Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsi sesuatu yang saya rasa sangat penting untuk semua orang tak kira lah tua, muda, kecil, besar. Terutamanya kepada pemilik telefon bimbit yang canggih. Tak canggih pun kena buat ni !
Ajal maut, ataupun apa apa kejadian yang tidak diingini berlaku, kita tak tahu bila dimana dan sebagainya. Tetapi jika kejadian ni sudah tertulis, ia tetap berlaku. Jadi kita hanya berlu berhati hati dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Yang saya nak kongsi kali ni adalah pada screen home telefon pintar kita. Screen telefon kadang kadang tu ada yang letak gambar awek atau pakwe kan? Jadi apa salahnya kita selitkan disitu no ibu bapa kita ataupun no letefon waris terdekat. Sekiranya ada sesuatu kejadian yang tak diingini berlaku, mudah lah untuk sesiapa menghubungi mereka. Ada sesetengah tu letak password kan, takut orang selongkar telefon bimbit dia. Jadi cara ni senang, tak payah bukak memang dah nampak no telefon ibubapa.
Banyak kes yang susah untuk menghubungi keluarga kalau perkara yang tak diingini terjadi. Contohnya kes kemalangn, kemungkinan telefon bimbit kita masih terselamat. Jadi sesiapa yang menolong tu boleh telefon keluarga untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Tengok ! saya dah buat, korang bila lagi ?
Kalau tak nak buat sangat tu, sekurang kurang nya jangan lah letak password dekat telefon tu. Tak sempat orang nak tanya kita dalam keadaan macam tu. Kita pun rntah sedar entah tidak masa tu. Jadi beringat lah sebelum terkena. Tak salah ambil langkah berjaga jaga dahulu. Sediakan payung sebelum hujan kata orang. Sekian.
Tempoh hari bawa atuk dengan nenek jalan jalan kat udara. Pada mulanya seronok sangat mereka. Tiap-tiap hari tanya. Lepas tu bimbang takut kena tinggal flight masa hari kejadian. Dah masuk balai berlepas, masing masing muka gementar.
Bila dah masuk perut kapal terbang baru terasa takut dia. Sepanjang perjalan dari kuala lumpur ke Terengganu, mulut nenek terkumat kamit mengucap syahadah sebab takut apa apa jadi. Yelah kes kapal terbang ni berleluasa tahun lepas.
Sampai putih muka atuk, darah semua dah tak naik kat muka sebab takut. Nasib baik 55 minit ja dah sampai terengganu. Sebenarnya saya pun gementar. Nak nak time dia turun sikit. Memang tak boleh lelapkan mata.
Terima kasih Firefly, kami selamat sampai ke Terengganu. Muah sikit untuk Firefly.
Assignment minggu ni kena buat logo dan hantar kepada FAM sempena pertandingan melukis logo tu. Mesti mengarut punya logo yang saya lukis. Mana lah pandai nak buat logo ni semua. Edit gambar tahu lah. Jadi, kepada sesiapa yang volunteer nak buat logo boleh lah join sekali. Tu ada sedikit syarat kat bawah ni. Kalau nak lagi terperinci boleh ke laman web rasmi FAM.
Penciptaan logo dan tema ini adalah selaras dengan mandat FAM untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia.
HARIMAU MALAYSIA adalah nama baharu yang diberi kepada pasukan bola sepak kebangsaan. Peraduan ini adalah kelolaan FAM bagi mencari imej baharu kepada pasukan bola sepak Malaysia.
SYARAT DAN TERMA PERADUAN
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.
Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Peraduan Logo Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjadi hak milik FAM. Melalui penyertaan peraduan ini, segala hak cipta hasil kerja diberikan kepada FAM dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya ataupun hasil kerja yang diserahkan kepada FAM bagi peraduan ini. Bagi logo dipilih oleh FAM, FAM akan berhak ke atas logo tersebut dan akan mempunyai kuasa untuk meminda ataupun mengubahsuai bagi maksud menggunakan ataupun mencetaknya sebagai lambang FAM.
