Alhamdulillah, Assalamualaikum.
Lama ya tak bersiaran dekat sini, alih2 tengok rupanya tahun 2024 tak ada posting langsung. Jadinya kita skip terus ke tahun 2025.
Alhamdulillah tanggal 20.10.2025 lahirlah anak kedua kami. Lahir secara normal, lelaki yang handsome, kami nama kan Muhammad Zulfa Adeeb. Nama adeeb diambil sempena salah seorang mangsa bas upsi tempoh hari. Terkesan dengan pemergian beliau & bila dilihat nama adeeb ni seorang yang beradab dan banyak memberi manfaat kepada masyarakat. Kena la dengan maksud nama Adeeb tu sendiri.
Semoga Muhammad Zulfa Adeeb ni menjadi anak yang beradab kepada ibu bapa, guru-guru dan ilmu. Jaga lah adab kita, in shaa Allah kita akan sentiasa disenangi masyarakat.
Next nanti kita post pengalaman bersalin anak kedua pulak. hee






