Followers

BEAUTY REVIEW: FREEMAN ANTI-STRESS DEAD SEA MINERALS CLAY MASK

Assalamualaikum.

Skin kali ni lebih terasa okay sikit walaupun tak okay sepenuhnya. Tapi semakin sihat nampaknya. Dah hampir setahun kot aku stop pakai local produk dan try and error pakai drugstore produk. Kalau nanti aku dah recover sepenuhnya aku akan buat routine kat sini, tapi sekarang aku try nak konsisten satu satu produk yang sesuai dulu.

Disebabkan muka aku ni jenis banyak bintik bintik whitehead yang timbul dan kadang tu jerawat yang berparut tu. Buat aku stress ja kan. Then macam macam cara aku buat but then aku rasa semua tu terjadi bila kulit muka kita tak bersih, which means kita punya liang pori tersumbat or tak bersihkan muka sepenuhnya. Jadi liang pori akan kotor dan tersumbat dan menghasilkan sebum pada liang-liang pori tersebut.

Daripada nak cerahkan muka lah apa lah kan, first step yang aku pakai adalah guna produk yang boleh bersihkan pori. Clearkan korang punya pores dulu, recover pores yang dah tersumbat tu dulu. Nak pastikan pores bersih, kena betul betul bersihkan muka daripada ebarang make up dan skin care.

Satu benda yang aku rasa tak ada apa tapi sebenarnya bagi effect jugak bila pakai sunblock atau sunscreen kat rumah dan anggap tak perlu cuci guna make up remover. SALAH. Even pakai sunscreen sahaja pun sebenarnya kena cuci permukaan kulit dengan make up remover jugak tau.

 Untuk mask, aku guna claymask dari freeman. Best gila yang ni sebab rasa berangin dan sejuk sejuk gitu. Memaang kena la dengan nama anti-stress kan. Bila pakai tu rasa sejuk, tenang jee. Tapi jangan terkejut kalau korang bertukar jadi avatar tapi kalau nak comel lagi jadi smurft.


Claymask ni warna botol ke hijau turquoise mcm tu, bukan warna macam kebiruan macam dalam gambar ya.

Yang best nya mask ni bila pakai rasa sejuk sejuk macam mint macam tu. Kalau pakai dalam bilik aircond lagi rasa sejuk sejuk macam tu. Lagi best tau. Bau dia pun wangi tau. Memang sesuai sangat lah kalau untuk relaxing tu. Pakai lepas tu baring pejam mata perghhh nikmat.

Claymask ni sesuai untuk kulit jenis berminyak. Tujuan mask ni untuk bersihkan liang pori dan seimbangkan kulit untuk proses pembaharuan kulit. Pakai dalam 10 minit je, tak perlu lama. Kalau pakai lama pun boleh sampai overnight tau. Mana mana pun boleh.

Description "Unwind from grind treating skin to a much needed escape with this nutrient rich mask. Dead Sea Minerals and Sea Salts help repienish and balance moisture while purging clogged pores. Lavender and Bergamot help put skin in bliss-like state and rinse away stress for smooth, radiant skin. Perfect for all skin"


Tadaaaaa..........


Biru nau muka dah jadi avatar kan. Kalau dekat luar tu memang nampak biru terang sangat lah. Dalam gambar ni terkena lighthing la apa kan. Tapi best tau rasa sejuk dan lepas tu tegang tak leh senyum la cerita dia. Lepas basuh rasa segar sikit.

Mask ni penting jugak. Amalkan 2-3 kali seminggu je. Jjangan hari hari pakai mask ni. Kan tegang terus tak leh senyum kan. Kalau nak pakai hari hari boleh try sheet masks sebab dia lebih moist kan. Tapi nak beli hari hari sheet mask tu agak mahal kan. So boleh guna 2-3 kali seminggu jugak.

Okay itu sahaja. Boleh dapat kan dekat Watson atau Guardian. Harga RM24 ++ macam tu. Ada jenis kecik packaging baru dari freeman tu mahal sikit RM 40 ++. Yang tu aku pun tak pernah pakai lagi.Next boleh kot try yang tu pulak.

Thank you for reading my entry !

3 comments

  1. i used the black one

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu terasa nak beli yg hitam tu, tapi tergoda tgk yg ni

      Delete
  2. terbaek produk ni.

    singgah n follow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com

    ReplyDelete