Peserta hendaklah memberikan butir-butir diri yang berikut apabila menghantar penyertaan:
Nama Penuh
Nombor kad pengenalan
Nombor telefon
Alamat E-mel
Salinan kad pengenalan Malaysia
Hak pemenang yang terpilih adalah hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.
Untuk SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO FAM boleh layari
Hari ni terbangun lambat. Kelam kabut bersiap nak pergi kelas. Nasib baik tengah ABC, tak ada lah ter Subuh gajah pagi tadi. Entah lah macam mana boleh terbangun mengejut. Dah lah tengah mimpi jumpa Aaron Aziz. Aceceh. Lepaas dah buka mata, otak pulak duk fikir.
Satu habit saya ni memang jenis suka set jam sampai 4 5. Mula dari 6.35,6.40,6.45,6.55,7.00. Tapi satu pun saya tak dengar. Tengok jam baru jam 6.31pagi. Owhhh, awal lagi, patut lah jam tak bunyi lagi. Baru nak pejam mata balik, terperasan bilik cerah walaupun tak buka lampu. Tengok luar tingkap, mak ai ! takkan pukul 6.30 terang benderang macma ni. Ni tak lain tak bukan lah, handphone dah jadi roaming. Jam bertukar jadi satu jam lambat. Masa Malaysia jam 7.30 sebenarnya. Dan aku perlu naik bas pukul 8 nak ke kelas.
Mula lah aksi kelam kabut pergi seterika tudung, mandi. siap siap, pakai tudung dannnn nasib baik sempat siap. FUH FUH.
Nak naik lif tengok lif baru gerak turun, jadi kalau tunggu ni memang lambat. Terpaksa turun tangga dari tingkat 5. (yang ni dah biasa sebab saya jenis tak suka menunggu walaupun tunggu lif)
Sampai bawah, nasib baik lagi kawan kawan masih menunggu. Lepas tu cerita jam tak bunyi sebab setting jam lari " Aku tahu hendphone kau roaming kan ? sebab aku call nak kejut tadi operator Thailand yang jawab " Ayakkkk !
Begini lah nasib kalau duduk dekat sempadan Thailand. Masa kadang kadang cepat kadang lambat. Dah banyak kali jugak kena macam ni. Tapi untuk yang bangun pagi yang ni kali pertama. Haru pagi ku yang indah !
Jangan minum ais ! nanti perut buncit ...
Perut aku dah buncit la.. Ni sebab minum ais la ni!
ini lah yang selalu keluar dari mulut sendiri. Tak pasti lah mana saya dengar mitos ni. Tapi saya yakin semua pernah dengar dan percaya dengan mitos ni.
Sebelum ni saya ingatkan ini fakta. sehingga lah terbaca tweet dari Dr. Khairul Hafidz dalam #PerangMelawanMitos. Nak cari tweet tu dah ditimbun dengan tweet lain yang banyak. Boleh lah cek tweet Dr Khairul Hafidz kalau nak kepastian. Seronok baca tweet doktor doktor ni. Kadang kadang banyak mitos yang selama ni kita percaya tetapi hakikatnya mitos semata mata.
Mitos minum ais akan menyebabkan ais tersebut membekukan lemak lemak dan minyak yang ada didalam badan. Sebenarnya salah ! Sebab ais yang sejuk, sebelum sampai ke perut, suhu ais yang sejuk tersebut akan di sama kan dengan suhu badan sendiri.
Cuma minum ais tetap tak bagus dan lebih baik minum air suam untuk memudahkan kerja pencernaan supaya menjadi lebih ringan.Air sejuk dapat membantu pembakaran lemak tetapi perlu diselarikan dengan aktiviti riadah dan pemakanan yang sihat. Jangan minum ais lepas tu tidur. Kalori pun malas terbakar sama macam kita yang malas bersenam.