Ingat yang bercinta saja ka yang dapat surat cinta ? Yang tak bercinta pun dapat tau. Siap email cinta lagi tu. Terima kasih NetKL kerana tak jemu mengingatkan aku untuk renew domain. Untung pilih NetKL, tak ada lah tiba tiba blog aku hilang tanpa ada sebarang peringatan. Sebelum ni pun NetKL dah hantar email peringatan, cuma kau yang tak bayar lagi. Ini kali kedua. Bukan malas bayar, cuma online banking aku tak boleh buka kena blok. Sebab utamanya aku lupa password dan cuba banyak kali sampai kena blok. Terpaksalah aku renew balik. Sampai sekarang aku belum renew.
Rupa rupanya dah dekat setahun blog ni bernama aswaleyla.com. Dah lama blog ni beranak cuma tahun lepas baru dapat surat beranak yang sah. Selama ni pakai blogspot. Blogspot pun okay cuma untuk memastikan blog kita tidak dipadam dengan sewenang wenangnya, makaharuslah kita bertindak lebih awal dengan bertukar kepada domain. Murah je aih, jangan nak kedekut sangat. Bukan bayar bulan bulan pun. Setahun sekali ja.
Lepas tukar domain tahun lepas, aku berazam nak blogging betul betul lah. Tapi azam cuma tinggal azam, seorang leyla tetap malas nak update blog hari hari. Sepatutnya aku lebih beri komitmen tapi tetap abaikan. Jadi azam tahun kedua kena lebih kuat lah. EH, jangan kat sini, nanti buat entry happy birthday dekat blog aswaleyla dot com ni. Macam macam azam aku nak tulis nanti.
Untuk entry ni, terima kasih kepada NetKL kerana memberi peringatan dan terima kasih kerana berkhidmat dengan baik sepanjang aswaleyla ber domain. Muah sikit untuk NetKL.
Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Fuh fuh. Tak de idea nak update dek kesibukan harian sebagai pelajar. Ini betul betul sibuk tau. Bukan sibuk tidur.
Disebabkan aku seorang student yang tinggal di asrama, nak memasak tu memang terhad lah. Aku pulak kalau dekat asrama, jenis suka buat breakfast sendiri. Tapi kalau kat kampung kirim salam lah, nenek aku awal awal pergi beli breakfast dekat kedai kopi depan rumah. Aku bangun, breakfast dah ada ok.
Jadi dekat sini, aku buat breakfast simple simple ja. Simple dan senang, yang pasti sedap dan mengenyangkan perut tong aku ni.
Tadaaaaaa.... wholegrain toast with crambled egg. Memang super simple. Mudah ja nak buat, bakar roti dengan sapuan planta sedikit. Lepas tu buat crambled egg, kacau kacau dalam kuali pun dah siap. Jangan buat kering sangat nanti kering dan membosankan. Ikut citarasa tekak masing masing lah ya.
Wholegrain toast
Crambled egg
Wajah gembira lepas siap breakfast. Seorang aswaleyla yang tak boleh tinggal breakfast. Kalau tak breakfast hidup hilang arah seharian. Ok lebih lebih. Selamat pagi dan selamat bersarapan semua.. IloveUAlls..
*P/S lepas makan basuh pinggan, nanti housemate marah. ops.
First Giveaway By Izzati Suhaide
Syarat-syarat adalah:
1) Buat tajuk entri "First Giveaway By Izzati Suhaide"
2) Follow blog berikut:
Izzati Suhaide, Irrayyan, Bonde Zaidalifah, Anizz Anissa, Yanie Yusuf, Azirahman, Khaty Aiman, Amysyeera, Azlinda Alin, Suria Amanda, Mastura Din, Reena, Sarang Kehidupan
3) Follow IG:
zatiesuhaide, iz_hijabist, rizzdania, azlinda.alin, by_khaty, norazilah72, yanieyusuf, amysyeera, nizam84, anizz_annisaa, mreenadotcom
4) Like Page:
5) Masukkan blog berikut ke dalam bloglist anda:
Izzati Suhaide
Irrayyan
Mastura Din
6) Add facebook
Parizan Mohd Zain
7) Follow G+
+Izzati Suhaide
+Amanda Suria
8) Like post berikut
http://bitly.com/1Tu9axb
http://bitly.com/21yfZUA
http://bitly.com/1NkfQS0
http://bitly.com/1X9lPvi
http://bitly.com/1OeP5cD
http://bitly.com/1X9lTLl
http://bitly.com/1TnvR65
http://bitly.com/1O1tCJk
Senarai hadiah:
1) Produk VCO - 8 x pemenang
2) Produk Hanalays - 1 x pemenang
3) Flower Shawls - 1x pemenang
4) Tudung Aidijuma - 1 x pemenang
5) Cash RM20 - 1 x pemenang
6) Cash RM10 - 4 x pemenang
7) Topup RM10 - 3 x pemenang
8) Rosesoap - 1 x pemenang
9) Novel Inggeris Far Away by Aisya Sofea - 1 x pemenang
*Hadiah akan bertambah jika penyertaan lebih 50*
Jom Join. Ajak rakan-rakan anda yang lain. Good Luck!
Tarikh tutup 31 Mei 2016 jam 11.59pm
Assalamualaikum.
Salam 1 mei.
Sebelum ni ada aku update pasal awkward moment ni. 2 tahun lepas. Uish lama betul. Nah baca sini.
http://www.aswaleyla.com/2014/10/awkward-moment.html
Kali ni awkward moment dekat kedai makan pulak. Biasa lah orang bujang duduk hostel, memang makan luar la kan. Mana boleh masak kat rumah. *konon tak leh masak. Malam tadi tengok ramai pulak orang dekat kedai makan. Majoriti lelaki. Rupa-rupanya ada perlawanan bola malam tu. Kedah vs JDT. Meja memang penuh, jadi langkah selamat dan agak jauh dari kelompok lelaki dekat luar, masuk dalam kedai dan depan sekali. TV ada 2, dalam dan luar kedai.
Tengah tunggu order sampai, ada kawan wasap,
"tengok bola ka ?"
"Aish, tak de lah. Makan. Nampak semangat sangat ka ?"
"tu lah pasal, macam semangat sangat duk depan TV"
Tengah makan tiba tiba ....
Boleh bikin tersembur makanan baq hang. Aduhhh. Yang lagi best, orang semua bersorak GOLLL !!!. Aku dengan kawan aku boleh teruskan makan tanpa ada rasa nak menjerit sekali.
Maaf kenyataan jujur dari seorang leyla yang aku tak suka bola, bukan bermakna benci. Sebab aku tak main bola sepak dan aku tak tahu secara dalam dalam permainan bola sepak. So aku tak minat. Ada sesetengah perempuan yang suka bola, Tapi tak tahu lah dia suka part mana. Bagi aku mungkin suka part pemain dia. hahahaha. jujur saja lah..