Followers

PLAYING PICNIC AT TAMAN TASIK CYBERJAYA AGAIN!

 Hi, Assalamualaikum.

Macam dah jadi rutin untuk kitorang picnic bila hujung minggu. Dah tak ada tempat yang nak dituju, nak ke shopping mall sangat boring ya di musim Covid yang belum pulih ni. Jadi ambil keputusan untuk lebih dekat dengan alam semulajadi, gittewww. Tapi aku sarankan jangan ke air terjun sebab ramai yang amat orang sampai tak ada ruang untuk turun ke air. Minggu lepas aku pergi air terjun gabai. Sangat ramai orang ya. Dan terus insaf taknak pergi dah. 


Aku rasa tempat ni nice untuk picnic sebab tak ramai orang berpusu-pusu dan kawasan dia agak luas dan banyak port nak picnic. Kawasan landai banyak dan bawah pokok2 rendang yang bersih. So nice la untuk picnic. Ramai jugak aku tengok orang picnic kat sini, so tak ada la rasa awkward sangat kan. Ramai je yang picnic celebrate birthday siap bawak-bawak belon buat decoration bagai. Aku? bawak makanan sedap-sedap dah cukup membahagiakan. kikikih.

Jadi~~~~ 

Menu nya hari ini adalah chicken manggo request by him sebab hari tu time kat kampung tak sempat nak makan banyak, jadi nya request lagi nak makan puas-puas. Bubur jagung dan sambal bilis krup krap bersama kentang dan kacang. 


Chicken Manggo ni sangat limited tau, kikikih, dengan orang lain tak dapat sesedap ni. Done puji diri sendiri, ugutan jugak supaya tak mintak orang lain buatkan, konfem tak sama! Favourite ayah jugak, sekarang ayah dah ada geng nak makan chicken mangga banyak-banyak. Siaplah nanti, sekor ayam tu mungkin untuk dua orang ni je. 

And the chef ! Ya, wajib bangga diri disini. 


Okay, next time kita picnic lagi, another menu will come. Picnic selagi belum kahwin, dah kahwin nanti berangan la nak keluar picnic, baik makan dekat rumah je, lepas makan terus boleh baring sambil layan netflix. Tapi sekali sekala of course kena jugak picnic laki bini nak mengimbau kembali zaman-zaman bercinta. ok dah berangan! 

Thanks for reading this entry~




You Might Also Like

4 comments

  1. berangan tu free x kene bayar ye., hehehe

    ReplyDelete
  2. Anonymous16 December

    tmn tasik cyberjaya boleh piknik dkt kwsn mna eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kat mana2. sebab dorang dduk je mana2. time picic pon ramai je tgk yg lain picnic. cari area tpi tasik n bawah pon redup, tanah rata. cun

      Delete