Followers

TRAVELOKA FLY & WIN CNY CHALLENGE DAN MENARIK HADIAH MENARIK

Assalamualaikum dan hai korang ! Aku ada berita baik untuk korang semua. Konfem korang suka. Nak tahu berita apa? Mestilah contest bomkebaboom dari Traveloka. Kenapa aku cakap konfem korang suka? sebab aku pun suka join contest Traveloka dan konfem korang takkan menyesal tau. Aku dah bernah beberapa kali join contest dari Traveloka dan Alhamdulillah ada hadiah yang menarik dan hasilnya aku boleh bercuti ke Ipoh dengan tinggal di hotel secara percuma sebab dapat hadiah dari Traveloka. Syok weh, takkan korang tak nak rebut peluang ni. Jadi percayalah, takkan sia sia korang join tau. Tak percaya ? boleh usha link bawah ni konfem makin berkobar kobar korang nak join setiap contest dari Traveloka.

TEBUS HADIAH CONTEST TRAVELOKA RAHSIA BAJET TRAVEL CIPUT



Traveloka Fly & Win CNY Contest

Okay kembali kepada berita yang aku nak sampaikan tadi. Sempena CNY yang bakal tiba, Traveloka menganjurkan satu pertandingan fly & win CNY challenge. Cny 2018 contest bunyinya macam mencabar gila kan. Tapi sebenarnya simple je pertandingan ni. Korang hanya perlu layari website Traveloka dan log in ke facebook korang. Selepas tu, korang klik start game untuk mulakan pertandingan tersebut. Sebelum tu korang baca dulu terms and condition dan baca instruction games tu supaya korang lebih faham untuk mulakan pertandingan dan memberi peluang yang cerah untuk korang menang. Haaa best tak best korang rasa? Main game je boleh menang weh. 

Aku bagi sedikit pencerahan kepada korang yang nak sertai perandingan ni. Kot lah korang tak berapa faham kan kalau tengok dekat website Traveloka tu. Cara nya mudah ja. 

1. Mulakan permainan (games)
2. klik pada panah untuk mulakan
3. Klik pada screen lagi sekali untuk membolehkan pesawat korang terbang dan mulakan permainan.
4. Tunggu di tengah2 screen sehingga set bangunan dan halangan muncul 
5. Kutip Traveloka ang pows untuk kutip lebih banyak point. 

Paham ke idok ? Aku harap membantu lah serba sedikit kan. Aku pun memang akan joint jugak pertandingan ni. Mana boleh lepas peluang keemasan macam ni. Ada lagi satu, bila aku cerita part ni konfirm korang lagi excited nak join. Lagi berbintang bintang mata nak join. Terus tak boleh tidur dibuatnya lepas baca aku aku nak tulis selepas ni. Haaaa, tak sabar kan. 1.... 2..... 3 ......

The Grand Finale Prizes

Taraaaaa confirm korang excited kan kalau dapat tahu pasal hadiah kan kan ? Betul dak? lagi lagi hadiah yang Traveloka tawarkan memang perghhhh syokkkk gila dan rasa macam nak join contest sekarang jugak. Bukan senang nak dapat hadiah yang best gila macam ni. Peluang datang hanya sekali dan rezeki tak pernah salah pintu tau. Mana tahu kali ni rezeki kita betul tak ?
Hadiah lumayan nya adalahhhhhh.....


Pemenang Hadiah Utama 
 memenangi perjalanan ke 6 hari 5 malam di Seoul (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.

1st Runner Up 
 memenangi perjalanan ke 5 hari 4 malam di Phuket (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.

Runner 2 
 perjalanan ke 4 hari 3 malam di Langkawi (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.

Eh eh bukan ini sahaja tau hadiah yang Traveloka tawarkan. Masih ada yang menarik. Sambung baca lagi. 

Hadiah untuk berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook adalah seperti berikut:

a) Dua (2) baucar Traveloka RM1000. Terdapat hanya dua (2) pemenang di mana setiap pemenang memenangi baucer Travel (1) RM 1000 Traveloka.

Tengok ! korang share2 dekat facebook pun masih berpeluang nak menang hadiah tau. Share je banyak banyak dekat facebook tanpa rasa jemu dan putus asa. Taw korang taw. 

Syarat-syarat penyertaan adalah ....

"Cabaran Traveloka Fly & Win CNY" ("Peraduan") terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas (sehingga Januari 2018) yang kini tinggal di Malaysia, tetapi tidak termasuk kakitangan dan ahli keluarga terdekat Traveloka Sdn. Bhd. ("Penganjur"), sekutunya, anak syarikat, pengiklanan / agensi PR dan pembekal. Penyertaan daripada peserta yang berumur 18 tahun (sehingga Januari 2018) disifatkan telah mendapat persetujuan ibu bapa yang diperlukan. Peserta mesti membaca dan memahami Terma & Syarat sebelum menyertai kempen.

Tempoh Peraduan

Tempoh Peraduan akan dijalankan dari 00:00 dari 22nd Jan 2018 hingga 23:59 PM, 28hb Feb 2018 ("Tempoh Peraduan"). Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan jika dianggap perlu tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.

Jom Join Traveloka Fly & Win CNY Contest

Okay dah baca semua penerangan dekat atas kan ? Mesti semangat korang tengah berkobar kobar kan? Siapa tak nak bercuti di Seoul secara percuma kan. Aku pun nak weh. Jadi jangan lepas kan peluang ni taw. Pastikan korang join sebelum tarikh tutup ya. Mana tahu rezeki kita dan melancong ke luar negara kan? Peluang datang ni jangan di sia sia kan tau. Jom kita join sama sama. Ajak lagi kawan-kawan yang lain untuk join pertandingan ni. Lebih banyak peluang untuk menang tau kalau kita ajak kawan kawan yang lain. 

Sebelum tu korang jangan lupa download aplikasi Traveloka di google playstore untuk memudahkan korang mendapat info info terkini dari Traveloka. Selain tu, applikasi ni memudahkan korang menempah penerbangan dan hotel dengan harga yang berpatutan dan lebih menjimatkan perjalanan korang. Jadi tak rugi kalau korang install applikasi Traveloka ni. Lebih memudahkan dan menjimatkan masa daripada korang nak kena survey harga tiket dan hotel secara berasingan.

Jadi tunggu apa lagi ? jom kita sertai pertandingan bersempena CNY 2018 ni. Dah join jangan lupa kongsi maklumat dengan kawan kawan ya. Ajak kawan kawan join sekali. 



7 comments

  1. menang penginapan percuma syok kn...lama tk jenguk traveloka

    ReplyDelete
  2. wahhhh bestnyaaa mcm nak join laa <3

    ReplyDelete
  3. good luck leyla! semoga menang lagi~~

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa hadiah dia! Nak try jugaklah. Hehe

    ReplyDelete
  5. givap main ni.. hahaha markah sama je lepas tu fail. all the best untuk semua yang mencuba =D

    ReplyDelete
  6. Hadiah terbaik! Kalau dapat memang kenangan terindahlah. Tapi tu lah, malas 😂

    ReplyDelete
  7. Best kannn hadiah nya. Hadiah Korea tue kalau menang best tue. Main dua tiga kali rasa geram jugak nak jugak dpt score tinggi. Tapi, bila stop kejap nak rest hen lama2 terlupa nak main balik hahaha.

    Nway, good luck !!! <3

    ReplyDelete