Followers

HECTIC MONTH


November | Bulan paling busy dan paling mencabar dalam tempoh pembelajaran aku dekat Perlis ni sebab dah final year dan kena siapkan final year projek. Bermula malam tanpa tidur. Lepas subuh baru tidur kejap, sebelum tengah hari bangun balik sambung buat kerja sampai petang dah tak ada orang baru balik, Tidur lepas isyak bangun balik tengah malam sambung buat kerja.

Penat.

Tapi ni lah kenangan yang takkan dapat ulang lagi lepas ni. Seksa sementara yang boleh mencipta memori semasa belajar. Lepas ni dah tak ada nak buat benda macam ni. Lepas ni stress dengan kerja pulak.

Harapnya final year ni berjalan dan berakhir dengan kejayaan. Lagi 2 bulan nak meninggalkan negeri Perlis ni rasa sayu pulak. Mana taknya dah 6 tahun aku kat sini. Takkan tak jatuh sayang dengan suasana Perlis kan.

Jauh.

Jauh dari pembangunan tapi jauh dari kesesakan dan ragam manusia. Tempat ni bagi aku damai, hijau dan bersih. Tak perlu nak hirup asap asap. Udara bersih je kat sini. Suasana aman damai tengok sawah sawah padi. Yang paling best makanan sini sedap-sedap dan murah.

Okay lepas ni pulak sambung apa yang best kat perlis. Mungkin bulan ni kurang entry atau terlebih entry, kalau busy tak update sangat, kalau stress aku akan menulis kat sini. Sabarlah orang baca blog ni, baca luahan tak seberapa dari aku ni. Hahahaha. Okay nanti aku tulis next entry pulak.

1 comments

  1. Good luck ya sis. semoga awak berjaya dalam fyp awak nanti. Kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan

    ReplyDelete