Followers

OPEN SWIMMING POOL DI PERAK


Assalamualaikum. minggu ni pun aku habiskan hujung minggu dengan aktiviti menyeronokkan lagi. Aku spent masa dengan kawan-kawan berenang dekat Mkland clubhouse Chemor. Sebelum ni aku tak de pun nak cari swimming pool ni, tapi kawan aku ni jenis suka mandi kat swimming pool then air terjun ke sungai macam tu. 

Kami cari swimming pool hotel yang available untuk guest luar kan, tapi tak ada. Call hotel sana sini. Semua tak avaible, just untuk guest diorang je. Lepas tu kami tanya engineer dekat company kami tu, dia bagi la location semua. Alih alih dekat denga rumah je. 1 KM lebih je dari rumah. Dekat sangat la tu. 

First kami tak nak yang stadium punya sebab tak ada terror sangat berenang. Then kalau kat situ ramai yang datang berenang tu kadang-kadang lelaki kan. So segan la. Kalau macam hotel tu ada jugak lelaki tapi most of them yang bawak anak-anak la kan, tak ada la awkward sangat. 

Mkland Clubhouse ni dia ada badminton, swimming pool, rasa nya court futsal tu dia punya jugak dengan dewan serbaguna sebab aku tengok ramai yang datang kenduri. Tapi luar kawasan kolam la, dekat bangunan oren hitam tu. Kalau aku silap maafkan aku, sebab dia sebelah-sebelah then aku assume tu lah. 

Nak masuk swimming bayar RM6 dekat counter. Buka pukul 9 pagi - 12.30 tgh hari. buka balik 2.30 sampai petang. Kami pergi pagi so tak de orang sangat. Ada budak-budak kecik je yang attend kelas renang. So orang Ipoh, Klebang, Chemor boleh la hantar anak-anak belajar berenang sini. Yuran aku tak tahu pulak berapa. Range umur aku tengok dalam 3 tahun ke 9 kot macam tu. Kecik-kecik je lagi dorang dah diajar berenang. Mula lah aku pasang angan-angan nanti anak-anak aku nak hantar kelas renang jugak. Taknak jadi macam mak dia, besar-besar pun tak reti berenang.



Layan gambar je. Kolam dia best, luas je. Sesuai la mak ayah yang nak bawak anak-anak datang mandi petang hujung minggu. Boleh bawak makanan tapi tak boleh makan dalam kolam la. Makan kat pondok depan tu. Aku siap bawak nasi lemak lagi. Hehehe rajin perasap dapur pagi-pagi masak nasi lemak.


Taraaaa. ni lah nasi lemak bekal bawak pergi swimming. Lepas berenang lapar makan nasi, lepas makan mandi lagi. Macam mana la nak kurus kalau macam ni kan. Makin kembung ada lah. Tapi aku tak nak kurus pun, nak maintain je, dah cukup kurus dah ni.

OK, untuk location korang search ke MKland clubhouse klebang, chemor. Belakang Mcd Klebang. Tepi econsave. Senang je nak cari. Dah pergi nanti share tau korang.


7 comments

  1. lol sempou gila bawak nasi lemak pegi swimming pool.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. tu lah. biase beli yg ringan2 je. kita nasi lemak terus

      Delete
  2. ooi luasnya swimming pool dia. memang puas nak brenang sakan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak. 3 4 jam gak berendam. puas hati mandi

      Delete
  3. Lokasi kat mna,kena bayar x,pakayan biasa ka atau bersyarat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat MK Land klebang. belakang McD klebang. pakaian bebas je nak pakai apa. Bayaran RM6 seorang. Tapi kolam tak dalam sangat. Adult punya takat bawah dada. Tapi kalau nak bawak anak2 tu recommended la. Sy tak tahu nak balas mcm mne sbb profile xde nk inform. Hope u read this.

      Delete
  4. interesting :D dulu just tahu yg pool dekat stadium ipoh tu jee :D

    ReplyDelete