Followers

KESAN SAMPINGAN SELEPAS DOS PERTAMA SUNTIKAN ASTRAZENEKA


Hi, Assalamualaikum. 

Entry lepas leyla cakap nak kongsikan apa kesan sampingan yang leyla alami selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Astrazeneka kan? Here we go!

Lepas je selesai menerima vaksin, leyla pusing KL kejap konon nya nak cari Pasta Panas. Tapi susah betul nak cari dengan keadaan KL dan Selangor dalam fasa PKPD kan. Jadi kami pun terus balik, cuba guna jalan dalam kalau-kalau terjumpa kedai makan yang boleh beli kan. Tapi termasuk pulak kawasan PKPD mont kiara sampai ada 1 kampung tengah bandar tu kena keliling dengan kawat duri dan polis dan ambulans di pintu masuk. Seram nya tengok. 

Dah dekat rumah kami singgah Puncak Alam dan beli Dominos Pizza & Burger King sebab leyla kemungkinan tak masak dah untuk malam. Sampai rumah terus mandi makan dan tidur. Husband leyla badan dia dah panas sedangkan dia tak kena cucuk. Mungkin sebab dah terlampau lama dia berkurung dekat rumah dan tiba-tiba keluar jauh dari rumah. Dengan keadaan dekat tempat vaksin tu ramai orang. Jadi dia makan panadol dan tidur. 

Bila bangun petang tu dia dah ok. Berpeluh dan dah sihat. Leyla still tak ada rasa apa-apa cuma bergeluk dengan gigi susah nak makan. Seminggu tu leyla makan bubur je sebab tengah treatment gigi.

8.30 Malam.

Leyla dah mula rasa badan seram sejuk tapi tak demam. Cuba fikir positif. Tapi makin lama badan makin panas dan sakit kepala. Terus makan panadol dan tidur. 

11.00 Malam.

Terbangun dan badan berpeluh. Rasa sihat sikit, boleh bangun. Bangun makan dan solat isyak. Rasa macam dah okay. Baring sambil-sambil scroll henfon. Makin lama suhu badan naik semula. Terus letak henfon dan tidur balik. 

1.00 Pagi.

Terbangun lagi. Badan langsung rasa tak selesa. Sakit kepala dan badan panas. Resah gelisah. Husband leyla pon belum tidur tengok-tengokan isteri dia dan tolong picitkan kepala. Tertidur lagi. 

3.30 Pagi. 

Terbangun lagi. Rasa lagi terok. Sangat tak selesa. Husband pun dapat tidur ayam je, bangun picit kepala dan tengok-tengok. Tertidur lagi. 

5.50 Pagi.

Terbangun lagi. Panas. Sejuk. Semua rasa dalam satu masa. Leyla masuk bilik dan tak pasang kipas. Lepas tapi selesa. Kami tidur dekat luar malam tu sebab tak sihat, lebih selesa dekat luar ada pengudaraan yang lagi baik. Baring sambil main henfon sampai pukul 6. Bangun, mandi dan solat subuh. Lepas tu badan jadi sejuk menggigil. Siap pakai stokin dan berbungkus dalam selimut. Tertidur lagi. 

7.00 Pagi.

Terbangun dan sarapan. Husband leyla pagi-pagi lagi dah berperang dekat dapur siapkan bubur. Lepas sarapan makan ubat dan tidur lagi. 

10.00 Pagi.

Bangun tapi masih lemah. Terbaring sepanjang hari. Bangun kejap dan baring lagi. Selalu terlelap. Berulang sampai malam. 

8.00 Malam.

Suhu badan rasa macam nak naik lagi. Makan, solat dan telan panadol. Tidur. 

6.30 Pagi. 

Full recovery. Sihat dan cergas. Dah tak rasa demam dan sakit. Cuma rasa sengal dekat tempat cucuk. Sengal tu makan 5 hari jugak untuk reda. 

Overall semua OK, i'm survive. Huihuihui. 

Leyla share pengalaman macam ni bukan untuk menakutkan semua. Semua tu cuma reaction dengan vacsin yang disuntik dengan badan kita. Sebenarnya side effect ni baik untuk badan kita, itu menandakan badan kita mula react dan addapt dengan vacsin tersebut. Jadi tak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan side effect yang dialami. Lain orang lain side effect malah ada yang tak ada rasa apa-apa langsung. Lain jenis vaksin juga memberikan side effect yang berbeza. Ada side effect yang rasa lapar teramat sangat sampai makan banyak-banyak tapi tak ada demam dan pening kepala. 

Jadi jangan takut untuk ambil vaksin masing-masing. Jalankan tanggungjawab kita sebagai manusia kepada manusia lain. Lindungi orang yang tersayang terutama nya keluarga kita. Kita jaga kita okay. Have a nice day guys. Be safe :)

2 comments

  1. betol! side effect camtu mknanya vaksin tu ok.. =)
    alhamdulillah.. baik2 je sume..
    sy vaksin sinovac.. xde effect sgt.. sengal kat tmpt cucuk je..

    ReplyDelete
  2. betul2. Alahamdulillah dah vacsin jugak. betul. vacsin jenis phizer dan sinovac tak demam.

    ReplyDelete