gambar nak berbanding kawan-kawan lain sampai beribu gambar upload. Like pun dapat sikit je sebab aku bukan artis pun. Nasib ada kawan-kawan yang nak tolong like muka yang tak berapa nak comel ni. Terima kasih semua kawan alam nyata dan alam maya.
9 gambar aku semua tersusun rapi bermula dengan gambar seorang student, gambar bersama kawan rapat aku, gambar bersama kawan-kawan diploma dulu dan sekarang, aku sendiri yang forever alone tu, gambar aku dengan pakaian no 3 askar dengan 1 paku leftenan muda (alhamdulillah) gambar aku yang suka berfesyen walaupun tak lawa, gambar dengan besties lagi, gambar graduate diploma (alhamdulillah) dan gambar dengan adik beradik kesayangan di universiti (bukan adik beradik kandung).
Macam mana nak buat 2015 best nine ni ?
senang je. cuma klik ni
2015bestnine.com dan isi username instagram anda dan keluar gambar bestnine. Tekan gambar lama-lama sampai keluar save as, save as gambar tu dan ia akan mula didownload ke telefon bimbit. Lepas tu boleh lah upload ke instagram, facebook dan twitter. Jangan lupa #2015bestnine
Masyarakat hari ini masih lagi mendapatkan perkhidmatan bomoh atau pawang. Bukan semua amalan perbomohan bertentangan akidah jika dilakukan mengikut batas ditentukan syarak, namun amalan perbomohan yang berasimilasi dengan kepercayaan khurafat masih lagi diterima oleh masyarakat.
Khususnya dalam dunia perniagaan dan kepercayaan seperti itulah yang boleh mencacatkan pegangan akidah Islam yang suci. Meskipun dalam dunia perniagaan moden hari ini, masih ada permintaan perkhidmatan pelaris bertujuan menarik pelanggan atau untuk mendapatkan keuntungan.
Peniaga yang mempraktikkan amalan sedemikian beranggapan perniagaan akan mendapat keuntungan lumayan dan aktiviti perniagaan mampu bertahan. Ada juga peniaga menggantung gambar tokoh di dinding kedai kononnya keramat pada tokoh itu akan menjadi pelaris untuk meningkatkan prestasi perniagaan.
Menjadi satu stigma dalam pemikiran pengusaha, perniagaan yang dijalankan tanpa mengambil pelaris sudah tentulah tidak akan maju dan kurang menarik perhatian pelanggan. Atas kepercayaan itulah maka peniaga memohon bantuan bomoh mendapatkan pelaris untuk memenuhi hajat mereka.
Bazir wang dapatkan pelaris
Pelbagai jampi serapah, azimat, tangkal dan sebagainya diberikan kepada peniaga dengan harapan perniagaan akan berjaya sebagaimana diimpikan. Akibatnya, peniaga sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan pelaris.
Kepercayaan persoalan rezeki bergantung kepada semangat yang ada dalam pelaris seperti rajah, azimat, wafak, burung cenderawasih, minyak buluh perindu dan gambar orang salih bertentangan dengan falsafah akidah Islam yang murni.
Pelaris juga mengandungi pantang larang yang perlu dipatuhi penggunanya. Apabila wujudnya iktikad dalam diri seseorang sudah tentulah ia akan mengundang unsur yang membuka ruang kepada elemen syirik kepada Allah SWT.
Asas kepercayaan mengiktiraf dan memperakui wujudnya kuasa yang dapat mempengaruhi manusia selain daripada Allah SWT sudah tentulah diklasifikasi sebagai syirik. Peniaga yang menggunakan pelaris begitu yakin perniagaan akan mendapat tuah.
Bagi peniaga yang taksub kepada kepercayaan itu akan mencari helah supaya perbuatan mereka dipandang sebagai satu usaha atau ikhtiar dan tidak bercanggah dengan Islam. Mereka mempunyai kaedah dan taklik tertentu untuk mengalihkan pandangan masyarakat bagi menghalalkan perbuatan itu.
Salah guna nama Nabi, ayat al-Quran
Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara. Bagi menzahirkan tindakan itu halal, maka pelaris yang dibuat dikatakan diselawat dengan nama Nabi Muhammad SAW, dibacakan ayat daripada surah tertentu dalam al-Quran serta disabitkan dengan nama Allah SWT sebagai penentu kejayaan.
Hakikatnya, syaitan adalah pakar dalam melakukan penipuan terhadap manusia. Dia akan akan datang dengan pelbagai perancangan strategik yang licik bagi memperdayakan manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (Surah al-Zukhruf, ayat 36-37)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar." (Surah al-Nur, ayat 21)
Allah SWT adalah tempat manusia bergantung harapan dan memohon pertolongan. Setiap sesuatu yang direncanakan-Nya adalah untuk kebaikan agama dan kesejahteraan golongan yang beriman di dunia serta akhirat.
Sebagai seorang mukmin, kita perlu memikul tanggungjawab sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul melalui bimbingan wahyu. Hanya kepada Allah SWT tempat berserah dengan penuh tawaduk dan ikhlas.
Dalam al-Quran, Allah SWT mengungkapkan perkara misteri yang tidak diketahui oleh orang yang ingkar. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dan arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq, ayat 2-3)
Patuh prinsip muamalah Islam
Islam bersikap positif terhadap kegiatan menjana aktiviti malah, Islam menggalakkan penganutnya berusaha secara tekun untuk memajukan kehidupan. Meskipun begitu, setiap transaksi urusan perniagaan yang dijalankan perlu mematuhi prinsip ditetapkan dalam muamalah Islam.
Perlakuan dan aktiviti yang bertentangan dengan kehendak syariat dan kemaslahatan manusia bukan prinsip murni perniagaan Islam. Perkara negatif seperti tipu, tidak amanah, mengamalkan riba, melakukan sesuatu yang bertentang prinsip akidah adalah ditegah dalam prinsip perniagaan Islam.
Ciri istimewa konsep perniagaan menurut acuan Islam berbeza dengan konsep perniagaan ditaja oleh akal fikiran manusia. Keuntungan dalam perniagaan Islam bukan hanya dinilai dari aspek material semata-mata tetapi yang menjadi keutamaan adalah mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
Peniaga dan usahawan Muslim terdahulu seperti Nabi Muhammad SAW, Khadijah binti Khuwailid, Saidina Uthman bin Affan, telah memberikan contoh terbaik untuk menjadi peniaga berjaya. Apa yang penting ialah bersikap amanah, bercakap benar, pengurusan yang baik dan memberikan perkhidmatan terbaik.
SUMBER : Penulis ialah pensyarah Pusat Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Perlis
Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX
Assalamualaikum
Antara masalah yang kita hadapi sekarang ialah:
1. Call tidak dapat tetapi kredit kena tolak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
2. Call sekejap pon kena caj seminit panggilan.
>>> Kadar panggilan serendah 5 sen sahaja KESEMUA RANGKAIAN telco. Tak kira la biru ke.. merah ke.. oren ke..
3. KREDIT BANYAK LAGI TETAPI DAH EXPIRED, NAK KENA TOPUP...!!!!
>>> The best OneXOX top up boleh tahan sehingga 2 tahun 4 bulan. Top up sekali je tunggu sampai 2 tahun akan datang baru top up semula Kalau kredit tak habis-habis la. Biasanya ayah dan mak kita kat kampung la hadapi massalah ni kan? Top up bayak lagi, tapi tak boleh nak call sebab top up dah expired. So, jom la berubah ke OneXOX. Tahan lama kau.
4. Nak add family ataupun friend tetapi diorang pakai telco lain pulak.
>>> Rasanya ade ke telco yang membolehkan kita add friend ataupun family ke semua rangkaian? Tapi dengan OneXOX kita boleh add 10 nombor famili dan rakan-rakan dari semua rangkaian telco. Waowwww...!!!!
5. Kita ter-on internet, habis kredit tanpa disengajakan.
>>> Ini satu hal kan? Dengan OneXOX jangan risau selagi anda tidak melanggan data internet, tak kisah la ter-on ke.. Sengaja on internet ke.. Tak kan ada cas 'Pay Per Use' la. Confirm...!! Lebih lebih lebih lagi data internet dia amatlah laju.
6. Call masuk voice mail je, habis kredit kena tolak banyak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
7. Internet slownye. Nak send gambar dalam wassap pun berjangut nak tunggu
>>> Pelan internet yang laju dan tiada 'Pay Per Use' dan di jamin tiada kehilangan kredit
Kan OneXOX boleh selsaikan masalah-masalah korang kan? By the way, sim kad OneXOX ni hanya RM10. Ianya tidak menzalimkan betul tak...? Banyak JAMINAN terbaik yang bakal korang dapatkan. Tiada pay per use data dan program-program yang menyedut kredit secara halus. Kredit anda selamat dari ditipu. Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan. Rela ke kita sering di tipu? Sudah-sudah la kan kena tipu?
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sim kad MURAH tapi best ni. Boleh la contact PapaG tau. 24 hour 7 day uolsss.